Lapisan-Lapisan Kulit
Dari Satu Lapisan Ke Satu Lapisan: Memahami Struktur Kulit AndaKira-kira 15 peratus daripada berat badan anda adalah kulit. Jika itu kelihatan seperti banyak, anda kena ingat sebab memang kulit itu antara organ terbesar andapun. Dan ianya salah satu daripada benda paling penting untuk anda. Memahami struktur kulit anda adalah langkah pertama supaya anda boleh belajar mengekalkan kesihatan benteng pertahanan diri anda dari serangan terhadap dunia luar.
Tujuan Kulit AndaKulit anda terdiri daripada sebahagian besar sistem integumen. Dalam sistem integumen ini, ia meliputi juga rerambut, kuku, dan kelenjar yang menghasilkan peluh dan minyak. Tiga fungsi utama sistem integumen ialah sistem perlindungan, sistem regulasi atau aturan, kemudian sistem deria sentuhan.
Fungsi utama kulit dalam sistem ini adalah bertindak sebagai benteng tembok penghalang. Ia memberikan perlindungan dari pelbagai unsur alam sekitar-suhu, bakteria, bahan kimia, matahari, dan banyak lagi. Tetapi pembuluh darah di dalam kulit juga membantu mengawal suhu badan anda. Dan kulit anda juga merupakan tempat tubuh anda menggunakan cahaya matahari untuk hasilkan vitamin D.
Lapisan KulitKulit anda lakukan banyak fungsi penting, dan tiga lapisan kulit anda akan mainkan peranan mereka masing-masing.
EpidermisEpidermis adalah lapisan atas kulit anda. Ia terdiri daripada berjuta-juta sel kulit yang dipegang oleh lipid. Ini mewujudkan penghalang yang berdaya tahan dan mengatur selia jumlah air yang keluar dari badan anda.
Bahagian paling luar epidermis (stratum coreneum) terdiri daripada lapisan sel-sel yang diratakan. Di bawah, iaitu lapisan dasar yang terdiri daripada protin (dalam petak macam tersusun-susun)-bertugas membuat sel-sel kulit baru. Itulah sebab lapisan ini merupakan satu-satunya bahagian dalam lima bahagian epidermis yang ada yang melakukan proses mitosis (iaitu pembahagian nukleus sel). Sebab tu, sel-sel kulit tua anda akan merebak dari lapisan paling atasnya, kemudian yang lebih baru pula akan naik dari lapisan basal(bawahnya tadi) untuk gambil tempat mereka.
Lapisan Epidermis anda mengandungi empat jenis sel yang berbeza. Majoriti adalah keratinocytes, yang membentuk ciri-ciri penghalang atau kalis air. Melanin atau pigmen kulit pula dihasilkan dalam jenis epidermis melanocytes. Sel Langerhans dan sel Merkel pula berurusan dengan tindak balas imun dan deria sentuhan secara seiringan.
DermisLapisan kulit seterusnya ialah dermis. Ia terletak di bawah epidermis, dan bertanggungjawab untuk pelbagai fungsi.
Lapisan ini mengandungi akar rambut, ujung saraf, saluran darah, dan kelenjar peluh yang membantu mengawal suhu badan dan mengeluarkan bahan buangan. Dermis juga mengandungi kelenjar minyak (sebaceous) yang menjaga kulit anda kelihatan lembut dan lancar, pada masa yang sama kalis air.
Dermis anda mempunyai dua bahagian-papillary dan reticular. Dermis papillaria mengandungi sambungan kunci bersambung-sambung yang membantu membekalkan darah dan nutrien ke epidermis. Dermis reticular ialah yang bahagian tebal dan dalam sikit, yang mengandungi blok bangunan seperti kolagen dan elastin, tujuannya untuk berikan kelenturan dan kekuatan pada kulit. Folikel rambut dan kelenjar anda juga tinggal bersarang di dalam lapisan dermis reticular ini.
Hypodermis atau Tisu SubcutaneousTisu subcutaneous adalah lapisan yang paling rendah dalam sistem integumen. Ia digunakan terutamanya untuk simpanan lemak. Hipodermis mengandungi tisu penghubung yang melekatkan dermis ke otot dan tulang anda. Ia juga memberi sokongan kepada saluran darah, saraf, dan kelenjar dalam dermis.
Elemen Utama Matriks Kulit
Matriks kulit adalah koleksi protein, lemak, dan peptida yang memberikan daya tahan dan kestabilan. Berikut adalah komponen utama struktur sokongan ini:
- Elastin - protein yang membentuk tisu penghubung elastik, yang terdapat dalam dermis
- Keratin - struktur protein utama yang membentuk lapisan paling luar kulit
- Kolagen - asid amino berantai panjang yang membentuk sebahagian besar protein yang terdapat pada kulit anda
- Lipid - 'mortar'/pengikat semulajadi yang membantu mengunci kelembapan dan mengikat sel-sel bersama-sama
- Peptida - rantai asid amino yang memberi isyarat kepada sel-sel kita untuk membiarkan mereka mengetahui cara nak berfungsi
Makin Lama Makinlah Anda Tahu
Mempelajari asas-asas ini akan membantu anda memperoleh pemahaman yang lebih besar tentang bagaimana untuk menjaga dan mengekalkan kulit anda dengan betul. Sekarang, anda dahpun tahu asas-asas struktur kulit, nanti anda akan ketahui lebih lanjut lagi mengenai peranan nutrien penting dalam kulit yang sihat pula.
Rujukan:
- Baumann, L. “Skin ageing and its treatment.” The Journal of Pathology 211.2 (2007): 241-51.
- Obagi, Suzan. “Why does skin wrinkle with age? What is the best way to slow or prevent this process?” Scientific American. N.p., n.d. Web. 28 July 2017.
- “The layers of your skin.” American Academy of Dermatology, n.d. Web 28 July 2017.