Antioksidan

Guna Antioksidan Untuk Perlindungan Diri Anda Daripada Kerosakan Radikal Bebas



Tubuh anda terdiri daripada pelbagai jenis molekul yang berlainan. Mereka semua memainkan peranan mereka. Tetapi antioksidan menonjol. Antioksidan adalah molekul yang meneutralkan radikal bebas. Jika dibiarkan radikal bebas sahaja yang bermaharajalela di dalam badan anda, radikal bebas boleh menyebabkan kerosakan pada membran sel, DNA, dan banyak lagi. Kerosakan ini boleh menyebabkan mutasi, fungsi terjejas, dan juga kematian sel. Untuk meminimumkan kerosakan lebih berleluasa dari serangan radikal bebas, tubuh anda menggunakan sistem pertahanan yang dimainkan oleh antioksidan.

Dari Mana Datangnya Radikal Bebas Itu?
Ia memang mustahil untuk sepenuhnya mengelakkan kerosakan daripada serangan radikal bebas. Mereka muncul daripada sumber-sumber dari dalam (endogenous) dan luar(exogenous) badan anda. Oksidan-okdisan yang terbentuk dari proses-proses yang berlaku di dalam tubuh anda itu merupakan kesan dari akibat pernafasan normal, metabolisma dan keradangan yang sedang berlaku.

Radikal bebas luaran(Exogenous) terbentuk dari faktor alam sekitar seperti pencemaran, sinaran cahaya matahari, senaman berat, merokok, dan alkohol. Malangnya, tiada sistem antioksidan yang sempurna. Jadi, sel-sel dan DNA ini dirosakkan oleh pengumpulan tindakbalas oksidasi seiringan dengan peningkatan umur anda. Diet dan gaya hidup yang sihat boleh bantu meminimumkan keroasakan ini.

Bagaimana Antioksidan Melindungi Anda?
Antioksidan adalah molekul unik. Struktur kimia mereka membolehkan mereka melakukan tugas utama mereka untuk meneutralkan radikal bebas. Antioksidan adalah molekul yang boleh memberi atau mengambil elektron. Itu penting kerana radikal bebas mempunyai elektron yang tidak berpasangan yang menjadikannya sangat reaktif.

Secara semulajadinya, elektron mahu berpasangan. Sekiranya mereka belum berpasangan, molekul-molekul ini dengan elektron-elektron yang tidak berpasangan ini akan cuba dengan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah mereka itu. Itulah yang boleh menyebabkan reaksi yang menyebabkan kerosakan oksidatif sebagaimana yang disebut di atas tadi.

Antioksidan tidak keberatan membantu radikal bebas dengan menderma atau mengambil elektron. Dengan semua elektron yang dipasangkan, radikal bebas ini dineutralkan dan berjaya disingkirkan dengan selamat dari badan.

Sumber-Sumber Antioksidan

Sesetengah antioksidan itu boleh dicipta oleh badan anda sendiri, dan yang lain harus datang dari diet anda. Glutathione, superoxide dismutase (SOD), dan catalase semuanya dicipta oleh badan anda untuk membantu mempertahankan dirinya. Nutrien-nutrien utama telah dibuktikan untuk meningkatkan penghasilan antioksidan-antioksidan penting ini.

Antioksidan mikronutrien(vitamin / mineral) termasuk vitamin E, beta-karoten, vitamin C, dan selenium. Tubuh tidak boleh mengeluarkan mikronutrien ini, jadi ia mesti diperolehi dari diet. Di samping itu, terdapat banyak nutrien tumbuhan (phytonutrients) yang boleh bertindak sebagai antioksidan yang kuat dalam tubuh manusia. Senarai berikut adalah contoh pelbagai antioksidan phytonutrien yang hadir dalam diet yang sihat:



Berdasarkan cadangan ini, diet biasa yang berbagai-bagai jenis ini akan menyediakan kira-kira 200-600 mg vitamin C dan 10-20 mg (16,000-32,000 IU) karotenoid. Tambahannya, polyphenols-antioksidan paling banyak dalam diet-boleh capai pengambilan harian makanan setinggi 1 gram sehari daripada pelbagai campuran buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, dan minuman yang pelbagai.

Kemungkinan pengambilan antioksidan phytonutrien lain boleh terdiri daripada:
  • Anthocyandins: 1,500 mg dalam dua auns anggur hitam
  • Proanthocyanidins: 100-300 mg sehari dari wain merah
  • Catechins: 50 mg sehari dari teh (satu cawan teh hijau yang dibancuh - 240-320 mg catechin), coklat, epal, pir, anggur, wain merah.
  • Isoflavon: 50 mg sehari dari makanan soya
  • Asid klorogenik: setinggi 800 mg sehari dalam peminum kopi.

Cukupkah Anda Makan Antioksidan Itu?
Ia mungkin nampak logik kononnya pemakanan yang sihat dan bervariasi secara konsistennya boleh capai matlamat dos antioksidan yang tinggi. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, garis panduan diet sebutkan ada lima hingga tiga belas jenis hidangan.

Tetapi orang Amerika sendiripun cuma dapat tiga hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sahaja untuk setiap hari mereka. Apatah lagi negara-negara yang cuba bersaing seperti negara-negara membangun sepertinya tadi. Gaya hidup yang sibuk bakal menyibukkan lagi banyak urusan hidup kita tanpa rasa sedar yang diri merekapun tak terpelihara oleh cara hidup yang betul-betul sihat setiap hari. Begitulah yang berlaku sekarang. Walhal, begitulah juga buat kebanyakan dari rakyat Malaysia sendiri. 

Mengambil contoh Amerika lagi, disebabkan kerana pengambilan diet rendah seperti ini, 93 peratus rakyatnya gagal memperolehi Purata Anggaran Keperluan(EAR) untuk vitamin E. Lebih separuh daripada orang dewasa gagal mendapatkan EAR untuk vitamin A. Samalah juga pengambilan untuk banyak antioksidan lainpun pasti di bawah tahap optimum dan tahap yang boleh beri manfaat kepada kesihatan mereka.

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang cukup adalah cara terbaik untuk memastikan bahawa anda mendapat cukup antioksidan dalam diet anda. Periksa diet anda, dan pastikan anda terima sekurang-kurangnya lima hidangan setiap hari. 

Tambahan lagi, multivitamin yang baik sebenarnya boleh meningkatkan lagi sukatan vitamin dan mineral antioksidan, dan mungkin termasuk beberapa sebatian antioksidan dari tumbuhan juga.






*Kenyataan-kenyataan seperti ini tidak dinilai oleh FDA(Food & Drug Administration). Tidak diniatpun bahawa produk ini bertujuan untuk tujuan diagnos, rawat, pulih, atau mencegah mana-mana penyakit sekalipun.
-----------------------------------------
Rujukan:
What We Eat In America, NHANES 2001-2002. United States Department of Agriculture. 2005

Popular posts from this blog

Proflavanol C100 - Kekuatan Vitamin C Generasi Ketiga + Ekstrak Biji Anggur

CoQuinone® Bahan Bakar Sel Menguatkan Hidup Anda

Sistem Kardiovaskular