Kurang Tidur dan Kesannya terhadap Pengambilan Makanan Anda
Waktu Tidur Terbalik - Adakah ini berkait dengan punca obes?Ada satu pandangan bahawa masalah kurang tidur pada jangka pendek ini akan meningkatkan konsentrasi plasma ghrelin (sejenis hormon yang berkaitan dengan peningkatan nafsu makan) dan menurunkan konsentrasi leptin (hormon yang berkaitan dengan rasa kenyang).
Dalam satu kajian rawak, para penyelidik buat ujian kepada dua belas orang lelaki biasa yang sihat dan fizikal tubuhnya tidaklah gemuk untuk melihat bagaimana kesan kekurangan tidur mereka itu terhadap pengambilan tenaga dan aktiviti fizikalnya.
Semasa malam pertama setiap sesi 48 jam, direkodkan subjek dapat 8 jam (dari tengah malam hingga 8:00 pagi) atau 4 jam (dari jam 02:00 pagi hingga 06:00 pagi) waktu tidur mereka. Semua makanan yang dimakan selepas itu (roti bakar salut jem untuk sarapan pagi, bufet untuk makan tengah hari, kemudian menu percuma untuk makan malamnya) waktu ini dimakan ikut suka(tanpa sebarang sekatan pun).
Aktiviti fizikal juga direkodkan. Rasa lapar, rasa seronok makan, keinginan untuk makan makanan, serta rasa mengantukpun turut dinilai.
Sebagai perbandingan dengan sesi 8 jam tidur, subjek yang ambil 559 lebih kalori(22%) pada hari selepas menghadkan tempoh tidur, mendapati kesan tenaga lebih tinggi, tapi mendapati kesan kelaparan adalah lebih tinggi sebelum sarapan pagi dengan sebelum makan malam. Tapi, penyelidik tidak melihat sebarang perubahan dalam keseronokan atau keinginan untuk makan makanan. Aktiviti fizikalpun lebih tinggi selepas kena sekat untuk tidur berbanding dengan subjek 8 jam selepas tidur, walaupun rasa mengantuk itu nampak lebih ketara lagi.
Dalam kumpulan lelaki yang sihat ini, satu malam kurang tidur akan menyebabkan peningkatan dalam pengambilan makanan, kemudian sedikit sebanyak, tenaga yang berkaitan dengan fizikalpun turut terguna lebih. Walaupun kajian lanjut diperlukan untuk mengesahkan hasil kajian kecil ini, keputusan ini berjaya menunjukkan betapa menghadkan tempoh tidur boleh jadi faktor yang menggalakkan obesiti semakin berkembang.
Brondel L, Romer MA, Nougues PM, Touyarou P, Davenne D. Acute partial sleep deprivation increases food intake in healthy men. Am J Clin Nutr. 2010;91(6):1550-9.