Sistem Imunisasi
Sistem Imun: Pengawal Tubuh Anda
Sistem imun anda dalam pertempuran setiap hari. Itulah tugasnya.
Anda dilindungi oleh pertahanan yang sudah diselaraskan. Sel-sel, protin-protin, dan isyarat-isyarat kimia bergabung dengan bakteria, virus-virus, parasit, dan patogen-patogen lain. Dan sistem imun anda juga membantu dalam penyembuhan luka, peralihan selular dan tisu, serta baikpulih.
Sistem imun yang sihat dan berfungsi dengan baik adalah mesin yang kompleks. Ia mengandungi banyak lapisan, subsistem, tisu-tisu, organ-organ, dan proses. Tetapi pemahaman asas dapat bantu anda lihat apa yang anda perlukan untuk kekalkan imuniti yang sihat.
Halang Penceroboh Masuk
Bayangkan badan anda seperti istana dan perlu dipertahankan. Lapisan pertahanan pertama ialah halangan fizikal dan halangan kimia anda. Mereka adalah dinding tebal dan tinggi yang menghalang banyak penceroboh-pencerobohnya masuk ke dalam tembok.
Kulit anda ialah penghalang fizikal yang paling jelas sekali boleh kita nampak. Dan itulah yang baiknya. Organ terbesar anda ini merupakan penutup kalis air yang melindungi anda daripada serangan patogen. Pembinaan kulit, benda-benda di permukaannya, serta sebatian-sebatian lain pada lapisan yang lebih dalamnya membantu ia berikan perlindungan.
Organ kulit boleh lakukan kerja dengan baik, tetapi ada jalan lain juga untuk menembusi ke dalamnya. Sebab itulah wujud pula halangan fizikal yang lain itu.
Saluran pernafasan sebelah atas anda mempunyai rambut kecil yang disebut silia. Mereka menggerakkan bahan-bahan yang boleh mendatangkan bahaya dibawa keluar dari paru-paru anda. Kemudian masuk ke bahagian usus. Organ usus anda pula jadi halangan yang menghalang penyerapan bahan-bahan berkemungkinan boleh cetuskan bahaya. Di bawahnya pula, air mani andapun turut berfungsi secara fizikal untuk mengusir patogen.
Contohnya cecair mukus. Mukus boleh mengaburkan garisan antara fizikal dan kimia. Apa sahaja jenis kategori yang anda masukkan menerusinya, lendir mukus ini akan jadi perangkap yang berkesan daripada penceroboh-penceroboh tersebut. Yang menariknya, ia boleh dihasilkan oleh membran di seluruh badan anda. Benda tebal, licin ini adalah perangkap badan anda yang melekit-lekit sifatnya, berkebolehan untuk memegang mikrob-mikrob halus dan tak akan lepaskannya semula.
Tembok halangan kimia lain termasuklah: air mata, air liur, asid perut, dan bahan pelindung kimia yang dihasilkan di dalam sel dan darah anda.
Imuniti Secara Jeneral: Sistem Imunisasi Innate Anda
Sistem semulajadi innate kadang-kadang dipanggil juga sebagai sistem imun bukan spesifik. Subsistem pertahanan imun anda ini dimuatkan ke dalam kod genetik anda. Itulah bahagian innate(semulajadi yang tersembunyi), atau tersirat. Dan ia memberikan perlindungan yang lebih umum, memusnahkan mana-mana mikrob halus yang masuk ke dalam badan anda. Itu bahagian tak khusus.
Pertahanan selular anda akan ambil alih jika patogen tersebut menghidupkan halangan fizikal dengan halangan kimia anda—yang mana boleh juga dianggap sebagai sebahagian daripada bawaan subsistem innate juga. Dari situlah munculnya phagocytes(sejenis sel imun yang spesifik). Sel darah putih ini bertindak seperti pengawal yang meronda-ronda dalam tubuh anda serta memusnahkan penceroboh yang masuk.
Sel-sel ini dijumpai di seluruh tisu badan anda. Mereka membunuh patogen melalui proses yang dipanggil phagocytosis. Ia rumit, tetapi ada cara mudah untuk memahaminya.
Phagocyte memakan mikrob yang menyerang. Ada sebab kenapa ia dinamakan phagocytes—fago berasal dari bahasa Yunani untuk maksud "makan". Phagocyes memakan atau menelan penyerang. Semasa patogen itu terperangkap, beberapa mekanisme pembunuhan dikerahkan untuk memusnahkan patogen.
Sesetengah phagocyte mempunyai reseptor yang boleh kenalpasti antara sel yang sihat dengan bahan-bahan yang berpotensi membahayakan. (Mereka juga turut ambil perhatian dengan kes-kes seperti sel-sel yang hampir mati dan yang telah mati.) Buat pemakan pathogen lainnya, mereka secara kimianya beri isyarat penempatan lokasi mana yang paling berguna untuk lakukan operasinya. Phagocyte juga turut membantu untuk pembersihan dan baikpulih setelah penceroboh berjaya dimusnahkan.
Imuniti AdaptiveSistem imun jenis adaptive ini seperti satu pengkalan data untuk pembinaan imuniti. Setelah berdepan dengan patogen yang spesifik, anda akan ada sel-sel imun yang akan cetuskan cara terbaik untuk musnahkannya. Itulah sebabnya sel-sel imun ini juga boleh disebut sebagai imuniti yang spesifik atau imuniti bersifat yang 'berpelajaran'. (Nanti anda akan tengok huraiannya di bawah.)
Pendedahan asal patogen boleh disengajakan atau tidak sengaja. Itu tidak penting. Respon normal dan sihat itu bermula dengan antigen. Cuba letak kefahaman kononnya antigen itu macam kod bar untuk setiap sel. Sama seperti setiap item di kedai runcit mempunyai kod bar unik, setiap jenis selpun mempunyai kod antigen yang unik untuk mengenalinya.
Antigen-antigen ini-kebanyakannya protin-juga boleh mengenal pasti patogen. Sistem imun kita telah belajar membaca kod antigen ini. Apabila mereka mengenali sesuatu benda yang memasukinya sebagai benda asing, mereka memulakan tindak balas imun.
Setiap antigen yang unik cetuskan penghasilan antibodi yang unik. Antibodi berbentuk y mengikat semula kepada antigen yang seakan-akan sama dan menandakan penceroboh itu untuk diserang oleh sel-sel imun yang lain. Sesetengah antibodi itu bahkan cuma boleh urus untuk diri mereka sendiri sahaja.
Limfosit (satu lagi jenis sel imun spesifik) adalah sel-sel utama yang terlibat dalam sistem imun Adaptive anda. Dua jenis sel darah putih-T dan sel B-dihasilkan dalam sum-sum tulang anda. Mereka boleh menyerang dan membunuh patogen dengan dirinya sendiri, atau bantu sel-sel darah putih yang lain dalam tindak balas tersebut.
Sel T dan sel B membentuk tapak asas untuk membentuk bank ingatan imuniti badan anda. Sel B mewujudkan antigen, mencipta kemudian membebaskan antibodi-antibodi. Memori sel T-bagi mereka yang sudah bertahan pada serangan sebelumnya-dengan cepatnya dan dengan berkesannya akan bertindak balas terhadap patogen yang telah mereka kenali. Secara bersama-sama, mereka membantu sistem kekebalan tubuh anda dengan berkesan dan memusnahkan bakteria, virus, atau patogen yang mereka dah kenali itu dengan baik sekali.
Mempertahankan Sistem Imun AndaDi atas tadi, anda telah baca tentang fungsi sistem imun yang normal dan sihat. Tetapi pertahanan anda boleh dipengaruhi oleh persekitaran, diet, tekanan, tidur, perjalanan, dan faktor gaya hidup yang lain.
Fungsi imun yang sihat melibatkan usaha seluruh badan, dan memeliharanya memerlukan pendekatan holistik. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh membantu:
- Dapatkan sekurang-kurangnya tujuh jam tidur malam-dan elakkan daripada terjebak aktiviti berjaga hingga ke lewat malam.
- Senaman secara teratur untuk mempromosikan sel-sel memori, meningkatkan imuniti kulit, dan menggerakkan sel imun.
- Kurangkan tekanan seberapa banyak yang mungkin atau mengamalkan strategi pencegahan yang sihat, seperti senaman.
- Makan makanan yang sihat, makanan seimbang diikuti dengan pelbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran, dan protein tanpa lemak untuk dapatkan mikronutrien dan makronutrien penting serta phytonutrien penting. Diet yang sihat (ini termasuklah juga jenis kandungan serat yang menyihatkan) boleh menyediakan keperluan makanan kepada mikrobiome anda juga bagi meningkatkan fungsi sistem benteng halangan organ usus anda yang baik.
- Latih diri dengan persekitaran kebersihan yang baik, termasuklah mencuci tangan dengan kerap, sehingga pada saat permulaan hari-hari tubuh anda itu tidak perlu berurusan dengan banyak patogen.