MAGNESIUM
- Apa itu? Makromineral yang memainkan peranan dalam lebih daripada 300 sistem enzim dalam badan anda.
- Apa ia boleh lakukan untuk saya? Anda memerlukan magnesium untuk menyokong kesihatan tulang, pengeluaran tenaga, tahap glukosa darah yang sihat supaya berada dalam julat normal, dan mengekalkan tahap kalsium.
- Di manakah saya dapat mencarinya? Magnesium adalah komponen penting klorofil, iaitu pigmen hijau dalam tumbuh-tumbuhan. Anda harus beralih kepada sayur-sayuran berdaun hijau, biji-bijian, kacang-kacangan, daging, dan susu. Air boleh jadi sumber magnesium, tetapi ia sangat berubah-ubah sifatnya. Air yang lebih keras sifatnya mengandungi garam magnesium, ia boleh bantu badan anda untuk penuhi keperluan hariannya.
Magnesium adalah mineral penting yang bersifat multitasking, diperlukan untuk lebih daripada 300 enzim. Tubuh anda perlukan makromineral ini untuk hasilkan tenaga, kekalkan tahap kalsium, dan bantu mengekalkan fungsi insulin yang normal dan sihat. Pada bila-bila masa saja, anda akan ada kira-kira 25 gram magnesium dalam tubuh.
Salah satu peranan utama magnesium ialah pengeluaran tenaga. Proses selular yang bertanggungjawab mengubah diet anda supaya jadi tenaga berguna, perlukan beberapa tindak balas yang bergantung dengan mineral magnesium. Tindakbalas yang terbesar ialah protein yang terlibat menghasilkan adenosine trifosfat, atau ATP (satu bentuk tenaga sel yang berguna) dalam mitokondria. Molekul tenaga (ATP) ini sebahagian besar sebenarnya wujud dalam bentuk Mg-ATP, iaitu sejenis magnesium yang kompleks.
Tetapi jika anda nak cari, 60% daripada jumlah magnesium anda akan disimpan dalam tulang anda. Jadi, tak hairanlah mineral penting membantu mengekalkan ketumpatan tulang. Jumlah magnesium yang sihat juga menggalakkan paras normal pada serum kalsium serta menguatkan kesan positif vitamin D. Magnesium boleh meningkatkan tindakan hormon parathyroid, yang bertanggungjawab untuk mengawal tahap kalsium dan vitamin D dalam darah. Kedua-dua nutrien (kalsium dan vitamin D) membantu mengekalkan kekuatan tulang.
Beberapa kajian juga menunjukkan kemungkinan wujudnya hubungan antara suplemen magnesium dengan mengekalkan fungsi insulin yang sihat. Penemuan ini mencadangkan tahap magnesium yang sihat boleh membantu anda menyokong paras glukosa darah yang sihat supaya berada dalam lingkungan normal.
Magnesium adalah makromineral. Anda banyak juga memerlukannya. Itu menjadikannya sukar bagi magnesium menjadikannya bertoksid, terutamanya apabila diperoleh melalui sumber makanan, melainkan jika fungsi organ buah pinggang anda itu rosak. Sesetengah orang mengalami gangguan pencernaan dan gangguan gastrousus selepas mengambil garam magnesium. Garam ini digunakan secara terapeutik sebagai julap, dan sesetengah orang mungkin mengalami kekejangan dan cirit-birit dalam dos yang tinggi.