Supleman Yang Lebih Baik Permulaan Kepada Kesihatan Terbaik
Kesihatan yang berseri-seri bermula dengan sel-sel yang dipelihara dengan baik.
Alasannya, dianggarkan 8 daripada 10 orang mengambil makanan tambahan: menunjukkan betapa sukarnya nak pilih makanan dengan betul. Statistik terus menunjukkan betapa kebanyakan orang memang perlukan suplemen.
Semata-mata bergantung kepada diet harian sahaja belum bekalkan jumlah paling minimumpun vitamin dan mineral yang sepatutnya disyorkan. Dan walaupun anda boleh merancang satu set makanan dan makanan ringan yang sempurna untuk nutrisi, takkanlah anda akan makan makanan yang sama setiap hari?
Dah macam nutrisi "pelan insuran", suplemen harian yang baik dapat bantu untuk isi kelompongan ruang kosong ini. Oleh itu, persoalannya akan mula timbul, apakah suplemen harian yang baik itu?
Cuba jalan-jalan di lorong-lorong rak yang jual vitamin tempat anda. Pilihan untuk suplemen harian boleh menakutkan. Anda boleh memilih gummy yang lazat (mungkin dah dicampur dengan gula). Salah satu pilihan mungkin sediakan set asas mikronutrien-mikronutien yang mencukupi untuk mengelakkan kekurangan. Tetapi anda mungkin tak dapat julat atau tahap nutrien anda perlu untuk capai kesihatan optimum.
Anda lihat, di situ mesti ada perbezaan.
Pihak berkuasa pemakanan sering menetapkan tahap nutrien yang disyorkan pada label suplemen tambahan berdasarkan apa yang diperlukan untuk mengelakkan kekurangan zat. (Ini dirujuk sebagai %DV-bermaksud, Purata Nilai Ambilan Harian-pada label di Amerika Syarikat.) Jumlah tidak pada tahap menunjukkan penyelidikan boleh bantu untuk buat perbezaan terhadap kesihatan anda pada jangka masa yang panjang.
Untuk gambarkan perbezaan, berikut adalah beberapa contoh:
- Lembaga Makanan dan Nutrisi di Institut Perubatan menetapkan Kebenaran Diet yang Disyorkan (RDA) untuk vitamin D sebanyak 600 IU / hari atau 15 mcg. Walau bagaimanapun, kajian telah menunjukkan bahawa anda sering memerlukan tahap yang jauh lebih tinggi bagi mencapai paras darah yang diperlukan untuk membina kesihatan yang baik. Malah, kajian dalaman yang dilakukan di USANA pada tahun 2011 mendapati bahawa suplemen sehingga 5,000 IU diperlukan untuk capai tahap optimum (40-60ng / mL). (Label di Amerika Syarikat kini menyenaraikan jumlah vitamin D dalam mikrogram 5000 IU bersamaan dengan kira-kira 125 mcg sehari.)
- Nilai RDA semasa untuk vitamin B12 adalah 2.4 mcg / hari. Walau bagaimanapun, beberapa kajian menunjukkan bahawa sehingga 500 mcg turut beri kesan baik ke atas tahap homocysteine dalam badan-apabila digabungkan dengan 0.5-5 mg asid folik. Homocysteine ialah asid amino yang diukur sebagai penanda aras untuk kesihatan jantung.
Bukan itu sahaja. Pertimbangan lain semasa anda nak memilih suplemen ialah pada nisbah nutrien yang digunakan bersama-sama. Agak mencabar nak pilih dan bawa balik nutrien yang betul untuk anda. Kadang-kadang nutrien-nutrien ini mungkin terpengaruh oleh nutrien-nutrien lain juga. Sebagai contoh, mineral zat besi dan mineral zat tembaga(copper) berfungsi lebih baik jika bersama-sama. Tapi cukuplah salah satu dari kedua itu dipilih dan diambil supaya pasangannya tadi tupun boleh digunakan dengan betul dalam badan anda nanti. Mineral Kalsium, sama juga, perlu tahap sukatan mineral magnesium, vitamin K, dan vitamin D yang cukup untuk mengekalkan tulang yang sihat. Sebab itulah, hubungan antara nutrien boleh jadi kompleks.
Satu-satu rekaan suplemen tambahan multivitamin dan multimineral itu semestinya direka bersama dengan satu kefahaman yang penuh dengan kompleks. Hasilnya mestilah capai jumlah sukatan yang betul bersama-sama dengan tahap keseimbangan nutrien-nutriennya juga turut betul. Kemudian nutrien-nutrien tersebut boleh sampai masuk dalam formasi yang boleh digunakan oleh tubuh juga. Dari sinilah USANA CellSentials itu tiba untuk anda.