Senaman Bina Imunisasi Sihat?
Senaman yang kerap dikaitkan dengan fungsi imun yang sihatJangkitan saluran pernafasan sebelah atas (URTI) boleh disebabkan oleh lebih daripada 200 virus yang berlainan, dan sekali lagi dianggarkan bahawa penduduk A.S. mengalami lebih daripada satu bilion selesema setahun (purata setiap 2-4 pada orang dewasa, 6-10 pada kanak-kanak). Beberapa faktor gaya hidup menyumbang kepada risiko URTI, termasuk status nutrien yang kurang, kurang tidur, dan tekanan.
Satu artikel baru yang diterbitkan dalam Jurnal British Sports Medicine menulis bahawa menambah tabiat suka senaman ke dalam senarai-senarai faktor gaya hidup boleh mempengaruhi risiko URTI.
1,023 subjek berumur antara 18 dan 85 tahun telah diambil untuk kajian ini, dengan 1,002 individu daripadanya berjaya capai matlamat kajian itu. Subjek dipilih dari pelbagai kumpulan BMI supaya keputusan ujian tersebut cukup(kira-kira satu pertiga adalah berat normal, satu pertiga adalah berat badan berlebihan, dan satu pertiga adalah obes).
Kajian menyeluruh yang sahih mengenai gaya hidup, diet, tahap aktiviti, tekanan, serta kes URTI dan keparahannya berjaya diambil oleh setiap peserta-peserta dalam kajian.
Selepas dibuat pemerhatian, mereka mendapati jumlah hari yang melibatkan simptom gejala URTI adalah 43-46% lebih rendah pada tiga kumpulan yang aktiviti aerobiknya tertinggi berbanding dengan tiga kumpulan yang aktivitinya paling rendah, malah kes parah berkait dengan URTI turut berkurangan 32-41% untuk kumpulan yang beraktiviti lebih tinggi. Maknanya, tekanan hidup yang rendah, diikuti kekerapan senaman itu tinggi (≥5 hari setiap minggu), kemudian mengamalkan pengambilan buah yang tinggi (≥3 hidangan setiap hari) juga dikaitkan dengan kes-kes URTI boleh dikurangkan.
Mekanisme tepat untuk mengatakan terdapat senaman aerobik tertentu yang boleh mengurangkan risiko URTI masih lagi tidak dapat disimpulkan lagi, walhal tampaknya terdapat faktor-faktor gabungan lain juga, termasuk seperti faktor peningkatan sementara pada jenis sel imun tertentu, faktor pengurangan hormon stres, serta faktor khusus pada organ utama yang memainkan peranannya(terutamanya organ paru-paru, yang berfungsi sebagai penghalang utama terhadap URTI).
Nieman DC, Henson DA, Austin MD, Sha W. Upper respiratory tract infection is reduced in physically fit and active adults. Br J Sports Med. 2011;45(12):987-92.