Diet Untuk Usus Yang Sihat
Reaksi Hidupan Mikrob Usus Anda Terhadap Pemakanan SeratJika anda terfikir perkataan usus itu macam agak geli, ayat seterusnya ini mungkin lebih geli. Saluran gastro usus anda sebenarnya sebuah kediaman untuk bertrilion makhluk hodoh yang kecil lagi.
Sebenarnya hidupan bakteria, yis, kulat, dan banyak-banyak lagi adalah menakjubkan.
Tanpa enzim yang mereka boleh berikan, hidupan-hidupan mereka ini meningkatkan keupayaan anda untuk memetabolismakan pelbagai bahan yang anda tidak dapat buat sendiri. Maknanya mereka bekerja untuk anda.
Seolah-olah sebenarnya anda sedang berada dalam kawalan mereka. Dengan beberapa usaha serta beberapa diet yang teliti, anda boleh ubah keadaan. Diet, gaya hidup, senaman, tekanan, dan persekitaran anda semua boleh mempengaruhi komposisi mikrobiotik usus anda.
Struktur kompleks diet-diet berserat memainkan peranan dalam mempelbagaikan hidupan mikrob dalam usus anda. Kajian telah menunjukkan makan pelbagai jenis makanan serat boleh mempelbagaikan hidupan mikrobiom anda. Dan orang yang mempunyai pelbagai mikrob usus adalah lebih baik bertindak balas terhadap cabaran-cabaran alam sekitar di luarnya.
Tetapi mengapa makanan serat main peranan yang besar?
Mengekalkan proses pembinaan tembok yang sihat untuk usus anda merupakan tugas yang besar. Usus anda membantu memudahkan penyerapan nutrien yang bermanfaat ke dalam badan. Tapi pada masa yang sama ia juga membantu mencegah bahan-bahan berbahaya daripada diserap masuk.
Usus Sihat Isyarat Antibodi Anda Bertambah KuatDari usus, seratlah antara pemakanan yang berjaya dibuktikan untuk membantu menyokong perlindungan semula jadi dan penyerapan yang sihat dalam usus anda.
Bahkan kekurangan serat boleh memberi kesan negatif terhadap sistem semulajadi penghalang tembok usus anda pula. Tetapi peningkatan perlindungan boleh kembali bernyawa apabila jumlah makanan serat yang sudah diperam atau melalui proses penapaian itu ada. Proses penapaian ini telah ditunjukkan boleh membantu mengekalkan kesihatan usus dalam dua cara. Yang pertama adalah peningkatan proliferasi sel (peningkatan semula jumlah sel). Yang kedua adalah peningkatan pengkhususan sistem selular (bila sel berubah untuk melakukan pekerjaan tertentu).
Diet berserat juga memberi kesan kepada fungsi imun usus anda. Itu penting. Sebab, usus anda mengandungi sehingga 80 peratus sel-sel imun dalam badan anda.
Bahkan, usaha memberi makanan terhadap pertumbuhan hidupan mikrob yang berfaedah dengan menggunakan makanan berserat itu sebenarnya menyokong tindak balas endokrin (hormon) yang sihat, metabolisme nitrogen, serta isyarat penting antara organ usus, hati, dan buah pinggang anda sendiri.
Di satu saat nanti, anda akan lihat bahawa menjaga rakan-rakan mikrob anda supaya sihat dan bahagia adalah penting bagi mengekalkan kesihatan yang lebih baik lagi. Dan cara yang hebat untuk menyokong kemeriahan komuniti hidupan mikrob usus anda yang subur ialah dengan mempelbagaikan makanan kaya kandungan serat yang tinggi.