Cellsentials - Isi Timbangan Nutrisi Penting yang Optimum

Menyuburkan Kesihatan Selular Anda Melalui Sukatan Nutrisi Penting Yang Optimum


Sel-sel anda memerlukan makanan-makanan bernutrien yang sesuai untuk mengekalkan kesihatan. Ini termasuk nutrien yang diperlukan untuk membantu mereka (termasuk anda) terus maju ke depan. Selamilah ilmu tentang kesihatan serta amatilah perjalanan tempoh umur sel-sel anda bersama dengan set pemakanan asas penting yang bersifat optimum, CellSentials. Terdiri dari Mineral Teras(Core Minerals) dengan Vita AntioksidanKu (MyVita Antioxidants), suatu rekaan produk untuk berikan kerjasama sinergi supaya boleh menyokong kesihatan badan secara keseluruhan.*


Core Minerals

Core Minerals adalah gabungan antara mineral surih premium dengan gabungan mineral premium berkebolehan menyerap, disertai bersama-sama dengan asid amino dan vitamin C.
Mineral-mineral merupakan unsur penting untuk kesihatan dan kesejahteraan. Tubuh anda tidak boleh berfungsi tanpa mineral-mineral. Mereka ini main peranan dalam semua proses fisiologi dan membantu mengimbangi dan mengawal tindakbalas kimia dalam badan anda.*


Magnesium
Core Minerals mengandungi sumber magnesium yang sangat baik. Mineral penting seperti ini boleh bantu lebih daripada 300 sistem enzim untuk berfungsi dengan lebih baik. Magnesium adalah penting dalam membantu badan anda untuk menggunakan kalsium dan vitamin D supaya badan anda dapat membina struktur tulang yang kuat. Ia juga menyokong pengeluaran tenaga, serta saraf, otot, dan fungsi kardiovaskular.*

Iodine
Core Minerals mengandungi potensi iodin yang tinggi. Mineral ini penting untuk penghasilan hormon tiroid yang normal. Hormon ini membantu mengawal metabolisma, pertumbuhan, pembiakan, dan sintesis protein. Penambahan zat Iodin adalah sangat sesuai & penting jika anda sedang menjalani diet vegetarian, atau sedang mengelak makanan laut(seafood), atau sedang menghad pengambilan garam dalam diet anda.*

Selenium
Formula selenium yang berkuasa tinggi membantu keupayaan semula jadi badan anda untuk memperbaharui glutathione, iaitu sejenis antioksidan yang diperbuat di dalam badan anda. Selenium penting dalam metabolisma hormon tiroid dan fungsi imun. Kajian juga menunjukkan bahawa ia membantu mengekalkan kesihatan prostat.*

Manganese
Core Minerals mengandungi sumber mangan yang baik. Jangan keliru mineral penting seperti ini dengan mineral magnesium. Mangan main peranan yang berbeza. Ia penting untuk protein dan metabolisma glukosa. Ia menyokong fungsi normal otak. Dan, ia bantu menyihatkan keseimbangan tisu-tisu penghubung, tulang, arteri, dan organ-organ lain dengan sihat.*

Molybdenum
Core Minerals juga merupakan sumber molibdenum yang sangat baik. Mineral surih ini merupakan cofactor untuk beberapa enzim-enzim tertentu dan diperlukan untuk metabolisma sulfur yang mengandungi asid amino. Ia juga menyokong metabolisma protein serta gigi yang kuat.*

Copper
Core Minerals kaya dengan mineral tembaga(copper), yang mana penting untuk superoxide dismutase (SOD), sejenis antioksidan enzim. Ia membantu membentuk hemoglobin dan kolagen. Jadi, ia juga main peranan dalam pembentukan tisu penghubung dan kulit yang sihat.*

Calcium
Kalsium merupakan mineral yang paling banyak wujud di dalam badan. Anda memerlukannya untuk tulang yang sihat, gigi, otot, dan fungsi saraf. Kalsium yang mencukupi tidak menjadi masalah bagi kebanyakan orang. Ia akan memanfaatkannya dengan penuh cukup jika anda ada mineral ini dalam badan anda. Oleh itu, penting juga untuk mendapatkan vitamin K dan magnesium yang mencukupi. Sebagai contohnya, sekiranya anda tidak makan makanan yang kaya dengan tenusu atau kalsium, anda mungkin nak pertimbangkan untuk menambah set MagneCal D ke rutin harian anda untuk memenuhi keperluan harian anda itu.*

Zinc
Core Minerals mengandungi sukatan zink yang tinggi, sejenis antioksidan yang penting untuk kesihatan keseluruhannya sekali. Zinc terlibat dalam banyak proses, termasuk metabolisma, fungsi imun, penglihatan, dan kesihatan kulit.*

Chromium
Polynicotinate Kromium berpotensi tinggi dalam botol Core Minerals adalah komponen penting dalam Faktor Toleransi Glukosa (GTF). Ini akan membantu mengekalkan metabolisma glukosa yang sihat dalam paras lingkungan yang normal.*

Boron
Boron menyokong keupayaan tubuh untuk menggunakan kalsium, magnesium, dan fosforus. Yang menjadikannya perlu untuk tulang yang kuat. Ia juga memainkan peranan dalam fungsi otak yang sihat.*

Vanadium
Vanadium membantu menyokong tahap glukosa serum yang sihat, dengan syarat mereka sudah sihat.*

Silicon
Mengekalkan keseimbangan silicon yang baik dalam badan adalah penting untuk menyokong tulang yang kuat dan tisu penghubung.*

NAC
N-acetyl l-cysteine (NAC) adalah asid amino yang diubahsuai yang membantu anda menyokong penghasilan kompaun badan seperti penghasilan kompaun glutathione-sejenis antioksidan yang memainkan peranan dalam kesihatan hati dan detoksifikasi. NAC juga dianggap boleh menyokong kesihatan pernafasan dan mood.*

Ultra-Trace Minerals
Campuran yang digunakan dalam Core Minerals mengandungi banyak mineral surih bercas ion yang semulajadi. Sumber garam ini dari garam yang diambil di kawasan mendapan tasik air laut, dan 99 peratus daripada garam sodiumnya itu akan dibuang. Galian mineral surih yang bercas ion ini merupakan molekul mineral yang terikat dengan air supaya mereka boleh jadi mudah untuk diserap. Mereka membantu untuk jadi konduktur kepada isyarat elektrik yang mengalir ke seluruh badan.*

Vita Antioxidant

Vitamin-vitamin yang berbagai-bagai itu penting untuk kesejahteraan seluruh tubuh anda. Vita Antioxidant membekalkan tahap vitamin dan antioksidan berkualiti tinggi yang seimbang, disertakan dengan kualiti InCelligence Kompleks.* Beberapa bukti saintifik menunjukkan bahawa pengambilan vitamin antioksidan dapat mengurangkan risiko beberapa bentuk kanser. Walau bagaimanapun, FDA telah tentukan bahawa bukti keterangan ini terhad dan tidak menyeluruh lagi.



Vitamin A
Potensi tinggi vitamin A di dalam Vita Antioksidan berasal dari tiga sumber: retinyl acetate, campuran karotenoid, dan beta-karoten. Retinyl acetate adalah vitamin A gantian untuk badan mereka yang tak dapat nak uraikan beta carotene kepada vitamin A. Karotenoid campuran yang berasal dari tumbuhan ini terdiri daripada alpha-carotene, gamma-carotene, lycopene, beta-carotene, dan banyak lagi. Beta-carotene adalah vitamin A berbentuk provitamin. Bermakna, ia ditukarkan kepada vitamin A dalam badan bilamasa diperlukan sahaja. Ia membantu mengekalkan jantung yang kuat, fungsi imun, dan kesihatan mata dan paru-paru. Antioksidan karotenoid pula membantu mengekalkan kesihatan kulit dan mata dengan memberikan pertahanan oksidatif terhadap sumber-sumber radikal bebas yang merosakkan dari alam sekitar.*

Vitamin-Vitamin B/ B Kompleks
Vita Antioksidan adalah sumber vitamin B6 dan B12, thiamin, riboflavin, niacin, biotin, asid pantothenic, dan folat yang sangat baik. Vitamin B sangat penting untuk banyak aspek kesihatan anda. Anda memerlukannya untuk tenaga dan metabolisma; fungsi imun; rambut, kulit dan kuku yang sihat.*
Mengekalkan kesihatan kardiovaskular juga memerlukan vitamin B. Mereka membantu mengekalkan tahap homocysteine ​​yang sihat.* Dan, sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang - iaitu diet lemak tepu yang rendah dengan kolesterol yang rendah - didapati folat, vitamin B6, dan vitamin B12 dapat mengurangkan risiko penyakit vaskular. FDA menilai tuntutan kenyataan di atas dan mendapati bahawa walaupun dapat diketahui kononnya diet lemak tepu dan kolesterol yang rendah boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan penyakit vaskular lain, bukti yang menyokong tuntutan kenyataan di atas adalah tidak menyeluruh lagi.
Vitamin B juga menyokong fungsi otak dan saraf yang normal. Folat sangat penting untuk wanita hamil bagi membantu menyokong perkembangan janin dan saraf janin yang sihat.*
Inositol, yang kadang-kadang dirujuk sebagai vitamin B8, adalah sejenis gula yang mempunyai aktiviti menyerupai vitamin B bagi menyokong fungsi dan komunikasi sel yang sihat.*

Vitamin D
Inilah dos sinar matahari anda setiap hari! Sokonglah kesihatan seluruh badan anda dengan potensi vitamin D  yang tinggi melalui set Vita Antioksidan. Ramai orang belum mencapai tahap vitamin D yang mencukupi, walaupun mereka yang tinggal dalam iklim cerahpun. Nutrien penting ini masih lagi menunjukkan manfaat untuk banyak aspek kesihatan. Ia menyokong penyerapan kalsium untuk status ketumpatan tulang yang sihat. Ia juga menyokong pertumbuhan sel yang sihat serta fungsi otot, kardiovaskular, dan imun. Vita Antioxidant menggunakan vitamin D3. Bahkan, hasil penyelidikan turut mencadangkan supaya lebih baik meningkatkan paras vitamin D dalam darah.*

Vitamin E and Campuran Tocopherols
Vita Antioxidant juga mengandungi sumber vitamin E yang baik. Ia juga mengandungi 20mg campuran D-gamma, D-delta, dan D-beta tocopherols dalam setiap tablet. Campuran tocopherols, walaupun secara teknikalnya bukanlah sejenis vitamin E, tapi masih menawarkan fungsinya yang sama. Inilah antioksidan, semacam vitamin E, yang membantu mempertahankan sel-sel anda daripada tekanan oksidatif yang disebabkan oleh cahaya matahari, pencemaran, dan tekanan. Semuanya ini beri kesan kepada situasi usia pramatang kulit anda juga. Apabila digabungkan dengan zink, beta-karoten, dan vitamin C, seperti dalam CellSentials, vitamin E boleh bantu mengekalkan kesihatan mata untuk jangka masa yang panjang.*

Vitamin C
Vita Antioxidant kaya dengan vitamin C. USANA menggunakan jenis vitamin C berformula Poly C® yang unik, yang boleh mencapai tahap vitamin C dalam plasma lebih tinggi daripada asid askorbik sahaja.*
Vitamin C adalah penting untuk cipta kolagen-iaitu sejenis protein yang memberikan keanjalan kepada tisu penghubung anda. Itulah sebabnya kenapa vitamin C sangat bermanfaat dalam mengekalkan kesihatan urat saraf dan arteri, otot, tulang rawan, tendon, tulang, gigi, dan kulit. Ia juga menyokong metabolisma lemak dan protein, serta pengeluaran sel imun yang sihat.*
Nota: Anda akan lihat 300mg vitamin C juga ada pada label botol Core Minerals. Ini kerana campuran magnesium dan kalsium diperbuat sebahagiannya daripada bentuk nutrien askorbat. Sedangkan ascorbate merupakan sumber kepada vitamin C juga.

Vitamin K
Vita Antioxidant merupakan set vitamin yang ada kandungan vitamin K1 dan vitamin K2 yang tinggi untuk keberkesanan maksimum, kerana kedua-dua bentuk telah terbukti bermanfaat untuk kepadatan mineral tulang. Nutrien penting ini juga telah menunjukkan manfaat untuk pembekuan darah dan kesihatan pembuluh darah. Vitamin K boleh diserap dengan cepat, tetapi juga boleh hilang daripada peredaran darah dalam masa enam jam. Oleh itu, pengambilan vitamin K sepanjang hari adalah penting untuk mengekalkan jumlah yang cukup dalam tubuh.*

Lutein
Lihat masa depan yang sihat untuk mata anda melalui zat lutein. Carotenoid berpigmen kuning ini tertumpu pada makula mata. Ia berfungsi sebagai penapis cahaya biru untuk membantu penglihatan yang jelas. Lutein juga membantu menyokong kulit yang sihat.*

Lycopene
Dapatkan rangsangan tambahan untuk kesihatan jantung serta sokongan kesihatan kulit melalui zat lycopene. Ia adalah salah satu daripada enam karotenoid utama yang terdapat di dalam darah anda. Tetapi, badan anda tidak boleh menghasilkan lycopene. Ia mesti datang dari diet anda. Nutrien berpigmen merah ini sering dijumpai dalam buah-buahan dan sayur-sayuran merah. Ia menawarkan aktiviti antioksidan yang hebat dan juga menyokong komunikasi intraselular.*

Choline
Choline biasanya dikelompokkan dalam kategori vitamin B, walaupun ia secara teknikal bukanlah vitamin. Walaupun terkeluar dari pengkelasan ini, nutrien utama ini boleh menyokong struktur sel. Ia membantu dalam penghantaran impuls saraf dari otak ke seluruh sistem pusat saraf. Choline juga menyokong fungsi hati dan membantu mengekalkan paras homocysteine ​​yang sihat.*

Coenzyme Q10
Untuk memastikan anda dan sel anda dipenuhi tenaga, Vita Antioksidan turut melengkapkan zat koenzim q10. Kompaun ini adalah kunci untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk menguasai semua sel anda. Ia juga bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi daripada kerosakan tekanan oksidatif yang dihasilkan semasa tenaga sel dihasilkan.*

Jika anda ingin menambah lebih banyak koenzim q10, pertimbangkan untuk mencuba USANA® CoQuinone juga ya.





Membina Ketahanan Selular dan Usia Umur Yang Panjang dengan InCelligence Complex



Healthy dad with son and daughter outdoors

Gaya hidup anda adalah unik. Diet, tahap aktiviti, persekitaran, corak tidur, dan tahap tekanan semuanya ini membentuk cabaran yang unik terhadap kesihatan dan integriti sel anda. Anda boleh bantu sel-sel anda sesuaikan diri dengan keperluan unik tersebut. Mulakan dengan tapak asas daripada nutrisi sihat yang diperlu oleh sel agar ia berfungsi melalui set Cellsentials. Kemudian bantu sel anda bina daya tahan selular dengan formula InCelligence Kompleks.*

InCelligence Kompleks dalam Vita Antioxidant adalah campuran ramuan yang kuat yang mampu menyokong rangkaian laluan isyarat sel. Laluan ini membantu sel-sel anda menyesuaikan diri dan bertindak balas terhadap apa sekalipun bentuk cara hidup mereka bakal tempuhi melaluinya.*



Alpha Lipoic Acid
Alpha lipoic acid (ALA) adalah salah satu antioksidan yang paling kuat. Sebab ia hanya boleh didapati dalam jumlah yang sangat sedikit dalam makanan tertentu sahaja, lebih-lebih lagi ALA lebih baik untuk mengambil dalam bentuk suplemen tambahan. Ia menawarkan beberapa manfaat untuk kesihatan, termasuk membantu detoksifikasi. ALA adalah lemak dan ia larut air, jadi ia menawarkan penyerapan yang sangat baik dan berfungsi dalam semua tisu badan.*

Green Tea Extract/Ekstrak Teh Hijau
Green tea(teh hijau) mempunyai sejarah penggunaan yang sangat lama dalam perubatan tradisional. Ia diperbuat daripada daun bukan diperam dan dianggap mempunyai kepekatan polyphenols tertinggi. Catechin yang paling banyak diuji(iaitu sejenis antioksidan) dalam teh hijau adalah epigallocatechin gallate (EGCG). Ia cukup terkenal kerana boleh menyokong banyak aspek untuk kehidupan sejagat, termasuk kesihatan jantung, hati, dan metabolik. Ekstrak teh hijau yang digunakan dalam InCelligence Kompleks adalah tanpa kafein.*

Resveratrol
Resveratrol adalah polyphenol antioksidan yang biasa didapati dalam diet anda. Anda boleh menemuinya dalam kacang tanah, buah beri, anggur, dan wain merah. Oleh kerana anggur mengandungi kedua-duanya sekali, iaitu resveratrol (diambil terutamanya dalam kulit anggur) dengan ekstrak biji anggur, fungsi kedua-dua fitonutrien ini(resveratrol dan ekstrak biji anggur) sangat serupa. 

Resveratrol telah ditunjukkan untuk menawarkan manfaat untuk tulang, otak, kulit, dan sistem kardiovaskular. Ia juga membantu mengekalkan tahap glukosa darah yang sihat supaya tetap pada tahap normalnya. InCelligence Complex ini memiliki kualiti yang premium, kerana resveratrol yang terhasil dalam formula ini dari proses permentasi(penapaian) semulajadi dengan sendirinya tanpa libatkan kombinasi bahan tambahan luar supaya proses tersebut boleh mengekalkan ketulenan asli sumbernya itu.


CellSentials group Vita Antioxidant and Core Minerals with pills spilling on table










Paten Ekstrak Buah Zaitun Olivol® USANA
Zaitun dan minyak zaitun telah lama dikenali sebagai salah satu rahsia diet gaya Mediterranean. Olivol USANA memberikan dos yang sangat tulen dan tertumpu kepada sebatian fenolik (sejenis antioksidan) dalam zaitun, termasuk tyrosol dan hydroxytyrosol.*

Quercetin
Quercetin adalah salah satu flavonoid yang paling banyak terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran (anggur, bawang). Ia menawarkan beberapa manfaat untuk mengekalkan kesihatan, termasuk aktiviti antioksidan yang kuat. Quercetin juga membantu sebatian semula jadi, seperti resveratrol, meningkatkan keberkesanannya. Dalam InCelligence Complex quercetin terdiri dari jenis quercetin dihydrate-suatu bentuk quercetin pekat.*

Rutin & Hesperidin
Rutin dan hesperidin adalah citrus bioflavonoids. Mereka dikenali untuk melengkapkan aktiviti quercetin untuk menawarkan beberapa aktiviti biologi yang bermanfaat.*

Meriva® †Bioavailable Curcumin
Curcumin, yang berasal dari rempah kunyit(turmeric), telah digunakan dalam budaya tradisional selama berabad-abad. Penyelidikan terus mendedahkan cara kurkumin menyokong kesihatan yang baik. Ini termasuk faedah untuk sendi, saluran darah, dan mata. Curcumin biasanya tidak diserap dengan baik di dalam badan. Walau bagaimanapun, disebabkan kewujudan InCelligence Complex yang di dalamnya mengandungi satu bentuk pengangkutan jenis phytosome yang menyebabkan curcumin itu boleh terikat dengan lemak, jadi ia boleh melepasi masuk melalui membran selular dengan lebih mudah. Bentuk pengangkutan yang lain dari lain ini telah menunjukkan peningkatan bioavailabiliti cecah hampir 30 kali ganda.*





USANA InCelligence Technology® Menggabungkan Komunikasi Antara Selular

Sudah tiba masanya untuk pendekatan baru dalam merekabentuk produk. Teknologi InCelligence main peranan penting dalam membantu meningkatkan keupayaan semulajadi badan anda untuk membantu melindungi diri daripada tekanan dan memperbaharui fungsi selular yang normal dan muda. Teknologi yang sedang dipatenkan ini menggunakan nutrien pilihan untuk bukan sahaja menyokong tetapi juga merangsang proses selular tertentu. Ia cetuskan proses ini dengan mensasarkan laluan Isyarat sel-iaitu sejenis sel anda yang ada rangkaian untuk menghantar dan menerima komunikasi. InCelligence adalah cara yang inovatif untuk membantu badan anda membina kesihatan berpanjangan.*
Kompleks InCelligence menyokong pelbagai laluan dan proses untuk kesihatan seluruh badan. Dua daripada yang paling penting dalam CellSentials ialah:
  • Pengeluaran antioksida bersifat domestik-yang terhasil dalam sel-sel-untuk perlindungan yang kuat
  • Pengaktifan mitophagy-proses pembersihan selular-untuk membantu memperbaharui pengeluaran tenaga dengan lebih berkesan yang mana akan menguatkan sel-sel anda*
































Lindungi Kesihatan Selular Anda Menerusi Pertahanan Antioksidan Yang Kuat


Illustration of InCelligence antioxidant activity

CellSentials menyampaikan sejumlah makanan antioksidan untuk menyediakan lapisan pertahanan pertama terhadap radikal bebas yang merosakkan sel. Tapi badan anda diperbuat daripada trilion sel yang sememangnya perlukan perlindungan sampai ke hujung nyawanya. Maknanya, mengambil suplemen pemakanan antioksida saja (juga dikenali sebagai antioksidan exogenous) mungkin tak cukup.*
Bagaimana jika anda boleh bantu sel-sel anda melindungi diri mereka sendiri?*
Sel-sel anda secara semulajadinya sudah lengkap dengan antioksidan pelindung yang kuat. Seperti superoxide dismutase, catalase, dan glutathione dijana di dalam sel anda.
"Maknanya seolah-olah macam tak perlupun tambah suplemen antioksidan pelindung-kalau nak dikisahkan ikut logik matematiklah-tapi....".

Mana taknya!

Secara matematik yang mudah, pada hakikatnya, molekul-molekul yang diambil dari pemakanan suplemen antioksidan ini cuma meneutralkan radikal bebas dalam nisbah satu-lawan-satu atau satu-lawan-dua: maksudnya, satu suplemen antioksidan akan hapuskan satu atau dua molekul radikal bebas sahaja. Bila dilanjutkan lagi, antioksidan pelindung yang dibuat dari jenis Endogenous(antioksidan yang dihasil dari dalam tubuh manusia sendiri, bukannya dari suplemen) biasanya mampu meneutralkan 100 atau lebih molekul radikal bebas sepanjang hayat mereka. Ini dah berlaku secara alami. Bukan rekaan. Inilah sunnah alami!


Sebaliknya,(hasil R&D) nutrien-nutrien yang dimuatkan di dalam Kompleks Incelligence USANA ini membantu secara proaktif merangsang pengeluaran pelindung-pelindung semula jadi ini.* Ini membawa maksud bahawa, Kompleks InCelligence yang telah direka khas oleh USANA telah berjaya menggalakkan pengeluaran antioksidan semulajadi dari sel anda, membantu memberikan perlindungan yang lebih ketara. Ia adalah cara yang kuat untuk mempertahankan ketidakseimbangan tekanan oksidatif yang boleh merosakkan sel-sel sihat anda itu.*

Sel-sel anda tahu bagaimana melindungi diri mereka daripada radikal bebas yang penuh dengan ciri-ciri kerosakannya. Pengawal utama mekanisme pelindung pertahanan selular ini adalah terletak pada laluan jalur ARE (tindakbalas elemen antioksidan), Nrf2 (faktor nukleus erythroid 2-faktor 2 yang berkaitan dengan nukleus). Apabila sel mengesan oksidan, juga dikenali sebagai radikal bebas, ia mengaktifkan Nrf2. Ini akan menyebabkan bermulanya satu susunan siri yang kompleks, akhirnya akan menghasilkan antioksidan pelindung itu dan dilepaskan oleh sel itu sendiri. Bahan kimia tertentu, termasuk yang terdapat di dalam InCelligence Complex, menyokong rangsangan jalur Nrf2-ARE untuk mempromosikan pengeluaran antioksidan secara proaktif. Di sinilah kuncinya!*















Perbaharui Kesihatan Anda Menerusi Fungsi Selular Yang Boleh Kekalkan Keremajaannya


Sel anda menghasilkan tenaga(ATP-adenosine triphosphate) dalam mitokondria. Walaubagaimanapun, di dalam proses penghasilan tenaga selular ini juga berlaku penghasilan banyak radikal bebas. Maka, antioksidan semulajadi(yang dihasilkan secara fitrah atau secara endogenous) yang wujud dalam sel inilah yang akan meneutralkan banyak radikal bebas itu. Tetapi beberapa mitokondria masih akan rosak dari masa ke masa. Mitokondria yang rosak boleh berfungsi dengan tidak cekap, menghasilkan kandungan tenaga ATP yang semakin berkurangan dan radikal bebas yang lebih merosakkan. Ini akan mewujudkan kitaran hidupan sel-sel yang akan merosakkan diri mereka.*
Sel ini sebenarnya boleh mengekalkan kecekapannya melalui tindak balas semula jadi yang dipanggil mitophagy. Bila berfikir tentang mitophagy ini, seolah macam cara kita nak keluarkan sampah dari tong. Atau macam sistem kawalan kualiti untuk selular, iaitu dengan bermula dari cara mitophagy ini samada ia menurunkan, membuang, atau mengitar semula mitokondria yang rosak. Maknanya, mereka tidak akan menyebabkan tindak balas yang boleh merosakkan sel pada masa yang sama sel itu tetap sihat. Walau bagaimanapun, usia atau faktor gaya hidup yang lain boleh memperlahankan proses ini. InCelligence Kompleks membantu mengaktifkan kembali mitophagy itu untuk memperbaharui pengeluaran tenaga yang cekap dan menjaga sel-sel anda supaya sentiasa muda.*

Sel berfungsi seperti enjin-ia berfungsi lebih baik apabila ia bersih berbanding ketika mana bila ia kotor. Mammalian target of rapamycin (mTOR) adalah pengawal selia utama metabolisme sel, pertumbuhan, dan kelangsungan hidup. Ia mengawal autophagy-proses pembersihan yang mengumpulkan dan memecah protein dalam sel.
Mitophagy adalah sejenis autophagy khusus untuk mitokondria. Apabila sel mempunyai keterbatasan nutrien, seperti dalam hal sekatan ambilan kalori, mTOR tadilah yang akan memulakan mitophagy. Selepas ambilan protein direndahkan, mitokondria dapat menggunakan protein tersebut untuk membantu memacu proses yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga selular ATP. Kejadian ini sememangnya berlaku secara alami dalam badan kita.
Sebaliknya berlaku pula ialah, apabila nutrien melimpah masuk(iaitu ketika anda selalu makan), mTOR mengurangkan penghasilan autophagy kerana sel-sel mempunyai banyak bahan bakar. Jadi, mereka tidak perlu jadi aktif sangat. Ini cukup membimbangkan sebenarnya! Tapi apa yang berlaku, kompaun yang terdapat dalam InCelligence Complex boleh menyebabkan tindak balas selular, di mana ia boleh meniru apa sahaja proses yang sama berlaku ketika mana disebabkan oleh sekatan kalori tadi berlaku(proses mitophagy yang dimulakan oleh mTOR tadi). Inilah yang akan mewujudkan satu bentuk sistem selia urus (macam 'housekeeping') berlaku di dalam selular anda, yang mana boleh bantu menjaga sel-sel anda dengan berkesan, pada masa yang sama anda juga tak perlu sampai kena hadkan pengambilan makanan harian kononnya sebab nak rendahkan ambilan kalori yang mana boleh menyebabkan paras mTOR anda meningkat tinggi bacaannya.*





























Key Ingredients

  • Vitamin A
  • Vitamin D
  • B Vitamins
  • Magnesium
  • Iodine
  • N-Acetyl L-Cysteine
  • InCelligence Complex
See full list of ingredients:

Usage

Adults take two (2) tablets of Core Minerals and two (2) tablets of Vita Antioxidant twice daily, preferably with food.
Ideal For
  • All generally healthy adults over age 18
  • Certified Kosher (U.S. formula)








Soalan Biasa Ditanya Tentang USANA CellSentials


Mustahil untuk muatkan amaun nutrien-nutrien yang berformula tinggi ke bentuk tablet yang kecil. Contohnya, kalau USANA sediakan dos betul-betul penuh untuk satu pil set CellSentials, pasti tablet pil itu akan jadi lagi besar seolah macam anda nak telan sebiji bola golf. Jika jumlah nutrien dalam CellSentials dikurangkan kepada tahap yang sesuai untuk satu dos tablet, jumlah nutrien akan jadi macam suplemen brand Centrum® atau One-A-Day®, dengan antioksidan yang minima, tahap vitamin RDA pun terhad, dan samalah juga jadinya pada mineralnya jadi sedikit. Jumlah nutrien yang lebih tinggi sebenarnya perlu mengisi ruang, dan malangnya ada had untuk apa yang boleh dicatukan ke dalam tablet itu.


USANA’s CellSentials memang tak mengandungi zat besi. Kebanyakan makanan kita biasanya sudah dihidangkan makanan yang tersedia dengan makanan kaya dengan zat besi dan makanan jenis seperti ini sudah dijamin bahawa majoriti golongan dewasa pun akan terima sukatan zat besi yang mencukupi dalam diet tersebut(sebagai contoh biasa, hanya satu cawan hidangan bijirin oat yang dibakar dah menyamai 45% RDA untuk zat besi).
Lagipun membekalkan zat besi secara tambahan ini lebih digalakkan atau lebih sesuai diberi secara berasingan untuk orang yang betul-betul penting perlukan tambahannya berbanding dari kita yang sudah mengamalkan diet sudah mengandungi zat besi di rumah. Kalau nak juga ambil suplemen zat besi sebagai tambahan diet & zat, satu jenis kumpulan dari kumpulan ibu-ibu mengandung mungkin boleh pertimbangkan untuk ambil kelebihan CellSentials ini, tapi tambah suplemen zat besi yang boleh didapati dari suplemen Prenatal CellSentials USANA pula.




Semasa ujian awal membuat penelitian terhadap CellSentials, bersama peserta-peserta ujian dari Sanoviv Medical Institute, mereka turut ditanya tentang sebarang kemungkinan yang tidak dijangka dari reaksi mereka, samada positif atau negatif terhadap pengambilan Cellsentials, perlu dilaporkan kepada kami. Bila dilihat bahawa sebarang kesan buruk tidakpun timbul, menyimpulkan bahawa Cellsentials ini secara umumnya adalah selamat serta mudah disesuaikan untuk golongan orang yang sihat. Tapi jika anda mempunyai kes masih dalam keadaan perubatan yang dipantau oleh doktor, atau jika anda ada ambil ubat-ubatan yang dipantau di bawah preskripsi doktor, kami amat menyarankan agar anda berunding dengan perunding penjagaan kesihatan dan ahli farmasi anda untuk menentukan sama ada CellSentials sesuai untuk anda ambil.



Why Trace Minerals? Trace Minerals Research [Internet] [accessed 12 Feb 18] Available at https://traceminerals.com/why-trace-minerals/
Watts D. Nutrient Interrelationships: Minerals — Vitamins — Endocrines. Orthomolecular.org [Internet] [accessed 12 Feb 18] Available at http://www.orthomolecular.org/library/jom/1990/pdf/1990-v05n01-p011.pdf
Pizzino G, et al. 2017. Oxidative stress: harms and benefits for human health. Oxid Med Cell Long [Internet] [accessed 5 Mar 18] Available at https://www.hindawi.com/journals/omcl/2017/8416763/
Other Resources









You Might Also Enjoy







How you eat impacts the health of your skin. Discover what you can do to improve your nutritional skincare.






Feeding your brain the right diet helps maintain cognitive function and brain health. See a list of nutrients for brain health.






diet
Improving diet quality over at least 12 years is associated with heart health, and further highlights the importance of maintaining healthy eating patterns.








*These statements have not been evaluated by the Food & Drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Popular posts from this blog

Proflavanol C100 - Kekuatan Vitamin C Generasi Ketiga + Ekstrak Biji Anggur

CoQuinone® Bahan Bakar Sel Menguatkan Hidup Anda

Sistem Kardiovaskular