Sistem Kardiovaskular

Laluan Lebuhraya Sel Darah Merah: Menyelongkar Sistem Kardiovaskular
Anda pun tahu 'dub-dub' jantung anda selalu berbunyi kan?

Anda pun boleh rasa nadi di pergelangan tangan anda. Ini semua menunjukkan bahawa badan anda masih berjalan. Tetapi darah yang mengalir melalui saluran arteri anda dan perlahan-lahan mengalir di urat anda takkan sampai ke destinasinya secara sengaja tau. Darah, saluran darah, jantung, dan paru-paru, semuanya berfungsi bersama-sama untuk bawa oksigen yang sedang anda nafaskan itu masuk ke seluruh tubuh anda. Hubungan ini dikenali sebagai sistem kardiovaskular, dan ia bekerja 24/7 untuk memastikan anda bergerak.

Sistem kardiovaskular anda memang luar biasa. Untuk menghargai betapa keras kerja mereka, mari kita kenal sikit beberapa kosa kata kardiovaskular ini.

  • Sistem kardiovaskular: Rangkaian organ dan saluran darah yang canggih yang bertanggungjawab untuk kesegaran proses kitaran bekalan oksigen dan menggerakkan darah ke seluruh badan anda. Sistem kardiovaskular terdiri daripada jantung, paru-paru, dan termasuk semua saluran darah.
  • Jantung: Empat ruangan berotot yang terletak di bawah tulang dada (sternum) dari sangkar tulang rusuk anda. Sebahagiannya mengepam darah yang kaya dengan oksigen keluar ke badan dan sebahagian laginya darah yang kurang oksigen ke paru-paru. Pengecutan otot pada jantung dipanggil degup.
  • Kadar jantung: Juga dikenali sebagai nadi. Inilah kadar kekerapan lengkap proses pengecutan otot jantung. Ia biasanya diukur dalam ketukan seminit. Purata kadar denyutan nadi bagi orang dewasa yang sihat adalah antara 60 pada rehat dan 100 denyutan seminit berlaku sepanjang hari anda.
  • Paru-paru: sepasang organ yang duduk di dalam sangkar tulang rusuk anda dan menempati kebanyakan bahagian kiri dan kanan. Fikirkan paru-paru sebagai rangkaian kantung yang sangat baik yang menyebarkan darah anda untuk meningkatkan ruang kawasan permukaannya. Meningkatkan kawasan permukaan membolehkan penyerapan gas-gas masuk dan gas-gas keluar pada darah (karbon dioksida keluar dan oksigen masuk).
  • Pulmonary: Merujuk kepada paru-paru.
  • Sistemik: Merujuk kepada organ-organ badan yang lain, termasuk hati, usus, otak, buah pinggang, dll.
  • Saluran darah: Tiub yang melalui aliran darah. Terdapat dua jenis utama saluran darah-saluran arteri dan saluran urat saraf. Bagi sebahagian besar badan anda, ini bermakna arteri membawa darah yang beroksigen dan urat saraf pula membawa darah beroksigen yang berkurangan. Tetapi dalam sistem vaskular yang menghubungkan antara jantung dengan paru-paru, pertemuan mereka ini bersilih ganti.
  • Darah: Bahan merah, cair yang dipam di seluruh sistem kardiovaskular. Darah kebanyakannya air, dan bertanggungjawab untuk menyampaikan nutrien kepada badan anda. Ia juga mengandungi banyak jenis sel: sel darah merah, sel darah putih, plasma, serum dan platelet.

Sel darah merah (RBC) membawa oksigen dan karbon dioksida masuk dan keluar dari badan. Sel darah putih kebanyakannya terlibat dalam tindak balas imun anda. Plasma adalah cecair tidak berwarna yang mengandungi komponen lemak dari darah. Serum adalah komponen berwarna kuning-coklat yang mengandungi kebanyakan protein darah. Dan platelet adalah berbentuk bulan separuh, yang macam bentuk struktur sel yang bertanggungjawab untuk pembekuan darah (biasanya selepas kecederaan pada saluran darah).

  • Tekanan darah: Daya gerakan darah melalui saluran darah, diukur dalam mmHg (milimeter Merkuri). Secara klinikal, tekanan darah dilaporkan sebagai tekanan sistolik terhadap tekanan diastolik. Tekanan darah adalah paling tinggi dalam arteri dan paling rendah dalam urat.
  • Diastole: Berkaitan dengan perkembangan, kelonggaran, atau peleburan.
  • Tekanan darah sistolik: Tekanan dalam saluran darah anda apabila darah bergerak secara aktif melalui mereka selepas dipam oleh jantung. Tekanan darah sistolik yang biasa dianggarkan kurang daripada 120 mmHg.
  • Tekanan darah diastolik: Proses di mana berlaku tekanan dalam saluran darah di antara degupan jantung di saat darah tidak mengalir dengan saat saluran darah dengan jantung anda itu sedang berehat. Tekanan darah diastolik biasa dianggap kurang daripada 80 mmHg.
  • Kapilari: Rangkaian saluran darah yang halus dan berserabut. Kapilari ini membolehkan oksigen dan nutrien-nutrien untuk tersebar keluar dari darah kemudian masuk ke dalam sel, tisu, dan organ. Mereka juga menghantar semula bekalan oksigen dan darah yang kekurangan nutrien kembali ke jantung. Rangkaian ini terletak di penghujung arteri dan permulaan kepada sistem urat saraf.


"Anda tahu sistem kardiovaskular anda adalah penting, tetapi mungkin lebih besar daripada yang anda fikirkan. Bayangkan, saluran darah anda mampu meregangkan lebih dari 60,000 batu (atau 100,000 km). Ini bermakna saluran darah anda, jika sampai di akhir hujungnya, seolah-olah dapat mengelilingi dunia kira-kira dua setengah kali."

Pemerhatian lebih dekat pada sistem kardiovaskular
Takrif yang paling ringkas mengenai sistem kardiovaskular anda adalah siri organ yang melancarkan darah melalui saluran darah. Tetapi itu akan mengurangkan beberapa maklumat yang bermanfaat juga. Sistem kardiovaskular menyampaikan oksigen dan nutrien lain ke tisu, kemudian membuang sisa dan karbon dioksida daripada peredaran.

Itulah yang menampakkan betapa penting tugasnya itu. Mereka berhubungan melalui satu siri tiub yang saling berkait (arteri dan urat) yang menggalakkan aliran darah ke seluruh tubuh. Dua litar dalam sistem kardiovaskular, litar paru-paru dan sistemik, salurkan darah melalui jantung kemudian lalu ke seluruh badan anda.

Anatomi Jantung Manusia
Jantung anda terutamanya bertanggungjawab untuk mengepam darah masuk dan keluar dari semua kawasan badan. Jantung manusia dapat mencapai tugas besar ini kerana pembinaannya yang unik.

Ia terdiri daripada sel-sel otot jantung licin yang berurusan dengan tekanan luar biasa. Sesetengah sel jantung ini membuat sambungan elektrik dengan saraf. Apabila anda bersenam atau mengalami perubahan dalam emosi, impuls elektrik bergerak melalui saraf anda ke dalam jantung anda. Isyarat-isyarat ini boleh berubah-ubah kadarnya samada pada situasi mana otot-otot jantung itu berfungsi-atau berapa laju ia nak berdegup.

Anda mungkin tahu bahawa jantung dibahagikan kepada empat ruang berasingan - atria kiri dan kanan dan ventrikel kiri dan kanan. Bilik-bilik jantung adalah kantung otot yang dipisahkan oleh injap. Mereka kumpul darah dari peredaran di dalamnya kemudian otot ini perah darah tadi melalui jantung ke paru-paru atau keluar ke badan. Bahagian sebelah kiri dan kanan jantung masing-masing adalah struktur yang sama antara satu dengan yang lain. Tetapi setiap sisi adalah unik dan bertindak melakukan fungsi khusus yang diperlukan ketika mengepam darah.

Bahagian kanan jantung bertujuan mengumpul darah yang dah diedarkan dari seluruh badan. Ketika ini darah ini sangat memerlukan kesegaran semula dalam bentuk bekalan beroksigen. Sebelum ia boleh pergi ke paru-paru untuk dapatkan bekalan oksigen, ia mesti memasuki atrium kanan (bilik pengumpulan) dan turun ke ventrikel kanan (bilik pam). Ventrikel kanan bertanggungjawab untuk menolak darah ke paru-paru untuk dapatkan oksigen di sana.

Bahagian kiri jantung menerima darah beroksigen selepas ia melewati paru-paru. Atrium kiri adalah ruang pengumpulan darah beroksigen ini. Darah kaya oksigen ini kemudian dibuang ke ventrikel kiri melalui injap sehala antara kedua-dua ruang itu. Ventrikel kiri adalah ruang jantung terkuat. Apabila otot jantung dari ventrikel sebelah kiri ini bertindak, darah digerakkan dari jantung keluar ke seluruh bahagian tubuh badan.

Setiap minit, lima liter (atau kira-kira 1.5 gelen) darah dipam melalui jantung-dah hampir jumlah keseluruhan darah anda. Jantung anda menyumbang 7200 liter darah setiap hari kepada setiap inci persegi badan anda. Setiap kali proses pam dibuat secara mudahnya mereka akan membawa oksigen dan nutrien segar masuk ke setiap sel dalam tubuh anda untuk menyokong tisu dan fungsi organ yang sihat.

Peredaran Darah: Ke Manakah Hala Tujunya?
Memahami laluan aliran darah melalui sistem kardiovaskular adalah sama macam dengan baca peta jalan. Bayangkan sel darah merah ini jadi macam kenderaan dalam lebuh raya yang sesak. Anda akan boleh ikut kenderaan dengan laluan ini melalui jantung dan ke seluruh badan.

Sel darah merah yang sihat, gembira, yang kaya dengan bekalan oksigen, mulakan perjalanan mereka masuk ke lebuhraya sistem kardiovaskular ini melalui pintu keluar ventrikel kiri jantung. Selepas ventrikel kiri ini mengembang, darah dalam kantung ini baru dapat kebenaran untuk memasuki aorta melalui injap aorta.

Aorta adalah arteri terbesar dalam badan dan merupakan laluan lebuhraya super untuk pengangkutan darah. Kelajuan darah melalui aorta disebabkan ciri dinding arterinya berotot, berdaya tekanan tinggi serta tebal. Arteri-arteri yang lebih kecil pusatnya berpunca dari aorta. Saluran kecil ini adalah jalan keluar untuk darah ini pintas masuk laluan arteri sesak itu tadi kemudian berjalan ke lokasi badan yang berlainan.

Semakin jauh laluan perjalanan darah dari jantung keluar ke seluruh badan semakin mengecut laluannya itu. Samalah seperti jalan raya, ia semakin mengecil apabila ia keluar dari jalan raya yang bercabang bebas, ke jalan-jalan di bandar, dan melalui kawasan perseorangan, begitulah saluran arteri yang bercabang bebas berpecah menjadi saluran-saluran yang lebih kecil yang akhirnya menyambung ke kapilari. Saluran-saluran kecil ini mengelilingi organ-organ dan tisu-tisu yang penting. Kapilari-kapilari ini menyuburkan organ dan tisu dengan nutrien dan oksigen.

Setelah sampai ke destinasi akhir mereka, sel darah merah perlu kembali ke jantung dan paru-paru. Tetapi perjalanan balik ke jantung jauh lebih perlahan daripada perjalanan cepat melalui aorta.

Jika jalan pengangkutan darah di arteri adalah jalan pengangkutan yang bebas, urat saraf boleh disebut sebagai jalan yang penuh dengan panorama indah pula. Mereka mempunyai had laju yang perlahan daripada arteri akibat tekanannya yang lebih rendah. Struktur arteri yang ketat membantu melancarkan darah melalui badan dengan cepat. Sebaliknya, saluran urat saraf pula lebih luas dan longgar. Darah akan ambil masa yang lama untuk perjalanannya melalui urat saraf ini, apatah lagi terpaksa berdepan dengan laluan trafik yang panjang ke seluruh tubuh sebelum darah itu kembali semula masuk ke jantung.

Semua darah dari vena(urat saraf) masuk ke jantung melalui vena cava inferior(rendah) atau vena cava superior(tinggi). Perjalanan darah dari bahagian bawah badan ditujukan ke vena cava inferior-urat saraf terbesar dalam badan. Darah dari bahagian atas badan disalurkan melalui vena cava superior. Setiap dari satunya itu akan mengosongkan ruangan atrium sebelah kanan jantung.

Bilik atrium kanan jantung ini mengumpul darah dan mengarahkannya masuk melalui injap tricuspid ke ventrikel kanan. Darah dengan cepat dikeluarkan dari ventrikel kanan, masuk ke dalam arteri pulmonari(paru-paru) melalui injap berbentuk setengah bulan yang dipanggil injap pulmonal.

Ketika berada di dalam arteri paru-paru, darah bergerak melalui paru-paru, menggunakan selaput kapilari untuk mengisi semula bekalan-bekalan oksigen. Darah kemudiannya disalurkan semula ke jantung melalui vena pulmonari dan ke atrium kiri. Injap bicuspid adalah pintu gerbang terakhir yang mesti dilalui oleh darah untuk  kembalikan putaran aliran proses pengaliran darah ke dalam sistem hebat saluran kardiovaskular itu pada masa yang sama boleh melengkapkan litar penuh melalui ke seluruh badan.

Menghidupkan Gaya Hidup Bersama Jantung Yang Sihat
Darah anda perlu pergi ke banyak sudut dan celah. Sungguh menakjubkan apabila jantung yang sihat boleh mengepam tanpa masalah sepanjang hari, setiap hari, untuk seluruh hidup anda. Walaupun jantung anda dibina untuk pergi lebih jauh, ada juga beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk menyokong lebih lagi kesihatannya. Tak terkecuali untuk seluruh sistem kardiovaskular anda juga.

Latihan senaman harian adalah cara terbaik untuk mengekalkan jantung yang sihat dan menyokong kesihatan kardiovaskular yang baik. Keperluan jantung anda untuk bekerja sedikit lebih keras semasa tempoh latihan anda itu akan membolehkan otot jantung itu sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan stabil untuk tempoh lebih lama lagi.

Aktiviti fizikal bukan sahaja boleh buat tangan dan kaki anda jadi lebih kuat. Ia juga menguatkan sistem jantung dan kardiovaskular anda. Atlet biasanya mempunyai jantung yang lebih sihat berbanding mereka yang tidak kerap bersenam. Anda tak perlu jadi atlet profesional, tetapi sekurang-kurangnya jadikan matlamat anda untuk bersenam secara tetap dan menyokong kesihatan jantung dan kardiovaskular anda.

Berjalan kaki setiap hari boleh jadi latihan yang paling mudah untuk kekalkan kesihatan jantung. Berjalan kaki selama 30 hingga 60 minit setiap hari boleh dapat bacaan kadar jantung anda sehingga ke "spot yang manis". Mengekalkan kadar denyutan jantung tinggi (antara 50 hingga 85 peratus tahap maksimum anda) harus menjadi petunjuk untuk anda lakukan senaman yang baik dan sihat. Sebagai rujukan, berjalan kaki akan mendapat kadar jantung anda sehingga 50-70 peratus maksimum. Permainan tenis atau larian di treadmill menaikkan kadar jantung anda di antara 70 dan 85 peratus maksimum.

Diet rendah lemak dan diet rendah garam pada masa sama diet kaya sayur-sayuran dan protein tanpa lemak turut juga baik untuk jantung anda.

Mengatur diet garam anda dan diet kandungan lemak yang tidak sihat boleh memperkuat keupayaan tubuh anda untuk mengekalkan tekanan darah sihat supaya sedia berada dalam paras yang normal. Disamping untuk jadikan jantung anda yang hebat, diet rendah lemak dengan diet rendah garam yang tak sihat turut boleh jadi tiket untuk anda kekalkan berat badan yang sihat juga.

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan. Gantikan makanan masin dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang ada banyak perasa semula jadi. Anda juga akan dapat banyak nutrien penting seperti lycopene dan vitamin C—yang pernah dibuktikan untuk menyokong sistem kardiovaskular yang sihat. Dan pastikan lemak dalam diet anda berasal dari sumber semula jadi yang lebih alami, fikirkan seperti kekacang, zaitun, dan minyak kelapa.

Pastikan enjin badan anda berjalan lancar dan pastikan juga proses mengepam darah anda itu juga dengan cara senaman disertakan dengan diet yang sihat.

Popular posts from this blog

Proflavanol C100 - Kekuatan Vitamin C Generasi Ketiga + Ekstrak Biji Anggur

CoQuinone® Bahan Bakar Sel Menguatkan Hidup Anda