Memahami Kalori Dan Senaman

Anda mungkin dah mula biasa dengan jenis kalori dalam diet anda. Sekarang mari kita selongkar pula bagaimana kalori boleh ada kaitan dengan aktiviti senaman.

Kalau dulu kitapun dah tahu kononnya aktiviti senaman adalah yang terbaik sekali untuk kalori makanan anda makan dibakar. Kemudian, andapun dah belajar bahawa dengan pembakaran kalorilah antara salah satu cara untuk urus masalah berat badan anda.

"Senaman lasak yang betul-betul bersungguh-sungguh boleh membakar hingga 20 kalori untuk setiap 1 minit."

Tapi usaha cara macam ni susah sikit kalau nak maintain lakukannya untuk tempoh jangka masa lama.

Berita yang lebih baiknya ialah kita akan belajar bahawa cara senaman sederhana yang lebih konsisten adalah cara paling cepat proses membakar kalori.

Contoh yang nyatanya, satu dokumentari yang dikeluarkan oleh BBC, pernah tunjuk satu bukti menerusi satu perbandingan kecil dengan 3 kumpulan keluarga. Walaupun ini bukan ujikaji secara saintifik, bila tengok perbandingan yang dibuat itu agak menarik dan patut diberi perhatian juga hasil kesannya.

Satu keluarga tu mereka biarkan tidak beraktiviti dan pasif. Satu keluarga lagi mereka biarkan untuk lakukan kerja-kerja di rumah untuk beberapa jam. Keluarga ketiga tu pula dibiar dalam masa yang singkat, kemudian mereka memilih untuk lakukan aktiviti senaman lasak dengan sangat bersungguh-sungguh untuk tempoh singkat sahaja. Keluarga yang buat kerja rumah sederhana dalam masa beberapa jam itu tadi dilihat sebagai yang lebih banyak proses pembakaran kalorinya berbanding dengan keluarga yang lakukan senaman secara bersungguh-sungguh untuk tempoh masa singkat tadi. Walaupun kerja-kerja rumah ini bukannya aktiviti yang agak lasak atau tegang, keluarga ini boleh bertahan lebih lama berbanding lain-lainnya.

"Maknanya, tak perlulah risau sangat nak lakukan kerja sampai berpeluh sakan. Dah kalau anda tak ada tenaga nak tekan tubi banyak-banyak sekalipun, cuma fokus pada pergerakan badan untuk tempoh masa yang lebih konsistenpun dikira terbaik dah berbanding tak buat langsung. Kuncinya pada konsisten."

Dari sini kita akan sedar bahawa membakar kalori adalah berbeza bilamana anda menyedari jumlah sebenar yang telah anda lakukan melalui aktiviti-aktiviti itu sendiri. Jadi mengira kalori terbakar ini turut membantu sebab ia boleh dijadikan alat untuk anda capai matlamat berat badan impian anda dengan lebih senang-samada nak turunkan berat, nak maintain, atau nak tambah berat.

Sebenarnya, banyak peralatan senaman gimnasium serta peranti alat penjejak akan kira kalori yang terbakar itu untuk tugas-tugas yang sia-sia. Sebenarnya masih ada peluang lagi untuk anda bersenam tanpa cuma bergantung dengan alat atau teknologi canggih ini.



-----------------------------------------------------
Laman sumber rujukan saya:
1. Ask The Scientists Team

Popular posts from this blog

Proflavanol C100 - Kekuatan Vitamin C Generasi Ketiga + Ekstrak Biji Anggur

Sistem Kardiovaskular

Formula Gabungan Vitamin C Alaf Baru