Panduan Anda Untuk Maklumat Mineral-Mineral Penting |
Anda tidak boleh nak hasilkan mineral dengan sendiri. Dan
anda juga tidak bersendirian. Kehidupan mana-mana planet berdepan dengan isu
pragmatik berdasarkan analisis impirikal yang sama. Nasib baiklah, Bumi yang
anda duduk ini adalah tempat tersimpannya semua mineral penting yang
diperlukan oleh badan anda supaya hidup anda boleh hidup lancar.
Mineral tidak seperti
vitamin. Tumbuhan, bakteria, dan mikroorganisma lain
tak boleh sintesis kalsium atau magnesium dengan begitu saja. Vitamin
adalah molekul yang lebih besar yang diperbuat daripada beberapa bahagian
molekul. Mineral adalah atom atau unsur-unsur bercaj ion, yang boleh dirujuk dalam
jadual berkala.
Anda sememangnya patut bersyukur, tumbuhan sebenarnya boleh ekstrak sumber
zat mineral itu hasil dari tanah kita. Itulah
sebabnya anda tak perlulah nak keluar 'gua' anda sebab nak korek makanan di
tanah yang kotor atau hisap semua batu-batu tanah itu konon nak dapatkan
mineral zink dan zat besi. Sebaliknya, simpanlah mangkuk anda yang penuh
dengan tanah segar itu untuk malam yang lain dan nikmati salad yang lazat
itu
saja. Tapi, jangan lupa juga dengan segelas air(sebab cara ini pun boleh dapat mineral
juga). Janganlah sampai tanaman tumbuhan saja yang penat-penat
bekerja untuk anda ya.
Hakikatnya, anda perlukan mineral untuk metabolisma selular dan untuk membina struktur
tubuh (daripada tulang ke darah hinggalah kepada asid amino yang memberi kesan kepada
DNA). Dan sekarang anda boleh belajar tentang semua mineral yang anda
perlukan. Gunakan jadual kandungan di bawah untuk mengetahui apa yang menjadikan
setiap mineral itu penting untuk kesihatan anda. |
Anda benar-benar memerlukan mineral
penting untuk hidup. Tetapi hakikat sebenarnya pula, anda perlukan lebih
lagi daripada
yang lain-lainnya juga. Jumlah yang anda perlukan dalam diet anda
sebenarnya cuma
asas menunjukkan betapa bagaimana mineral itu sepatutnya digambarkan.
Bagi mineral-mineral yang memerlukan sejumlah besar amaun
sukatannya (sehingga beberapa
gram sehari) dipanggil makromineral. Setakat ini, anda akan dapati
mineral yang paling dikenali dalam kategori mineral ini
ialah-kalsium,
magnesium, sodium, dan potasium. Sekiranya anda nak pergi
lebih jauh lagi, anda boleh pisahkan pembahagian makromineral
tadi kepada bongkah
mineral dengan mineral elektrolit (mineral ni sering dijumpai di
dalam cecair badan anda).
Kategori lain yang boleh dipanggil ialah mikromineral atau mineral
surih. Sebaik nama-nama ini pun sudah kita ketahui, anda
cuma perlukan sejumlah kecil mineral penting sahaja untuk
ambil bahagian dalam menyokong
kesihatan anda. Walaupun anda memerlukan sedikit kuantiti (beberapa
mikro hingga milli-gram sehari) daripada mineral surih,
bukan bermaksud mereka itu tidak penting. Kategori mineral ini mempunyai beberapa
nama yang biasa kita dengar (zink dan copper/tembaga) dan beberapa mineral yang
kurang dikenali (selenium dan molibdenum). Satu nota ringkas:
Nanti, anda akan lihat kategori ini disebut sebagai mineral
surih dalam artikel akan datang. Kebanyakannya sebab nak elak
kekeliruan antara makromineral dengan makronutrien.
|
- Apakah ia?
- Mineral penting yang paling
banyak berada di dalam tubuh anda.
- Apa yang ia boleh lakukan untuk
anda?
- Kalsium adalah penting untuk
kesihatan tulang, isyarat sel, pengecutan otot dan
penenang, fungsi saraf, dan ia membantu menyokong
pembekuan darah dan kesihatan kardiovaskular.
- Di manakah saya dapat mencarinya?
- Produk tenusu adalah sumber
kalsium yang paling jelas. Tetapi ia juga dijumpai
dalam kuantiti yang besar dalam tauhu, kacang, oren,
brokoli, kubis, dan sayur kale.
Kalsium adalah mineral paling banyak
di dalam badan anda. Kebanyakannya-99 peratus-disimpan dalam
tulang dan gigi. Kalsium yang disimpan adalah sebahagian
daripada matriks tulang dan kalsium inilah yang memberikan
warna dan struktur kepada tulang. Oleh itu, penting untuk
kita kekalkan kepadatan tulang dan kekuatannya.
Badan anda mengawal dengan ketat
jumlah kalsium yang bergerak bebas dalam aliran darah.
Sekira paras anda itu turun di bawah normal, kelenjar
parathyroid mulakan pancutan untuk bertindak. Kelenjar
ini(yang terletak di leher, berhampiran kotak suara anda)
juga boleh mengaktifkan vitamin D, yang mana dengan
pengaktifan itu bakal menarik kalsium dari buah pinggang dan
tulang anda.
Proses sebegini mempercepat untuk mengembalikan tahap
kalsium yang sihat, tetapi ia juga boleh beri kesan kepada
kesihatan tulang anda. Sebabnya, jika berlarutan, anda pun
tak mahu kalsium dari tulang anda sentiasa digunakan tapi
pada masa yang sama tidak diganti. Sebab itulah, penting
juga untuk memdapat kalsium dari diet yang mencukupi untuk
memastikan tulang kuat dan tahap kalsium darah anda pun
kembali normal.
Kalsium juga ada tanggungjawab yang lebih banyak lagi
berbanding setakat untuk fokus kepada kesihatan tulang saja.
Tadi kita dah sedar 99 peratus kalsium duduk di tulang dan
gigi anda kan? Benarlah, banyak fungsi kalsium, secara
dominannya tertumpu pada tulang dan gigi. Tapi, baki satu
peratus daripada mineral penting itu tadi, turut juga
berperanan sebagai satu mineral yang berfungsi untuk banyak
fungsi penting juga-termasuklah dengan permulaannya untuk
kesihatan kardiovaskular. Kaitan kelebihan ini berasal dari
peranan kalsium dalam penyelenggaraan tekanan darah yang
sihat supaya berada dalam lingkungan normal.
Isyarat sel adalah salah satu peranan
kecil kalsium untuk badan anda. Mineral penting ini
diperlukan untuk menyampaikan pelbagai mesej:
- dari otak hingga ke hujung akhir
saraf
- pengimbang tara untuk proses
pengembangan dan pengecutan saluran darah
- mengawal kontraksi otot
- mencetuskan proses penguraian
molekul untuk glukosa yang tersimpan yang dipanggil juga
glikogen, tujuannya untuk menguatkan proses kontraksi
pada otot.
Tip makan suplemen tambahan yang
mengandungi zat mineral kalsium:
Apakah suplemen tambahan yang
mengandungi kelebihan zat KALSIUM pada masa yang sama
ia juga memiliki kelebihan vitamin D?
- CellSentials (baca maklumat
suplemen
di sini)
- Magnecal D (baca maklumat
suplemen
di sini)
|
- Apakah ia?
- Satu mineral dan elektrolit
surih yang memastikan cecair badan dalam keadaan
seimbang.
- Apa yang ia boleh lakukan untuk
anda?
- Klorida membantu anda
mengekalkan keseimbangan cecair badan. Ia juga
diperlukan untuk membuat asid hidroklorik yang
membantu mengurai makanan di dalam perut anda.
- Di manakah saya dapat mencarinya?
- Garam, tomato, zaitun, saderi,
dan salad.
Klorida kebanyakannya dikaitkan
bersama dengan sodium. Ini masuk akal sebab mereka adalah
dua komponen garam juga. Dan bila mereka bersama-sama,
mereka menyokong keseimbangan cecair yang lebih betul dalam
badan anda.
Tetapi klorida mempunyai peranannya sendiri juga.
Ia adalah komponen utama asid perut. Asid hidroklorik di
dalam perut anda adalah bahagian penting untuk bertindak
sebagai jus-jus pencernaan yang membantu memecahkan makanan
yang anda makan. Dengan cara itu makanan anda makan itu
boleh diserap dalam usus kecil anda dan nutrien-nutrien pun
boleh digunakan ke seluruh badan anda.
Oleh kerana ia adalah sebahagian daripada jenis garam, jadi,
kebanyakan orang sudah cukup mendapatkan sumber klorida
untuk mereka.
|
- Apakah ia?
- Mineral surih yang memberi
kesan kepada aktiviti insulin dan metabolisma
makronutrien.
- Apa yang ia boleh lakukan untuk
anda?
- Meningkatkan permukaan sel
anda dengan insulin, membantu badan anda mengekalkan
glukosa darah yang sihat supaya berada dalam
lingkungan normal.
- Di manakah saya dapat mencarinya?
- Brokoli, gandum, bawang putih,
basil, ayam belanda, biji benih, kekacang(legume),
dan coklat gelap.
Insulin mengawal peraturan sukatan
glukosa darah dalam badan anda. Kromium membantu insulin
sebaik mungkin untuk melakukan tugas penting ini.
Fungsi mineral surih ini ialah mengikat asid amino dan sebatian
lain untuk mencipta GTF (Faktor Toleransi Glukosa). Ia
membolehkan insulin untuk mengikat reseptor pada permukaan
sel, meningkatkan lagi penyerapan glukosa dari darah.
Begitulah kromium membantu mengekalkan gula darah yang sihat
dalam lingkungan normal.
Ia bukan hanya glukosa. Kromium juga mengambil bahagian
dalam memetabolisma protein, lemak, dan karbohidrat. Oleh
sebab itu, ia membantu menjadikan makronutrien dari diet
yang anda ambil itu ditukar menjadi satu bentuk tenaga yang
bermanfaat kepada selular.
Kromium tak susah pun nak dijumpai dalam mana-mana diet,
cuma ia susah nak diserap masuk sahaja. Ikatan mineral
kromium dengan pelbagai asid amino (atau derivatif mereka)
dilihat boleh meningkatkan kuasa bioavailabilitinya.
Contohnya, asid askorbik (iaitu vitamin C) juga boleh
menggalakkan penyerapan mineral penting ini untuk anda.
Tip makan suplemen tambahan yang
mengandungi kromium:
Apakah suplemen tambahan yang
mengandungi kelebihan zat kromium pada masa yang sama
ia juga memiliki kelebihan vitamin C dan
vitamin-vitamin lain juga?
- CellSentials (baca maklumat
suplemen
di sini)
|
- Apakah ia?
- Mineral surih penting yang
membantu membina struktur badan dan banyak lagi.
- Apa yang ia boleh lakukan untuk
anda?
- Mineral tembaga(copper) membantu
dalam pengeluaran sel darah merah, menyokong
rangkaian tisu-tisu penyambung yang sihat, sistem
otak dan saraf, tenaga, pernafasan selular, dan
kesihatan kardiovaskular. Ia juga memberi kesan
kepada sistem imun anda, kesihatan tulang, dan
secara tidak langsung bertindak sebagai antioksidan.
- Di manakah saya dapat mencarinya?
- Tiram, kerang, kacang, kacang
lentil, cendawan, bijirin dan organ daging adalah
sumber tembaga yang baik.
Tembaga paling terkenal sebagai alat
binaan popular yang terdapat dalam saluran paip dan juga
dalam pendawaian. Tapi, tahu tak? Ia juga membantu membina
struktur penting untuk badan anda.
Ia menggabungkan dengan zat iron (zat besi) untuk membantu
dalam pengeluaran sel darah merah. Tembaga memainkan peranan
penting dalam membuat tisu penghubung anda kuat sekuat
mungkin. Ia membantu menghubungkan dua struktur protein yang
paling lazim dalam tubuh kita-iaitu menghubungkan kolagen
dan elastin.
Disebabkan mineral tembaga ini ada kebolehan menerima dan
menderma elektron, ia secara tidak langsung berfungsi juga
sebagai antioksidan. Ia mempunyai peranan penting dalam
kelas enzim superoxide dismutase (SOD). Mereka adalah
sebahagian daripada enzim antioksidan paling penting untuk
badan anda.
Itulah permulaan tentang bagaimana
tembaga akan digunakan dalam badan anda. Selain itu, ia
juga:
- bantu dalam pernafasan dan
pembebasan tenaga
- ada berkait juga dengan kesihatan
kardiovaskular dengan menyokong saluran darah yang sihat
- membantu mengekalkan kesihatan
otak dan sistem saraf menerusi enzim-enzim yang
bergantung kepada tembaga lain.
Tembaga biasanya mudah untuk diserap
oleh tubuh anda, jadi bioavailabiliti biasanya antara 55 dan
75 peratus. Dan secara relatifnya ia tidak bertoksid kepada
manusia. Organisasi Pertubuhan Makanan dan Pertanian
Agrikultur-dari Ahli Majlis Organisasi Pertubuhan Kesihatan
Sedunia, menetapkan pengambilan 0.5mg untuk setiap 1kg berat
badan adalah sebagai selamat, atau sekitar 25mg sehari untuk
orang dewasa biasa.
Tip makan suplemen tambahan yang
mengandungi mineral copper(tembaga):
Jalani kehidupan anda melalui
pendidikan tentang diet yang betul dan seimbang. Amalkan
gaya & cara hidup yang sihat. Aktifkan diri dengan aktiviti
senaman untuk setiap minggu sekurang-kurangnya anda target
biar dapat 150 minit untuk seminggu bersenam.
Akhirnya, pada anda yang
benar-benar cakna dengan diet yang seimbang serta amalan
gaya hidup sihat yang cemerlang, padukan disiplin dan rutin
anda bersama dengan suplemen dari syarikat sains
USANA Health Science.
Di USANA, apakah suplemen tambahan yang
mengandungi kelebihan zat copper pada masa yang sama
ia juga memiliki kelebihan vitamin-vitamin dan
mineral-mineral penting lain juga?
- CellSentials (baca maklumat
suplemen
di sini)
|
- Apakah ia?
- Minyak surih yang membantu
menghasilkan hormon tiroid.
- Apa yang ia boleh lakukan untuk
anda?
- Iodin menyokong metabolisme
yang sihat dan boleh memainkan peranan dalam
mengekalkan berat badan yang sihat-melalui
sambungannya kepada hormon tiroid. Ia juga penting
untuk pembangunan janin dan bayi yang sihat.
- Di manakah saya dapat mencarinya?
- Garam beriodin, makanan laut,
susu, dan kacang. Kandungan iodin dalam buah-buahan
dan sayur-sayuran berbeza-beza bergantung kepada
tanah di mana mereka ditanam.
Iodine sebenarnya berfungsi melebihi
fungsi tambahan yang ada pada garam meja dapur anda sahaja.
Anda memerlukan mineral surih penting ini untuk menghasilkan
hormon tiroid yang memberi kesan kepada metabolisma anda dan
ia juga boleh main peranan dalam berat badan.
Terutamanya buat wanita hamil dan bayi sangat memerlukan
iodin. Mineral ini membantu mempromosikan perkembangan janin
dan bayi yang betul-terutamanya pada tulang dan otak.
Sekiranya anda tidak mempunyai cukup iodin dalam diet anda,
tiroid anda akan cuba tangkap sebanyak mungkin iodin itu.
Ini boleh menyebabkan masalah.
Iodin sangat mudah diterima oleh badan anda. Untuk orang
dewasa, pengambilan 2,000 mcg telah menunjukkan laporan yang
boleh membawa kesukaran, tetapi manusia umumnya boleh
bertolak ansur dengan tahap sehingga 1,100 mcg sehari.
|
- Apakah ia?
- Mineral surih yang membentuk
protein penting dalam darah dan otot.
- Apa yang ia boleh lakukan untuk
anda?
- Zat besi adalah komponen
protein yang membolehkan sel darah merah anda
membawa oksigen ke dalam badan anda. Ia juga
merupakan sebahagian daripada protein yang membantu
otot menyerap oksigen. Ia juga mempunyai kaitan
dengan pengeluaran tenaga dan pembentukan DNA.
- Di manakah saya dapat mencarinya?
- Daging, makanan laut, ayam,
kacang, kismis, dan kacang.
Keupayaan darah anda untuk membawa
oksigen dibina dengan bantuan zat besi.
Zat besi merupakan bahagian utama untuk hemoglobin. Protein
ini hadir dalam sel darah merah membenarkan mereka untuk
mengangkut oksigen dari paru-paru dan menghantarnya ke
seluruh badan. Sungguhpun, zat besi bukan sahaja membantu
darah membawa oksigen. Ia juga merupakan komponen
myoglobin-sejenis protein yang ada dalam otot-yang mana
penting untuk penyerapan oksigen dari otot anda pula.
Membantu membekalkan oksigen ke badan anda nampaknya tidak
mencukupi untuk zat besi. Ia juga menyokong pengeluaran
tenaga dan membantu dalam pembinaan DNA.
Diet dengan zat besi terdapat dalam dua bentuk-iaitu heme
dan nonhema. Kebanyakan zat besi jenis nonheme anda itu
berasal dari tumbuh-tumbuhan. Sebaliknya daging pula sumber
untuk kedua-dua jenis zat besi yang boleh datang dari diet.
|
- Apakah ia?
- Satu jenis makromineral yang
memainkan peranannya untuk lebih daripada 300 sistem
enzim dalam badan anda.
- Apa yang ia boleh lakukan untuk
anda?
- Anda memerlukan magnesium
untuk menyokong kesihatan tulang, pengeluaran tenaga,
tahap glukosa darah yang sihat supaya berada dalam
julat normal, juga mengekalkan tahap kalsium.
- Di manakah saya dapat mencarinya?
- Magnesium adalah komponen
penting dalam klorofil, iaitu pigmen yang berwarna
hijau dalam tumbuh-tumbuhan. Anda harus beralih
kepada sayur-sayuran berdaun hijau, biji-bijian,
kacang-kacangan, daging, dan susu. Air boleh menjadi
sumber magnesium, tetapi ia berubah-ubah. Air yang
lebih keras mengandungi garam magnesium, yang boleh
membantu badan anda memenuhi keperluan hariannya.
Magnesium adalah mineral penting yang
ada fungsi yang multi tasking, dan ia diperlukan untuk lebih daripada
300
enzim. Badan anda memerlukan makromineral ini untuk
menghasilkan tenaga, mengekalkan tahap kalsium, dan membantu
mengekalkan fungsi insulin yang normal dan sihat. Pada
bila-bila masapun, anda sebenarnya sudah ada kira-kira 25 gram
magnesium dalam badan.
Salah satu peranan utama magnesium ialah pengeluaran tenaga.
Proses selular yang tujuannya untuk menukarkan diet makanan
anda kepada tenaga berguna memerlukan beberapa tindak balas
reaksi yang sangat bergantung
kepada magnesium. Tenaga berguna yang paling terbesar sekali
main peranannya ialah protein yang
menjadikan adenosine trifosfat, atau ATP (boleh digunakan
sebagai tenaga sel) yang ada dalam mitokondria tu. Molekul tenaga (ATP)
ini sebahagian besarnya wujud sebagai Mg-ATP, iaitu
magnesium dalam bentuk kompleks.
Tetapi kalau anda nak cari di mana magnesium tu, terdapat enam puluh peratus daripada magnesium
anda akan disimpan dalam tulang anda. Jadi, tak hairanlah
kenapa
mineral penting itu boleh membantu mengekalkan ketumpatan tulang
anda.
Jumlah magnesium yang sihat juga menggalakkan paras serum
kalsium yang normal serta menguatkan kesan positif untuk
status vitamin D anda.
Magnesium juga turut boleh meningkatkan tindakan hormon paratiroid,
yang mana ia memang bertanggungjawab untuk mengawal tahap kalsium dan
vitamin D dalam darah. Kedua-dua nutrien (kalsium dan
vitamin D) membantu mengekalkan kekuatan tulang.
Beberapa kajian juga turut menunjukkan kemungkinan hubungan antara
suplemen magnesium dalam mengekalkan fungsi insulin yang sihat.
Penemuan ini mencadangkan tahap magnesium yang sihat boleh
membantu anda menyokong paras glukosa darah yang sihat
supaya berada dalam lingkungan normal.
Magnesium adalah makromineral. Anda memerlukannya. Itu
menjadikannya sukar bagi magnesium menjadi toksik, terutamanya
apabila diperoleh melalui sumber makanan, kecuali jika
anda telah alami kerosakan fungsi buah pinggang. Sesetengah orang
mengalami gangguan pencernaan dan gangguan gastrousus
selepas mengambil garam magnesium. Garam seperti ini digunakan
secara terapeutik sebagai julap, dan sesetengah orang
mungkin mengalami kekejangan dan cirit-birit dalam dos yang
tinggi.
|
- Apakah ia?
- Mineral surih penting untuk
metabolisma dan fungsi sel.
- Apa yang ia boleh lakukan untuk
anda?
- Mangan adalah sebahagian
daripada enzim yang membantu dalam metabolisma. Ia
juga membantu melindungi mitokondria (loji kuasa
selular) daripada kerosakan radikal bebas yang
berpunca daripada kesan sampingan akibat dari
pengeluaran tenaga.
- Di manakah saya dapat mencarinya?
- Nenas, kacang nut, bijirin,
kacang bean, bayam, dan teh.
Penghasilan tenaga selular ini perlu
tetapi ia sejenis aktiviti yang agak berisiko. Salah satu
pelindung paling penting mitokondria(iaitu tempat di mana
sel-sel tenaga dihasilkan) sebahagiannya adalah terdiri
daripada mangan (tidak boleh dikelirukan dengan magnesium).
Bagaimanakah mineral surih ini main peranan antioksidan yang
sangat besar? Ia bermula dengan penghasilan dismutase
superoxide mangan. Enzim ini memulakan penukaran sejak dari
tindakbalas oksidatif tenaga yang merbahaya hinga ke
tindakbalas air yang tidak
berbahaya.
Ia juga membantu memetabolismakan komponen diet anda, menyokong
perkembangan tulang yang normal, serta main peranan dalam
formulasi kolagen.
Kekurangan mangan adalah agak jarang, kerana sifatnya itu
datang dari sumber semulajadinya yang melimpah-limpah dan hanya diperlu dalam
amaun sisa baki sahaja. Kes-kes melibatkan isu keracunan
mineral mangan yang berlaku hasil dari akibat pendedahan makanan
adalah agak terpencil. Tapi tahap merbahaya biasanya hanya dilihat
pada individu yang terlalu terdedah kepada tahap debu mangan yang
tinggi di udara (seperti yang terdapat dalam persekitaran
kerja tertentu).
|
- Apakah ia?
- Satu mineral surih yang jadi
komponen untuk empat enzim penting.
- Apa yang ia boleh lakukan untuk
anda?
- Molybdenum membantu dalam
metabolisma dadah serta sebatian asing. Ini bermakna
ia menyokong proses detoksifikasi yang sihat. Ia
juga menyumbang kepada kitaran karbon, nitrogen, dan
sulfur ke seluruh badan anda.
- Di manakah saya dapat mencarinya?
- Sumber makanan terkaya adalah
produk susu, kekacang legume yang kering, daging,
organ, bijirin, dan makanan yang dibakar.
Molybdenum adalah tambahan baru dalam
senarai mineral penting. Dulunya tak tersenarai lagi
hinggalah tahun 1953 agen mineral ini nampak agak berperanan
dalam reaksi pengurangan tindak balas pengoksidaan yang mana
didapati boleh diperlukan sebagai berguna untuk kesihatan.
Bilamana kerja melalui tindakbalas enzim, molybdenum
membantu mengangkut elektron dalam pelbagai reaksi. Empat
enzim yang berbeza perlu kepada molybdenum untuk metabolisma
asid amino dengan sulfur, serta untuk hasilkan urik
asid(proses yang sihat dan normal). Enzim-enzim yang
mengandungi molybdenum ini juga akan menyokong proses
detoksifikasi dadah serta detoksifikasi sebatian asing.
Molybdenum sebenarnya mudah diserap dari diet anda.
Dianggarkan pengambilan makanan harian yang selamat dan
mencukupi bagi orang dewasa adalah 45-50 mcg. Had paling
atas sekali telah ditetap sehingga 2000 mcg / hari untuk
orang dewasa.
|
- Apakah ia?
- Mineral kedua paling banyak
di dalam badan anda(kedua selepas kalsium).
- Apa yang ia boleh lakukan untuk
anda?
- Fosforus menyokong kesihatan
tulang, pengeluaran tenaga, kesihatan selular,
sintesis protein, dan isyarat sel. Kumpulan vitamin
B dengan fosforus bila disatukan dalam satu pasukan
akan beri impak pada organ buah pinggang,
otot, saraf, dan
kesihatan jantung.
- Di manakah saya dapat mencarinya?
- Produk tenusu, kacang nut,
kacang bean, bijirin gandum, ikan salmon, dan ikan
halibut adalah paling baik untuk dapatkan sumber
fosforus.
Pada diri anda sebenarnya dah ada
kira-kira 1 peratus fosforus. Ia membentuk 1/100 berat badan
anda. Angka sebesar begini menjadikan makromineral ini yang
kedua terbanyak selepas kalsium secara lazimnya. Dan seperti
kalsium, fosforus kebanyakannya terdapat dalam tulang dan
gigi. Jadi, ia menyokong kesihatan tulang.
Tetapi ia juga di dalam setiap sel tubuh anda. Dari situlah
sebab kenapa ia menyumbang sebahagian daripada huruf P dalam
molekul ATP (adenosine triphosphate) itu. Anda
sebenar-benarnya tak akan boleh buat tenaga utama untuk
badan anda jika tanpa fosforus.
Betapa pentingnya fosforus ini turut juga dilanjut sehingga
kepada isyarat sel, sintesis protein, serta pembentukan sel
membran dengan bahan-bahan untuk genetik. Mineral penting
ini juga bergabung dengan vitamin B untuk menyokong fungsi
buah pinggang, otot, jantung, dan saraf yang sihat.
Mengimbangi pengambilan fosforus dan kalsium anda adalah
penting. Cuma, jika terlalu banyak fosforus pun boleh
menjejaskan penyerapan kalsium dan memberi kesan buruk
kepada kesihatan tulang. Tetapi kedua-duanya terdapat di
banyak sumber makanan yang sama.
|
- Apakah ia?
- Makromineral dan elektrolit
yang boleh beri impak pada beberapa bahagian
kesihatan juga.
- Apa yang ia boleh lakukan untuk
anda?
- Potassium adalah penting
untuk membina otot dan protein. Sebagai konduktor
kepada elektrik, ia juga main peranan dalam aktiviti
elektrik jantung.
- Di manakah saya dapat mencarinya?
- Cari Potassium dalam pisang,
bayam, daging, ikan, kacang lima, tomato, dan labu.
Potassium adalah elektrik. Sebab
itulah mineral penting ini juga dianggap sebagai elektrolit.
Dan keupayaan elektrik ini penting untuk jantung anda.
Denyutan jantung anda dikawal oleh impuls elektrik dan
potassium main peranan dalam mengekalkan denyutan jantung
yang normal.
Badan anda juga memerlukan potassium untuk membina protein
dan otot. Ia diperlukan untuk pertumbuhan di seluruh badan
anda dan membantu mengawal penggunaan karbohidrat.
Potassium banyak terdapat dalam diet biasa. Tetapi
sesetengah individu yang mengambil ubat-ubatan tertentu
mungkin memerlukan potassium tambahan juga.
|
- Apakah ia?
- Sejenis unsur mineral surih
yang memberi sumbangan kepada aktiviti molekul
antioksidan penting.
- Apa yang ia boleh lakukan untuk
anda?
- Selenium adalah blok binaan
daripada glutathione, iaitu sejenis antioksidan kuat
yang dibuat di dalam badan anda. Ia juga memainkan
peranan dalam pembangunan sistem DNA, fungsi tiroid,
dan pembiakan.
- Di manakah saya dapat mencarinya?
- Biji-bijian, biji benih,
makanan laut, organ hati dan daging lain, adalah
kaya dengan selenium tinggi.
Selenium membantu melindungi sel-sel
anda dari kerosakan yang diakibatkan oleh radikal bebas.
Mineral surih ini membantu mengekalkan glutathione, iaitu
sejenis molekul antioksida yang kuat dan berlimpah banyak,
supaya berada di dalam situasi terkawal. Molekul glutathione
sangat baik dalam menderma elektron serta meneutralkan
pelbagai radikal bebas. Ia juga memainkan peranan utama
dalam detoksifikasi.
Badan anda juga perlukan protein yang ada selenium untuk
menghasilkan DNA. Ia juga mempunyai hubungan dengan fungsi
tiroid dan pembiakan.
Pada golongan dewasa, didapati tiada kesan buruk telah
diperhatikan jika pengambilan selenium kurang di bawah 400
mcg sehari. Tetapi penggunaan jumlah yang sangat besar boleh
menyebabkan kesan negatif pada rambut, kuku, kulit,
dan gigi.
|
- Apakah ia?
- Elektrolit makromineral yang
menyokong keseimbangan cecair di dalam badan anda.
- Apa yang ia boleh lakukan untuk
anda?
- Sodium menyokong fungsi otot
dan saraf yang sihat. Tetapi peranan utamanya adalah
membantu badan mengimbangi jumlah cecair.
- Di manakah saya dapat mencarinya?
- Garam dan makanan yang
diproses ialah pertaruhan terbaik untuk anda
dapatkan sodium. Tetapi carilah dari sumber
semulajadi contohnya seperti produk tenusu, daging,
kerang, dan sayur-sayuran.
Sodium biasanya dijadikan sebahagian
daripada bahan bualan tentang jumlah yang berlebihan dan
berisiko untuk kesihatan. Tetapi ia adalah mineral penting
yang dikawal oleh buah pinggang anda dan sebahagiannya
bertanggungjawab untuk menjaga cecair badan anda supaya
seimbang. Ini termasuk plasma darah dan cecair di antara
sel-sel anda.
Anda mungkin pernah mengalami tindakbalas pengimbangan ini
secara langsung. Sekiranya anda mempunyai terlalu banyak
garam (yang mengandungi sodium), anda akan nakkan air dan
menjadi dahaga. Itulah sebabnya badan anda akan cuba untuk
seimbangkan nisbah sodium yang baik dengan air.
Sodium juga diperlukan untuk mengekalkan fungsi otot dan
saraf yang sihat.
Kebanyakan orang di A.S. mendapat lebih banyak sukatan
sodium berbanding yang mereka perlukan, walaupun ia tidak
didapati secara semulajadi dalam banyak makanan yang
berkepekatan tinggi. Ini kerana garam digunakan dalam
memasak dan pemprosesan makanan. Beralihlah kepada mengambil
sayur-sayuran dan buah-buahan segar untuk membantu anda
mengelak daripada pengambilan sodium yang berlebihan dalam
diet anda (yang boleh menyumbang kepada tekanan darah tinggi).
|
- Apakah ia?
- Mineral surih yang berfungsi
sebagai kofaktor untuk lebih daripada 300 enzim.
- Apa yang ia boleh lakukan untuk
anda?
- Zink menyokong fungsi imun,
bantuan dalam pembentukan dan baikpulih DNA, dan
menyediakan struktur kepada protein yang
mempengaruhi ekspresi gen DNA. Ia juga penting untuk
fungsi mata, buah pinggang, otot, kulit, dan
tulang yang sihat.
- Di manakah saya dapat mencarinya?
- Daging, organ hati, telur,
dan makanan laut dianggap sumber makanan zink yang
baik.
Zink adalah kofaktor untuk lebih
daripada 300 enzim yang diperlukan untuk fungsi sel yang
terlibat di dalam organ buah pinggang, organ otot, organ
kulit, dan organ tulang. Tetapi kesan terbesar zink berlaku
di dalam sel anda.
Mineral surih ini sangat banyak terlibat dalam pembinaan
bahan-bahan untuk genetik, termasuk DNA. Ia juga berfungsi
sebagai komponen struktur yang diperlukan oleh protein yang
mengikat DNA untuk mempengaruhi ekspresi gen. Banyak protein
yang mengikat DNA mengandungi zink.
Zink menyokong organ mata yang sihat juga. Ia adalah
sebahagian daripada enzim yang penting dalam penukaran
retinol kepada retina (dua bentuk vitamin A). Zink juga
dilihat boleh memberikan kesan tambahan kepada antioksidan
lain yang terlibat dalam menyokong ketajaman pada sudut
penglihatan.
Apabila diri anda adalah dari
sebahagian daripada lebih 300 enzim, anda akan cipta sedikit
kesan impak pada kesihatan. Sebab, zink juga:
- mempengaruhi aktiviti enzim yang
melekat pada membran plasma
- membantu melindungi sel daripada
kerosakan oksidatif
- membebaskan vitamin folate(B9)
untuk bergerak melintasi membran sel
- membantu dalam pembuatan heme (komponen
darah)
- mengambil bahagian dalam
metabolisma asid lemak penting
- membantu melepaskan vitamin A
dari tempat penyimpanannya di dalam organ hati
Walaupun zink merupakan mineral
surih-sebagai yang terakhir dalam senarai tadi-kesannya tak
boleh terlalu nak didedahkan juga. Pengambilan zink yang
tinggi untuk jangka masa yang panjang boleh menjejaskan
penyerapan mineral tembaga dengan secara negatif juga. Pada
umumnya, pengambilan zink dianggap selamat sepenuhnya pada
tahap di bawah 40mg sehari untuk golongan dewasa.
|
Vitamin dan mineral adalah penting
untuk kesihatan anda. Malah, mereka sering bekerja secara
seiringan. Semak
kamus panduan vitamin untuk mendapatkan separuh lagi
gambaran penuh tentang mikro nutrien penting.
|
|
Suplemen &
Nutrisi |
|
Tip, Diet &
Nutrisii |
|
Pengetahuan
Am |
|
|
Anda pernah ambil tahu tak
rupa-rupanya, masalah CKD(Buah Pinggang Kronik) ini boleh
diterbalik semula kepada paras normal semula? Dalam masa
sebulan anda boleh nampak perkembangannya bila anda ikut tip
ini.
Wasap saya untuk dapatkan tip tersebut
Terbaru! Saya singgah
ziarah pelanggan saya yang ada masalah diabetik dan CKD.
Sebelum ni lepas makan cucuk insulin 11 atau 10 sebab nak
kawal gula makanan yang dia makan. Lepas ambil USANA sekali
sehari sebelum tidur, kena turunkan pengambilan insulin
kepada 7 sebab jadi hypo bila cucuk insulin lepas makan.
Anda nak tau apa tip yang saya cadangkan untuknya?
whatsap saya sekarang |
|
|
Comments
Post a Comment