Sains Tentang Diet
REALITI: Mana Satukah Diet Popular Yang Sesuai Untuk Saya Pilih?
"Diet sebab nak bagi berat badan hilang" memang biasa kita dengar sebelum ni, dan kebanyakan orang dulu-dulu pun sama. Kadang kita pun tak tahu apa yang sepatutnya jadi betul bila nak berdiet? Bukan senang. Sebab banyak juga kajian telah tunjuk bukti, sebagai contoh salah satunya yang saya jumpa dari artikel web sains ialah berkenaan dengan satu kajian, mendedahkan satu analisa dalam masa lima tahun manusia cuba buat program diet, data keputsan menunjukkan 60 peratus dari kalangan pengamal diet itu akan kembalikan berat badan yang lebih tinggi berbanding daripada berat asal mereka dulu. Pernah tak anda jadi atau dengar kisah macam ni?
Sedih giler bila dah jadi ke tahap macam ni.
Dah kalau amalan diet berterusan macam ni pun dah tak jadi—(jika merujuk pada kajian lah)—dah kenapa wujud banyak pula jenis-jenis diet sekarang? Sedih giler bila dah jadi ke tahap macam ni.
Hakikat bagi yang tak berjaya langsung dalam diet mereka, ini suatu mimpi ngeri buat mereka dan inilah yang betul-betul mengecewakan biarpun terpaksa untuk menerimanya. Paling-paling busuk pun, keterpaksaan itu memang benar-benar wujud dan kita harus belajar berdepan dengannya.
Tapi sebaliknya, ada juga yang berjaya separuh jalan. Kononnya, berat badan turun. Cuma target sebenar itu tidak kesampaian.
Sebenarnya, walaupun anda tak berjaya capai matlamat impian nak kurus kepada target sebenar sebelum ni, sekurang-kurangnya mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat itu sudah dikira sebagai matlamat suci dan murni paling asas juga. Lagipun itu pun dikira satu bentuk usaha yang boleh kita caj sebagai bonus istimewa sebab berjaya capai matlamat berat yang sihat dan normal.
Impak Diet-Diet Popular Secara UmumAntara salah satu isu kesihatan yang paling besar di dunia pada zaman sekarang adalah aktiviti berkait dengan berat badan dan cara nak menurunkan berat. Isu berkait dengan obes ini telah meningkat sebanyak tiga kali ganda sejak dari tahun 1975 lagi.
Di Amerika, 39.6 peratus dari kalangan dewasa telah dikategorikan sebagai obes, Lagi terkejut apabila di tahun 2016, secara globalnya. 39 peratus kaum dewasa sudah alami masalah berat badan berlebihan dan tambahan 13 peratus lagi adalah dalam kategori obes.
Realiti hidup di zaman moden ini sebenarnya kerana kebanyakan daripada populasi dunia yang tinggal di bandar-bandar itu sendiri dah alami masalah berat berlebihan dan yang menyedihkan lagi adalah isu obes itu juga dikait dengan kematian lebih tinggi berbanding dengan isu kematian akibat berat berkurangan. Jangan terkejut pula, ia bukan sahaja disebabkan terlebih makan semata-mata tau. Sebab, kurang dari 5 peratus golongan dewasa di US yang terlibat dengan aktiviti fizikal selama 30 minit pun, menunjukkan keputusan mengejutkan apabila mendapati sekurang-kurangnya cuma seorang dari tiga rationya itu, yang capai matlamat( kalau nak tahu anda capai matlamat, cuba jawab kuiz ini? )dan kehendak sebenar dalam menjalankan aktiviti fizikal pada setiap minggu mereka.
Apa yang dimaksudkan dengan diet?Definisi umum untuk diet ialah “jumlah tenaga dan nutrien-nutrien yang dimiliki daripada makanan serta minuman yang digunakan oleh kebiasaan seseorang individu.”
Secara faktanya, diet itu semestinya yang menyihatkan atau yang mempunyai ciri-ciri penuh nutrisi yang tidak semestinya perlu ideal hanya semata-mata kerana nak lakukan kerana nak kawal berat badan semata-mata. Jadi, tulisan saya ini pun akan fokus hanya kepada bagaimana nak capai matlamat pengurangan tenaga diet supaya tercapai matlamat penyusutan berat badan serta penyusutan lemak badan.
Prinsip lama cara nak turun atau nak tambah berat badan dan cara ini juga yang paling asas sekali pernah dirakamkan adalah dengan mengenalpasti samada mengurangkan kalori atau melebihkan pengambilan kalori. Anda mungkin pernah dengar tentang istilah kalori masuk/kalori keluar, tak pun kalori seimbang.
Terlalu bermudah-mudahan dalam pemahaman terhadap konsep pengambilan kalori seimbang ini menyebabkan ramai yang akan tersalah anggap kononnya "makan sedikit, bergerak kena lebih" itu sebagai jawapan sebenar untuk solusi masalah obes secara globalnya.
Sementara kita masih beranggapan bahawa konsep kalori seimbang itu sangat benar seperti itu tadi, ia tak semudah itu dan ia juga bukannya boleh dijadikan hukum tetap untuk menentukan jawapan sebenar kepada isu berat badan seseorang akan naik atau turun. Terdapat bermacam lagi faktor lain yang mempengaruhi tabiat makan itu kemudian mempengaruhi pula dalam penglibatan proses mendapatkan tenaga(pengambilan kalori). Sebagai tambahan, ada bercabang-cabang lagi faktor yang menghubungkan formula persamaan "kalori keluar"(jumlah kalori yang dibakar). Tulisan saya di sini cuma akan fokus kepada diet, atau formula persamaan "kalori masuk" sahaja.
Kalau nak diikutkan, ada banyak juga nak kena tulis pasal formula persamaan ini. Di bawah tulisan saya nanti, anda tak akan jumpa jenis-jenis diet popular yang pernah wujud hari ini—sebab memang banyakpun kalau nak tulis kesemuanya sekali. Sebaliknya, anda akan jumpa analisis untuk setiap jenis diet yang penting-penting sahaja, atau konsep-konsep. Jangan bimbang, kebanyakan jenis diet atau jenis-jenis brand diet yang biasa-biasa kita pernah dengar masih lagi berada dalam tajuk yang bakal saya tulis di bawah nanti.
Jadi bila anda dengar ada berbagai macam jenis diet yang penting, lepas tu berdepan lagi konflik-konflik maklumat serta fesyen-fesyen berita yang penuh dengan sensasi iklan berbanding fakta sebenar, bagaimanakah cara untuk anda pilih senarai diet mana satukah, atau bentuk pemakanan yang mana satukah pula yang sepatutnya betul? Jadi mari kita tengok sains di sebalik jenis-jenis diet yang paling penting di sini:
1. Diet Rendah-Karbohidrat
2. Ketogenik Diet
3. Diet Berpuasa(sekejap-sekeja)/ Intermittent Fasting
4. Diet Rendah-Lemak
5. Diet Rendah-Kalori dengan Diet Ganti
6. Diet Terlalu Rendah-Kalori
-------------------------------------------------
Comments
Post a Comment