HUBUNGAN SUPLEMEN DENGAN PERTAHANAN BADAN
Multivitamin dan Fungsi Imun SihatMikronutrien diperlukan untuk sistem imun berfungsi dengan cekap. Kekurangan mikronutrien membahayakan imuniti dengan menjejaskan tindak balas antibodi, yang membawa kepada ketidakseimbangan dalam sistem imun. Ini meningkatkan kepekaan terhadap jangkitan dan penyakit. Jangkitan juga memburukkan kekurangan mikronutrien dengan cara mengurangkan pengambilan nutrien, meningkatkan kehilangan nutrien, kemudian mengganggu penggunaan nutrien dengan mengubah laluan metabolik nutrien.
Pengambilan mikronutrien yang tidak mencukupi adalah perkara biasa berlaku pada orang yang mengalami masalah gangguan makan, perokok (aktif dan pasif), individu dengan penyalahgunaan alkohol kronik, penyakit tertentu, semasa mengandung dan penyusuan, dan orang tua.
Mikronutrien menyumbang kepada pertahanan semula jadi badan pada tiga tahap.
- Mereka menyokong halangan fizikal (kulit / mukosa): Vitamin A, C, E dan mineral zink membantu dalam meningkatkan fungsi sistem tembok penghalang untuk organ kulit.
- Imuniti selular: Vitamin A, B6, B12, C, D, E dan folik asid serta zat mineral besi, zink, tembaga dan selenium dalam sinergi untuk menyokong aktiviti perlindungan sel-sel imun.
- Penghasilan antibodi: Akhirnya, daripada semua mikronutrien tadi, kecuali vitamin C dan zat besi, adalah penting untuk pengeluaran antibodi.
Secara keseluruhan, pengambilan dan status vitamin dan mineral yang tidak mencukupi ini boleh menyebabkan sistem imun jadi terganggu. Ini meningkatkan risiko jangkitan dan memperburuk kekurangan zat makanan. Oleh itu, membekalkan suplemen dengan multivitamin / mineral yang merangkumi mikronutrien ini dapat menyokong sistem pertahanan semula jadi tubuh dengan meningkatkan ketiga-tiga tahap imuniti tadi.
Maggini S, et al. Selected vitamins and trace elements support immune function by strengthening epithelial barriers and cellular and humoral immune responses. Oct 2007. British Journal of Nutrition 98(S1):S29-S35.