HUBUNGAN MAKANAN SERAT & PERANAN DETOX

Organ Detox Anda Perlu Diet Serat 
Dalam usus anda, anda sebenarnya adalah apa yang anda makan. Makanan adalah faktor utama dalam menentukan hidupan mikrob-mikrob anda. Merekalah yang terdiri daripada koleksi bakteria, kulat, yis, dan mikrob lain yang tinggal di saluran penghadaman anda.

Tetapi kesan pilihan makanan yang anda buat dilihat lebih melampaui peranan kawan-kawan mikroskopik anda itu tadi.

Dalam artikel baru 'Advances in Nutrition' cuba cari jalan untuk ketahui cara makanan serat—dengan karbohidrat yang tak boleh dicerna—boleh mempengaruhi hati dan buah pinggang anda. Memang sudah diketahui bahawa diet berserat boleh beri manfaat kepada kesihatan manusia. Hingga, terdapat lebih daripada 150 ulasan kajian meringkaskan tentang pengaruh serat pada organ detoksifikasi anda.

Bagaimana Diet Berserat Mampu Beri Kesan
Proses ini bermula dengan pemakanan serat ini yang memberi makan kepada pertumbuhan mikrob berguna dalam usus anda. Kemudian hidupan mikrob ini bakal menyumbang kepada:
  • Fungsi sistem tembok penghalang organ usus anda
  • Fungsi imun dalam saluran penghadaman anda
  • Respon endokrin (hormon)
  • Metabolisme nitrogen
  • Isyarat antara organ usus, hati, dan buah pinggang

Kesan-kesan dalam usus ini baik untuk hati dan buah pinggang juga. Ini menjadikannya jumlah yang masuk akal. Perut anda bekalkan darah kepada organ-organ ini melalui vena portal. Jadi proses silih berganti dalam aktiviti mikrob dan diet itu akan beri kesan kepada hati dan buah pinggang.

Sebagai contoh, fungsi sistem tembok penghalang usus yang lebih baik akan melindungi organ detoks penting anda daripada penyebaran bakteria yang merangsang keradangan. Itu membolehkan organ hati dan organ buah pinggang anda memberi tumpuan kepada metabolisme dan detoksifikasi.

Satu Lagi Berita Gembira Untuk Organ Hati Anda
Pemakanan serat telah ditunjukkan boleh meningkatkan aktiviti enzim antioksidan dan detoks dalam hati anda. Ia boleh mengubah kolam asid dalam hempedu anda. Kolam ini terlibat dalam urusan metabolisme hati dan urusan penyerapan lemak dan vitamin larut lemak. Diet serat juga menyokong mikrobiota yang membantu menjana asid hempedu sekunder.

Satu penemuan mengejutkan turut menghubungkan antara pemakanan serat dengan proses pembakaran lemak badan (ketosis). Proses ini dicapai dengan mengubah pola ekspresi genetik dan pola pembentukan metabolisma. Corak-corak baru kelihatan seperti yang dijumpai semasa keadaan badan anda sedang berpuasa. Itulah ketika tubuh anda membakar tenaga dari simpanan lemak yang ada.

Jangan Lupa Organ Buah Pinggang Anda Pula!
Nitrogen adalah pusat kepada penemuan tentang kisah buah pinggang dan serat makanan.

Apabila anda memberi makan serat makanan untuk mikrob-mikrob usus anda, anda sedang meningkatkan keupayaan usus anda untuk membiak lebih banyak lagi nitrogen. Dalam usus, nitrogen bertindak sebagai baja untuk mikrob. Jadi microbiomelah yang menggunakan lebih banyak nitrogen yang dihasilkan. Dari situ ia mampu mengekalkan terlalu banyak gas nitrogen daripada terlepas keluar melalui vena portal masuk ke organ detoks anda. Seterusnya, mengurangkan beban nitrogen terhadap buah pinggang anda yang boleh menjadi isu penting juga kepada kesihatan tubuh anda.

Pemakanan serat juga membantu melindungi buah pinggang anda dari tekanan lain yang mungkin. Tidak mempunyai penapaian serat yang cukup dalam kolon anda membolehkan bahan-bahan lain pula yang cuba melakukan proses penapaian. Apabila kes seperti asid amino pula yang ditapai, mereka boleh menghasilkan bahan-bahan berbahaya pula yang kemudiannya menekan buah pinggang anda. Sebab itu, terus kekalkan kolon usus anda itu dengan pemakanan serat - demi kepentingan buah pinggang anda itu sangat penting sekali.

Suapkan Serat!
Pemakanan serat memainkan peranan penting dalam menyokong kesihatan yang baik. Dan jelas bahawa kebanyakan orang belum terima cukup lagi sukatannya. Malah, Jawatankuasa Penasihat Garis Panduan Pemakanan 2015 menjadikan serat nutrien sebagai topik perhatian.

Penurunan dalam pengambilan serat bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah terseret sejak Revolusi Perindustrian lagi. Dan apa yang menyusul berikutnya adalah penyusutan pertumbuhan kepelbagaian lagi mikrob-mikrob dalam usus kita pula.

Diet serat mungkin tak akan jadi menarik atau popular. Tetapi ia bukan hanya untuk orang tua sahaja. Sebab, setiap dari manusia masing-masing boleh mempergunakan organ-organ detoks mereka untuk jalankan kerjanya. Kajian menunjukkan anda dapat membantu melindungi hati dan buah pinggang, dan menyokong kerja-kerja detoks penting yang dilakukan oleh organ-organ ini. Apa yang perlu ialah suapkan penghuni-penghuni mikrob itu cuma dengan beberapa makanan berserat sahaja.

Kieffer DA, Martin RJ, Adams SH. Impact of Dietary Fibers on Nutrient Management and Detoxification Organs: Gut, Liver, and Kidneys. Adv Nutr. 2016;7(6):1111-1121.

Popular posts from this blog

Proflavanol C100 - Kekuatan Vitamin C Generasi Ketiga + Ekstrak Biji Anggur

CoQuinone® Bahan Bakar Sel Menguatkan Hidup Anda

Sistem Kardiovaskular