Proflavanol C100 - Kekuatan Vitamin C Generasi Ketiga + Ekstrak Biji Anggur

USANA® Proflavanol®C 100 | Profl

USANA® Proflavanol®C 100 | Proflavanol C200: Dua Jenis Antioksidan Hebat Untuk Kesihatan Sokongan Yang Istimewa

Vitamin C Proflavanol C100

USANA Proflavanol® C100
Proflavanol C200

  Ekstrak biji anggur dan vitamin C disatukan untuk berikan sokongan yang kuat untuk kesihatan kardiovaskular, kesihatan imunisasi, kesihatan kulit, dan banyak lagi.*
 
Trend kesihatan boleh datang dan pergi. Tetapi istilah "superfruit" tetap teguh berdiri seiring dengan peredaran masa dan zaman. Anggur telah lama jadi sumber bioflavonoids—yang ada kebolehan melindungi kesihatan - iaitu, sejenis sebatian tumbuhan yang kuat dan sangat berguna.
 

 
Ekstrak biji-bijian di dalamnya mengandungi antioksidan pekat yang berfungsi untuk melindungi kesihatan anda dalam pelbagai cara. Dan apabila digabungkan dengan vitamin C, faedah biologi benih anggur ditingkatkan untuk keberkesanan yang lebih baik lagi.*

Dapatkan peningkatan kuasa bioflavonoid dengan USANA ® Proflavanol® C. Suplemen Istimewa ini diperbuat dengan menggunakan Teknologi Hibrid dari syarikat Nutrisi USANA. Oleh itu, anda akan dapat dua gabungan antioksidan kuat dalam satu tablet dalam bentuk dua lapisan. Bersama-sama dua gabungan tersebut, ia akan bantu anda mengekalkan kesihatan yang baik dengan beberapa cara:

  • Meneutralkan radikal bebas yang, dari masa ke masa, boleh menyebabkan tekanan oksidatif yang berlebihan yang merosakkan sel*.
  • Menyokong kesihatan kardiovaskular dan peredaran darah dengan membantu mengekalkan tahap tekanan darah yang normal dan sihat dan kolesterol, dengan syarat mereka sudah berada dalam lingkungan normal*.
  • Membantu mengekalkan urat saraf, saluran darah, dan kapilari yang kuat*
  • Menyokong fungsi imun yang seimbang*.
  • Menyokong mengekalkan kesihatan pada sendi, otot, dan kulit*.

Proflavanol C100 menyampaikan 100 mg ekstrak biji anggur berkualiti tinggi dan 300 mg gabungan vitamin ® C Poly C yang unik dari USANA dalam satu tablet dua lapisan. Atau pilih Proflavanol C200 untuk mendapatkan dua kali jumlah ekstrak biji anggur dalam satu tablet.

Apabila anda menambah Proflavanol C ke dalam rutin harian anda, anda bukan setakat merasakan kebaikan untuk banyak manfaat kesihatan semata. Bahkan, salutan berperisa yang lazat pada setiap tablet Proflavanol C menjadikan makanan tambahan anda lebih memuaskan.*

 
Produk Vitamin C kuat

Sebelum kita sentuh tentang kelebihannya untuk kesihatan, mari kita tengok lebih dekat dulu berkenaan dengan dua isi kandungan yang aktif dalam Proflavanol C ini dulu.

Pertama, ekstrak biji anggur dulu!

Bioflavonoids (dipanggil juga flavonoid) merupakan keluarga yang ada bermacam-macam jenis phytonutrients(sumber nutrien diambil dari tumbuh-tumbuhan). Ia bertanggungjawab untuk kekalkan bentuk warna pada buah-buahan dan sayuran.

Flavonoid diekstrak daripada buah beri warna biru atau ungu kemudian biji anggur ini dipanggil proanthocyanidins. Ia juga dirujuk sebagai "OPCs" untuk oligomerik procyanidins atau "PCOs" untuk procyanidolic oligomers.

Ekstrak Anggur

Kalau anda nak tahu, OPC ini sebenarnya, memiliki status penyerapannya yang terhad bila melalui usus. Itu disebabkan oleh berat molekulnya agak tinggi serta struktur kimianya juga selalu berubah-ubah. Walaubagaimanapun, status 'bio-wujud' untuk ekstrak biji anggur ini(Vitis vinifera L.) ditekankan dalam dua cara:

  1. Menggunakan molekul OPCs pekat yang lebih kecil, yang boleh diserap lebih baik daripada molekul yang lebih besar yang terdapat dalam banyak ekstrak lain
  2. Menyampaikan komposisi kimia yang konsisten, komposisi kimia yang ada keseimbangan unik yang disahkan mempunyai sekurang-kurangnya 90 peratus OPCs aktif

Premium ekstrak biji anggur ini digabungkan dengan bahan lain yang melampaui apa yang anda boleh jumpa dalam suplemen lain.

Poli C USANA menggabungkan asid askorbik (sejenis vitamin C) bersama dengan garam mineral. Satu kajian dalaman mendapati bahawa campuran seperti ini beri kesan dalam meningkatkan tahap vitamin C dalam badan untuk jangka masa yang lebih lama berbanding ambil semata-mata sukatan asid askorbik sahaja. (Asid askorbik selalunya merujuk kepada satu-satunya bentuk vitamin C yang digunakan dalam makanan tambahan.) Sebaliknya bentuk vitamin C dalam jenis mineral difahamkan lebih bersifat mesra alami terhadap perut sensitif.*

Kedua-dua bahan yang berkuasa unik ini berfungsi secara bersama-sama untuk keberkesanan yang lebih baik berbanding daripada yang anda dapatkan cuma dengan nutrien dari salah satu dari keduanya semata sahaja. Hasil dua kombinasi asid askorbik dengan mineral inilah yang menjadikan Proflavanol C sebagai pilihan yang sangat baik untuk sokongan terhadap kesihatan anda.*

SHOP HERE

 

Radikal Bebas gerun dengan proflavanol c

Banyak faedah Proflavanol C berasal dari kuasa luar biasanya sebagai antioksidan, terima kasih kepada kedua-dua bahan utama ini:*

  • OPCs dari biji anggur mengandungi aktiviti antioksidan yang 'rival', atau dengan kata lainnya ia melampaui saingan vitamin C dan vitamin E sendiri. Plus, ekstrak biji anggur dapat menyokong isyarat sel yang berkaitan dengan keupayaan semula jadi tubuh anda untuk keluarkan antioksidan agar pertahanan badan terbina dengan lebih kuat lagi.*
  • Vitamin C telah lama dianggap sebagai "mahaguru" kepada antioksidan. Ia secara aktif meneutralkan radikal bebas dan membantu menyegarkan semula antioksidan lain, seperti vitamin E.*

Jadi, apa yang istimewa sangat tentang antiokidan ni?

Badan anda secara semulajadinya telah lengkap untuk lakukan tindakbalas terhadap pembentukan radikal bebas yang dihasilkan melalui kesan aktiviti hidup. Segala-galanya dah bermula sejak dari kesan bernafas hanya kerana nak memetabolisma makanan anda, dari situ dah boleh hasilkan radikal bebas dalam tubuh anda.

Radikal bebas adalah molekul yang sangat reaktif kerana mempunyai elektron yang tidak berpasangan (bilangan elektronnya ganjil). Alam semulajadi suka keseimbangan. Jadi, molekul itu akan mencuri elektron dari molekul lain untuk dapatkan semula kestabilan itu. Secara umumnya, ini adalah perkara baik. Aktiviti ini mendorong tubuh anda cetuskan respon untuk perlindungan kepada kesihatan. Anda perlu jumlah radikal bebas yang tertentu dalam tubuh anda juga untuk kekalkan kesihatan.

faktor tekanan

Tetapi dalam dunia hari ini, anda disajikan dengan benda-benda yang akan cetuskan lebih banyak lagi radikal bebas, sumber-sumbernya termasuklah seperti:

  • Makanan tak sihat
  • Tekanan
  • Pencemaran
  • Corak hidup sedentary(pasif/tak keluar rumah/lebih lama duduk di rumah/bekerja di depan meja kerja)
  • Terdedah kepada sinaran UV
  • Persekitaran berasap rokok
  • Jadual tidur tidak mencukupi/kurang waktu tidur

Apabila banyak sangat jumlah radikal bebas dalam tubuh badan anda berbanding daripada jumlah sepatutnya ia dilindungi secara semulajadi, ini akan cetuskan situasi tahap keseimbangan oksidasinya tertekan atau tidak seimbang. Dan sekiranya tekanan itu berlanjutan agak terlalu lama dalam badan, ia akan membawa kepada keseimbangan oksidasinya mulai merosak.*

Dari semasa ke semasa, oksidasi yang menekan ini akan melanjutkan lagi aktiviti kerosakan yang tak mungkin boleh diperbaiki lagi akibat daripada ledakan kerosakan yang berturut-turut terhadap sel, DNA, protein, juga lipid anda. Kerosakan ini boleh menjejaskan struktur dan fungsi yang betul dari hampir setiap bahagian tubuh anda. Segala-galanya dari fungsi pernafasan ke fungsi otak dan kardiovaskular akan dipengaruhi akibat oleh tekanan oksidatif kronik ini. Inilah yang dianggap juga sebagai penyumbang utama kepada berlakunya kejadian yang kita namakan penuaan awal.*

Mengekalkan keseimbangan antara radikal bebas dengan antioksidan itu perlu untuk fungsi fisiologi yang sesuai agar ia menyokong kesihatan yang baik. Antioksidan boleh jadi pertahanan saf pertama anda dalam melindungi sel-sel daripada tekanan oksidatif yang merosakkan.*

Dengan kerjasama Proflavanol C, vitamin C dan bioflavonoid biji anggur di dalamnya itu akan menyediakan perlindungan antioksidan yang kuat untuk membantu anda kekalkan kesihatan yang baik.**

Button Text

kardio sihat

Jika anda sedar bahawa membantu mengekalkan kesihatan sistem kardiovaskular anda itu penting buat anda, maka Proflavanol C lah sepatutnya berada di tengah-tengah rejimen suplemen anda. Bukan apa, sebab kebanyakan orang belum memenuhi standard untuk capai jantung yang sihat sebagaimana ditetapkan oleh Persatuan Jantung Amerika.*

Sistem kardiovaskular anda, juga dikenali sebagai sistem peredaran darah, terdiri daripada jantung, paru-paru, dan saluran darah - ini termasuklah arteri, kapilari, dan urat saraf. Sistem ini bertanggungjawab untuk memindahkan oksigen, nutrien, hasil sisa-sisa, dan sebatian lain melalui badan anda menerusi darah anda. Jantung anda adalah pam yang berotot-otot. Saluran darah(vessel) merupakan "superhighway" di mana darah anda membuat peredarannya.

Bila proses badan ini boleh pastikan sistem ini supaya mengalir dengan lancar bermakna proses badan anda boleh mengekalkan kesihatan saluran darah anda juga. Proflavanol C lah yang boleh membantu menyokong fungsi vaskular tersebut. Dengan ini ia akan jadikan impian anda untuk kekalkan paras tekanan darah yang sihat dan normal itu tidak disia-siakan begitu sahaja - dengan syarat mereka juga pada tahap yang sihat sebelum bermula. Jika tidak, anda mungkin perlukan tambahan produk USANA yang lain juga untuk sokongan tambahan.*

Inilah kelebihan kardiovaskular Proflavanol C yang mana ianya berasal dari gabungan antioksidan yang unik.*

Button Text

VITAMIN C: Seterusnya ialah, vitamin C turut dikaitkan dengan penanda kepada kesihatan jantung, termasuk menyokong aliran darah yang sihat.*

Gabungan ekstrak biji anggur dan vitamin C dalam Proflavanol C membantu mengekalkan kesihatan kardiovaskular anda dengan beberapa cara yang penting juga.*

Pertama, nutrien-nutrien ini bantu pertahankan daripada tindakbalas pengoksidaan lipoprotein yang berkepekatan rendah (kolesterol jahat). Ini bermakna Proflavanol C bantu mengekalkan lipid(lemak kolesterol) dan protein dalam kolesterol daripada berubah menjadi produk tidak sihat.*

sel darah merah

Proflavanol C juga menyokong atau mengekalkan pusingan aliran darah serta peredaran darah yang sihat dengan cara melindungi sel endothelial daripada tekanan oksidatif yang berlebihan. Sel-sel ini merangkumi permukaan dalaman salur darah dan arteri anda. Salah satu daripada banyak-banyak fungsi mereka antaranya ialah menghasilkan nitrik oksida. Isyarat bahan ini khusus untuk "vasodilation" (perkataan 'fancy' untuk merujuk kepada perbuatan relaks atau melebarkan-saluran darah anda). Ini membolehkan darah anda mengalir melalui sistem vaskular anda dengan lebih mudah.*

Fungsi menghasilkan nitrik oksida boleh terhalang bila kerosakan radikal bebas itu berlaku secara berlebihan. Dengan kaedah melindungi sel endothelial kerana ingin menyelamatkan fungsi dan punca utama kepada penghasilan nitrik oksida tadi, Proflavanol C inilah yang menyokong pusingan peredaran darah yang sihat itu.*

Proflavanol C juga menyokong peredaran di dalam saluran darah terkecil anda-termasuk arteri peripheral yang ada di hujung jari anda. Satu kajian yang dijalankan di Boston School of Medicine mendapati bahawa menggabungkan ekstrak biji anggur dengan vitamin C boleh membantu mengekalkan fungsi mikro-vaskular yang sihat. Yang menariknya, ini hanya terjadi bila epicatechin, iaitu satu lagi jenis bioflavonoid dalam ekstrak biji anggur, juga wujud dalam darah anda.*

Button Text

 

kolagen sihat

Satu lagi bahagian penting dalam kesihatan kardiovaskular ialah menyokong kekuatan otot jantung dan saluran darah anda. Kedua-duanya memerlukan kolagen untuk struktur dan sistem sokongan. Ini bermakna kedua-duanya memerlukan jumlah vitamin C. (Tapi anda juga perlukan nutrien lain, seperti kalsium dan koenzim Q10). Oleh sebab badan manusia tidak mampu menghasilkan vitamin C, anda harus bergantung pada diet anda untuk memenuhi keperluan harian itu.*

Badan anda guna vitamin C untuk membuat pelbagai jenis kolagen. Struktur protin ini ada banyak di seluruh badan anda. Kerana mereka diperlukan untuk membentuk tisu yang sihat.*

Berikut adalah beberapa jenis kolagen yang paling biasa dan di situ anda boleh dapatkannya:

Jenis I: Serat yang terdapat dalam tisu penghubung tulang, gigi, tendon, dan ligamen.
Jenis II: Boleh didapati di tulang rawan.
Tipe III: Membentuk tisu penghubung yang memberi bentuk dan kekuatan kepada organ, seperti organ jantung, hati, ginjal, dsb.
Tipe IV: Ditemui di lapisan sel dalam saluran darah, otot, dan mata.

Dengan menyokong pengeluaran kolagen, Proflavanol C dapat membantu mengekalkan jantung yang kuat, begitu juga menguatkan pembuluh darah, urat saraf, dan kapilari yang kuat. Malah, seperti yang anda lihat, kolagen benar-benar penting untuk badan yang sihat secara keseluruhannya.*

Penampilan anda juga boleh dipengaruhi oleh kolagen. Ia penting untuk keanjalan dan keteguhan kulit. Tetapi kolagen cenderung untuk mula pecah ketika anda semakin tua. Oleh itu, mengambil vitamin C boleh membantu menyokong pengeluaran protein penting ini. *

Kulit anda juga boleh mengekalkan kesihatan dari dalam hasil dengan bantuan aktiviti antioksidan yang disediakan oleh Proflavanol C. Mempertahankan kesan oksidatif daripada terdedah cahaya matahari ini boleh membantu melindungi daripada tanda-tanda penuaan yang kelihatan. Sudah tentu, pastikan anda guna langkah keselamatan daripada pendedahan matahari dengan bijak untuk mengekalkan penampilan kulit anda yang muda juga.*

Button Text

 

ketahanan imunisasi

Sistem imun anda adalah mekanisme perlindungan yang sangat kompleks yang direka untuk melindungi badan anda. Dan apabila pertahanan badan anda lemah, tubuh anda akan berisiko. Terdedah kepada mikroorganisma yang berpotensi boleh membahayakan dalaman, diikuti dengan tekanan atau senaman yang keras, akan membebankan sistem imun anda.

Tujuan ekstrak biji anggur bekerjasama dengan vitamin C untuk menyokong dua aspek penting dalam imuniti semula jadi anda:

  1. Bioflavonoid biji anggur boleh membantu menyokong keupayaan sel anda untuk berkomunikasi antara satu sama lain untuk respon tindakbalas imun yang sihat.*

  2. Vitamin C main peranan dalam pengeluaran dan fungsi normal sel darah putih dan antibodi. Anda perlu kekalkan sel darah putih yang banyak jika anda inginkan sistem imun yang kuat.*

Tablet Proflavanol C100

Key Ingredients
  • Poly C
  • Ekstrak biji anggur

See full list of ingredients
Proflavanol C100

Cara Guna:

Dewasa, ambil dua (2) ke empat (4) tablet sehari, sebaiknya bersama dengan makanan.

 

Soalan-Soalan Lazim Mengenai Proflavanol C

  • Proflavanol C100 dan Proflavanol C200 kedua-duanya menyediakan ekstrak biji anggur dan vitamin C yang berkualiti tinggi.

 

  • Setiap tablet Proflavanol C100 mengandungi 100 mg ekstrak biji anggur dan 300 mg vitamin C.

  • Setiap tablet Proflavanol C200 mengandungi 200 mg ekstrak biji anggur dan 300 mg vitamin C.

 

  • Lapisan Proflavanol C diperisakan dengan rasa stevia dan perasa anggur semulajadi.

Ariga T. 2004. The antioxidative function, preventive action on disease and utilization of proanthocyanidins. Biofactors 21(1-4):197-201.

Bagchi D, et al. 2000. Free radicals and grape seed proanthocyanidin extract: importance in human health and disease prevention. Toxicology 148(2-3):187-97.

Bagchi D, et al. 1997. Oxygen free radical scavenging abilities of vitamins C and E, and a grape seed proanthocyanidin extract in vitro. Res Commun Mol Pathol Pharmacol 95(2): 179-89.

Carr AC, Frei B. 1999. Toward a new recommended dietary allowance for vitamin C based on antioxidant and health effects in humans. Am J Clin Nutr 69(6):1086-1107.

Cos P, et al. 2004. Proanthocyanidins in health care: current and new trends. Curr Med Chem 11(10):1345-59.

da Silva Porto PA, Laranjinha JA, de Freitas VA. 2003. Antioxidant protection of low density lipoprotein by procyanidins: structure/activity relationships. Biochem Pharmacol 66(6):947-54.

Meyer AS, et al. 1997. Inhibition of Human Low-Density Lipoprotein Oxidation in Relation to Composition of Phenolic Antioxidants in Grapes. J Agric Food Chem 45:1638-1643.

Murad S, et al. 1981. Regulation of collagen synthesis by ascorbic acid. Proc Natl Acad Sci 78(5):2879-82.

Natella F, et al. 2002. Grape Seed Proanthocyanidins Prevent Plasma Postprandial Oxidative Stress in Humans. J Agric Food Chem 50(26):7720-5.

Nuttall SL, Kendall MJ, Bombardelli E, Morazzoni P. 1998. An evaluation of the antioxidant activity of a standardized grape seed extract, Leucoselect. J Clin Pharm Ther 23(5):385-9.

Osganian SK, Stampfer MJ, Rimm E, et al. 2003 Vitamin C and risk of coronary heart disease in women. J Am Coll Cardiol 42(2):246-252.

Rabovsky A, Cuomo J. 2000. Pharmacokinetics of Poly C versus Ascorbic Acid. USANA Clinical Research Bulletin.

Yoshida M, et al. 2007. Prospective study showing that dietary vitamin C reduced the risk of age-related cataracts in a middle-aged Japanese population. Eur J Nutr 46(2):118-124.

Ngamukote S, et al. 2011. Cholesterol-lowering activity of the major polyphenols in grape seed. Molecules 16: 5054-5061.

Sapwarobol S, et al. 2012. Postprandial blood glucose response to grape seed extract in healthy participants: A pilot study. Pharmacogn Mag 8(31): 192-196.

Figueroa-Méndez R, Rivas-Arancibia S. 2015. Vitamin C in Health and Disease: Its Role in the Metabolism of Cells and Redox State in the Brain. Front Physiol 6: 397.

Cires MJ, Wong X, Carrasco-Pozo C, Gotteland M. 2017. The Gastrointestinal Tract as a Key Target Organ for the Health-Promoting Effects of Dietary Proanthocyanidins. Front Nutr [Internet] [accessed 13 April 2018] Available at https://www.frontiersin.org/articles/10.3389/fnut.2016.00057/full

Chen S, et al. 2015. Grape Seed Proanthocyanidin Extract Ameliorates Diabetic Bladder Dysfunction via the Activation of the Nrf2 Pathway. PLoS One 10(5) [Internet] [accessed 18 April 2018] Available at https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/25974036

Lobo V, Patil A, Phatak A, Chandra N. 2010. Free radicals, antioxidants and functional foods: Impact on human health. Pharmacogn Rev 4(8): 118-126.

Segiev PV, Dontsova OA, Berezkin GV. 2015. Theories of aging: an ever-evolving field. 7(1): 9-18.

Padayatty S, Levine M. 2008. Fruit and vegetables: think variety, go ahead, eat! Am Jour Clin Nutr 87(1): 5-7.

May J, Harrison F. 2013. Role of vitamin C in the function of the vascular endothelium. Antioxid Redox Signal 19(17): 2068-2083.

Pandey K, Rizvi S. 2009. Plant polyphenols as dietary antioxidants in human health and disease. Oxid Med Cell Longev 2(5): 270-278.

Fujii H, et al. 2006. Protective effect of grape seed polyphenols against high glucose-induced oxidative stress. Biosci, Biotech, Biochem 70(9): 2104-2011.

Juraschek SP, Miller ER 3rd, Gelber AC. 2011. Effect of oral vitamin C supplementation on serum uric acid: a meta-analysis of randomized controlled trials. Arthritis Care Res (Hoboken) 63(9): 1295-306.

English J, Cass H. 2013. The Collagen Connection. Nutrition Review [Internet] [accessed 17 April 2018] Available at https://nutritionreview.org/2013/04/collagen-connection/

Cosgrove M, et al. 2007. Dietary nutrient intakes and skin-aging appearance among middle-aged American women. Am Jour Clin Nutr 86(4): 1225-1231.

Other resources

https://nccih.nih.gov/health/grapeseed/ataglance.htm

 

     
 

 

   
     

Popular posts from this blog

CoQuinone® Bahan Bakar Sel Menguatkan Hidup Anda

Sistem Kardiovaskular