Koleksi Nota: Vitamin Kompleks dalam Cellsentials USANA
NAK KENAL B KOMPLEKS USANA TAK? Jom.... ‼
NOTA B KOMPLEKS USANA YANG PERTAMA
1. Vitamin B1:
✅ Nama lain: Thiamine HCL✅ Fungsi:
🔘 Hasilkan fungsi normal untuk metabolisma tenaga dan pembahagian sel.
🔘 Bekerja dengan satu atau banyak enzim untuk reaksi metabolik dalam badan.
🔘 Main peranan dalam aktiviti koenzim 4 jenis enzim untuk penjanaan proses
metabolisma lemak(lipid) & metabolisma karbohidrat
🔘 Dari situ, ia jadi penting untuk hasilkan tenaga dari gula dan hasilkan tenaga
dari makanan-makanan lain dalam perut manusia.
🔘 Ia juga terlibat untuk hasilkan gula-karbon yang bertujuan penting dalam
proses sintesis DNA & RNA serta sintesis asid lemak dalam badan.
🔘 Kekurangan Vitamin B1 mudah terjadi jika seseorang mengamalkan
pengambilan alkohol secara berlebihan dan amalan menghadkan diet
(terutamanya yg bergantung hanya kpd beras putih(polished rice) semata
sebagai makanan asas mereka)
🔘 Menurut kajian, kekurangan B1 juga turut diakui berlaku kebanyakannya
pada golongan wanita yang sedang hamil & galakan pengambilan B1 ini
untuk golongan ini teramatlah digalakkan hasil selepas daripada penemuan
kajian terbaru ini.
✅ Sumber Thiamine:
Makanan berbijirin seperti bijian benih, barli atau biji-beras perang.
NOTA B KOMPLEKS USANA YANG KEDUA
2. Vitamin B2:
✅ Nama lain: Riboflavin✅ Fungsi:
🔘 Utk menghasilkan tenaga
🔘 Bantu vitamin B6 utk proses metabolisma asid amino berfungsi dgn lebih baik
🔘 Tanpa Vitamin B2, proses metabolisma asid amino terganggu
🔘 Akibat Kekurangan Vitamin B2:
▫ Risiko cheilosis(bibir kemerahan & merekah)
▫ Stomatitis(radang mulut)
▫ Penyakit kulit
▫ Anemia
▫ Glossitis(lidah biru dan bengkak)
▫ Golongan atlet, ibu mengandung serta peminum alkohol, lebih cenderung utk
kehilangan zat ini berbanding golongan lain.
✅ Sumber makanan kaya Riboflavin: Susu & tenusu.
NOTA B KOMPLEKS USANA YANG KETIGA
3. Vitamin B3:
✅ Nama lain: Niacin✅ Nama lain: Niacinamide
✅ Fungsi:
🔘 Sama seperti fungsi Vitamin B2 & mineral zinc iaitu untuk pengaktifan proses
metabolisma yang akan banyak dilakukan oleh vitamin B6.
🔘 Kawal fungsi insulin(salah satu komponen dlm struktur GTF insulin).
🔘 Bantuan dalam kawal tahap kolesterol.
🔘 Kekurangan pengambilannya boleh akibatkan:
▫ Penyakit bahaya seperti pellagra, yang boleh diketahui melalui simptom seperti
masalah kulit & membran,
▫ Radang, lembab,
▫ Masalah cirit birit,
▫ Masalah saraf(masalah otak, anxiety, insomnia, masalah kekeliruan melampau
(confusion)hingga boleh menyebabkan 80 lagi kebarangkalian penyakit lain
lagi seperti strok,hypoglycemia(hypo), psychosis, tekanan darah rendah &
banyak lagi).
✅ Sumber Niacin: sayuran jenis kekacang(legum), daging, bijirin, benih, susu,
sayuran hijau & ikan.
NOTA B KOMPLEKS USANA YANG KEEMPAT
4. Vitamin B5:
✅ Nama lain: Pantothenic Acid✅ Fungsi:
🔘 Bantu melengkapkan formasi dalam proses metabolisma penghasilan tenaga
dalam setiap sel(untuk proses hasilkan ATP)
🔘 Penting untuk penghasilan tenaga dari sumber. karbohidrat, lemak & protin.
Berkenaan dgn vitamin B5 kali ni sy nk kaitkan dgn satu lagi zat jenis antioksidan yg sgt kuat juga dlm membantu proses penghasilan ATP(jana tenaga) utk sel. Zat antioksidan yg dimaksudkan itu ialah zat yang dinamakan sebagai ubiquinone atau ringkasannya, Q10. Utk makluman anda, Q10 main peranan yg sgt kuat utk proses menjana tenaga kpd setiap sel dlm badan kita.
Jadi, kombinasi Q10 & vitamin B5 ini nampak seiring dari segi fungsi kedua2nya. Tanpa Q10, sel manusia seolah2 lemah & tidak bertenaga utk menjalankan proses hariannya. Sama juga, tanpa vitamin B5, proses ATP yg dihasilkam oleh Q10 juga sukar nk berlaku dgn jaya. Kedua-duanya ada kesinambungan.
Persoalannya? Wujudkah zat Q10 di dalam Cellsentials Usana?
Jawapan:
Ya, wujud!
✅ Sumber Pantothenic:
Daging berorgan, yis, kuning telur, sayur brokoli & susu
NOTA B KOMPLEKS USANA YANG KELIMA
5. Vitamin B6:
✅ Nama Lain: Pyridoxine HCL✅ Fungsi:
🔘 Pembantu untuk banyak proses metabolik dalam sel.
🔘 Ia jadi kofaktor untuk 100 jenis enzim dalam sel, terutama sekali untuk metabolisma
enzim asid amino(transaminasi).
🔘 Bantu menukarkan glukosa dari glycogen, bagi melengkapkan proses sintesis vitamin
B3(niacin).
🔘 Selain itu, ia turut bantu proses metabolisma lipid,
🔘 Bantu fungsi sistem saraf,
🔘 Modulasi hormon,
🔘 Tak kurang juga dalam peningkatan fungsi imuninasi.
🔘 Ia juga berperanan bagi melakukan proses sintesis serotonin, taurine, dopamine &
norepinephrine.
🔘 Satu lagi fungsi hebat vitamin B6 ialah, mampu membina semula dinding pembalut
jalinan sel saraf(myelin).
🔘 Disebabkan vitamin B6 berperanan secara berpusat untuk banyak proses metabolisma
asid amino, vitamin ini mampu lakukan regulasi dalam kawalan tahap homosistein
dalam darah, salah satu faktor pengukur untuk menilai risiko penyakit berkait dengan
kardiovaskular & strok.
✅ Sumber Pyridoxine:
Bijirin cereal, daging, ayam itik, kekacang dan bijian, kentang, pisang dan buah
avocado
NOTA B KOMPLEKS USANA YANG KEENAM
6. Vitamin B7:
✅ Nama lain: Biotin✅ Nama lain: Vitamin H
✅ Fungsi:
🔘 Berperanan penting dalam memastikan proses metabolik homeostasis berfungsi
dengan baik tujuannya agar proses gluconeogenesis, proses metabolisma asid
lemak & catabolisma asid amino boleh berlaku.
🔘 Biotin terhasil akibat daripada proses sintesis yang berlaku antara bakteria baik
yang wujud di usus manusia.
🔘 Dari sini, nampak jelas bahawa biotin dan bakteria baik yang hidup di usus kita itu
saling perlu memerlukan antara satu sama lain.
🔘 Selagi bakteria baik ini hidup di usus, ia boleh membantu masalah kekurangan zat
biotin yang kronik dalam tubuh kita. Melainkan jika seseorang itu kerap dengan
pengambilan/sedang menjalani rawatan terapi yang melibatkan pengambilan
antibiotik.
🔘 Kesan pengambilan antibiotik yang kerap akan membunuh kehidupan bakteria baik
dan boleh mengganggu masalah perkembangan zat biotin dalam tubuh.
✅ Sumber: Telur kuning, organ hati, dan beberapa jenis sayuran.
NOTA B KOMPLEKS USANA YANG KETUJUH
#perkembanganbayi #folicacid #b9 #vitaminB9
7. Vitamin B9:
✅ Nama lain: Folic Acid✅ Fungsi:
🔘 Proses metabolisma sel & proses pembahagian sel merupakan 2 proses penting &
banyak dimainkan peranannya oleh vitamin B9(folic acid).
🔘 Bangunan blok-blok DNA & RNA ini juga terbina hasil kesan daripada peranan
yang dimainkan oleh vitamin B9(folic acid) ini supaya proses sintesis protein
boleh berlaku di sel.
🔘 Sel-sel seperti sel fetus dari bayi, sel darah merah begitu juga sel-sel imunisasi,
ketiga-tiganya ini sangat perlu kepada zat folic acid supaya mereka boleh hidup.
🔘 Sebut tentang kekurangan folic acid, kaitan yang paling hampir dengan risiko
kekurangannya ialah seperti masalah saluran neural pada bayi, masalah
anencephaly serta masalah spina bifida yang kronik.
🔘 Sudah ada satu keputusan ujian yang direkodkan mengenai wanita yang
dilaporkan mengalami masalah neural tube pada bayi yang bakal dilahirkan
itu boleh dikurangkan risikonya kepada 72% berbanding wanita yang tidak
mengamalkan diet yang mengandungi zat folic acid ini.
🔘 Hasilnya, ramai pakar di kalangan perubatan akan mencadangkan pengambilan
folic acid ini boleh diambil sehingga 400 mikrogram sehari, iaitu ambilannya
mestilah seawal sebelum kelahiran bayinya bagi mengatasi & mengelak kejadian
seperti risiko di atas tadi.
🔘 Kekurangan folic acid turut dikaitkan dengan masalah yang akan mengakibatkan
tahap bacaan homocysteine yang tinggi, risiko penyakit strok, jantung & masalah
kognitif contohnya Alzheimers serta masalah anemia.
✅ Sumber: sumber terbaik banyak didapati dari sayuran seperti asparagus, brocoli,
sayuran jenis kekacang(legume), tunas, kekacang & biji benih seperti
biji benih anggur.
NOTA B KOMPLEKS USANA YANG KELAPAN
#kebas #masalahkebas #kebaskebas
8. Vitamin B12:
✅ Nama lain: Cyanocobalamin✅ Fungsi:
🔘 Ikat enzim-enzim utk wujudkan pusingan proses metabolisma folic asid yang betul,
🔘 Mengikat vitamin B lain yg ada hubungan dlm proses metabolisma asid amino utk
proses sintesis asid nucleic,
🔘 bantu dlm pembentukan sel darah merah,
🔘 Serta lakukan sintesis dan baikpulih dinding sel-sel saraf(myelin).
🔘 Jika dikurangkan pengambilan vitamin B12, boleh akibatkan gangguan penghasilan
& perkembangan folic acid ke dlm badan.
🔘 Sebarang kecacatan berpunca daripada proses penyerapan B12, akibat terlalu
banyaknya tempat utk aktiviti enzim libatkan proses pembuangan pengagihan &
penyerapan sudah pastilah kualiti kuantiti B12 juga turut berkurang.
🔘 Bahkan kekurangan B12 mungkin boleh berlaku juga akibat dari diet yang tak sihat.
🔘 Secara klinikalnya, kekurangan bekalan vitamin B12 ini boleh menyebabkan masalah
anemia, kebas atau semut-semut pada kaki & tangan, gangguan koordinasi badan,
serta gangguan mental.
🔘 Pada masa yg sama, B12 juga bekerjasama dgn folic acid & B6 dlm proses baikpulih
tahap homosistein, yg jadi punca utama berlakunya penyakit berkait dgn kardiovaskular,
peripheral & strok.
✅ Sumber: yang ada kehidupan mikroorganisma(daging/susu)
Laman sumber rujukan saya:
1. Ask The Scientists Team