Isyarat Sel Dalam Tubuh Badan Anda

   

 

 

Isyarat Sel: Bagaimana Sel Anda Berkomunikasi Antara Satu Sama Lain

 

Setiap seminit dari setiap hari, badan anda menyelesaikan banyak tugasan yang rumit. Sama ada ia mengekalkan suhu badan atau memelihara tangan anda dari dapur panas, bertrilion sel-sel anda ini melakukan hubungan percakapan mengikut cara dan keperluan mereka antara satu samanya bagi membantu anda berfungsi dengan baik. Bentuk komunikasi yang berkesan dan cekap seperti ini merupakan proses yang dipanggil isyarat sel.

Rangkaian yang diperlukan untuk proses menghantar dan proses menerima mesej-mesej seperti ini sebenarnya sangat rumit. Ia terdiri daripada tentera-tentera seumpama molekul-molekul mesej penghantar(utusan) untuk menyebarkan isyarat menyeberangi sel-sel di antara sel-sel (inilah isyarat molekul). Mereka cari sasaran yang terima isyarat awal (reseptor). Kemudian akhirnya, interaksi antara utusan(mesej penghantar tadi) dengan reseptor ini akan hasilkan kesan 'follow up' selular terakhir (sel itu tunjuk respon terhadap isyarat awal tadi).

Molekul-molekul isyarat sel datang dalam pelbagai bentuk. Kadang-kadang isyarat ini berlaku dalam sel itu sendiri. Dalam kes lain, sel menghantar mesej kepada jiran-jiran selnya atau kepada sel-sel lainnya juga dalam jarak yang jauh perjalanannya. Isyarat-isyarat ini boleh jadi dari bentuk:
  • Sebatian kimia (contoh: nutrien dan toksin)
  • Impuls elektrik (contohnya: neurotransmitter yang menggalakkan isyarat elektrik di sepanjang saraf)
  • Rangsangan mekanikal (contohnya: menegangkan perut untuk menandakan anda sudah penuh)

 

 

 

Isyarat Kimia

Terdapat empat kaedah umum untuk isyarat kimia. Mereka dipecahkan mengikut jarak setiap kali isyarat itu bergerak antara menghantar dengan menerima isyarat sel tersebut.

  1. Isyarat Autocrine:

    Apabila sel menghantar isyarat antara mereka, ini cara mereka lakukannya. Dalam isyarat autokrin, sel merembeskan isyarat kimia yang mengikat reseptor pada permukaannya. Cara ini mungkin nampak asing sikit, tapi isyarat autokrin memang penting. Sebab ia boleh bantu sel untuk kekalkan integriti dan pembahagian sel dengan betul. Proses ini sangat penting berlaku semasa proses pengembangannya dan ini membantu sel memperkasakan identiti mereka masing-masing.

     

  2. Isyarat Paracrine:

    Isyarat ini berlaku untuk jarak yang pendek antara dua sel. Kaedah komunikasi ini membolehkan sel-sel, menyelaraskan pergerakan dan aktiviti dengan jiran-jiran mereka. Contoh kaedah seperti ini dipanggil juga sebagai isyarat sinaptik. Itulah keadaan di mana isyarat itu berlaku bila merentasi jurang kecil di antara dua neurons. Jurang kecil ini juga dikenali sebagai sinaps. Anda juga boleh memanggil ini sebagai neurotransmitter. Neurotransmitter inilah yang akan menghantar mesej dari neuron ke neuron untuk membantu otak dan sistem pusat saraf kita bekerja secara bersama-sama.

     

  3. Isyarat Endokrin:

    Untuk menghantar mesej dalam jarak jauh, sel akan guna cara isyarat seperti ini. Isyarat endokrin bergerak melalui aliran darah untuk mencapai tisu dan sel sasaran. Isyarat yang berasal datangnya dari satu bahagian badan kemudian bergerak ke sasaran mereka dengan menggunakan laluan aliran darah ini dipanggil hormon. Contohnya hormon pertumbuhan (GH) merupakan contoh yang hebat. Kelenjar pituitari merembeskan hormon ini, yang mana merangsang pertumbuhan sel, tulang rawan, dan pertumbuhan tulang. Dalam contoh isyarat endokrin ini, GH meninggalkan kelenjar pituitari kemudian bergerak melalui aliran darah ke sel-sel di seluruh badan. Hormon kemudian mengarahkan sel-sel tulang dan sel-sel rawan anda untuk proses pembahagian sel, membantu anda tumbuh lebih tinggi dan serta lebih kuat.

     

  4. Isyarat Hubungan-Secara Direct:

    Simpang jurang antara sel—iaitu ruang saluran kecil yang menghubungkan sel-sel kejiranan antara mereka—mereka ini boleh didapati dalam tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Simpang-simpang dalam jurang ini penuh dengan air dan membolehkan isyarat molekul kecil untuk melintasi saluran. Inilah isyarat sel menggunakan cara laluan hubungan secara langsung. Ia membolehkan seluruh kumpulan-kumpulan dari semua sel untuk bertindak balas kepada satu sahaja isyarat yang hanya diterima oleh satu sel sahaja.

 

Share This  
Share This  

 

Isyarat Elektrik dan Mekanikal

Isyarat kimia bukanlah satu-satunya bentuk komunikasi yang wujud dalam tubuh anda. Banyak juga sel yang bertindak balas terhadap isyarat elektrik atau mekanikal. Dua contoh yang terkenal ini satunya akan mengawal denyutan jantung anda (iaitu isyarat elektrik) atau satunya lagi akan mengisyaratkan dalam pertumbuhan otot semasa anda buat latihan senaman (iaitu isyarat mekanikal).

Jantung anda terdiri daripada empat bilik. Dua bahagian bekal darah ke paru-paru manakala dua lagi hantar darah ke seluruh badan. Pembahagian kerja-kerja penghantaran ini bermaksud bahawa jantung anda bukanlah berdegup dalam satu masa sekaligus. Ia bukannya bengkokkan bicep kesemua sekali terus. Model jantung berdegup lebih mirip seperti gelombang ombak yang bergelora di lautan. Corak degupan yang cukup teratur ini semuanya dicetus dan diselenggara atur oleh isyarat elektrik.
Isyarat mekanikal (secara fizikal bertujuan untuk pengubahan bentuk) dalam sel-sel otot boleh menggalakkan pertumbuhan dan kekuatan otot. Semasa sel-sel otot diregang - samada dicacatkan atau dirosakkan - ion kalsium akan membanjiri masuk ke dalam sel otot. Peralihan ion kalsium ini adalah perantara, mengubah isyarat mekanikal itu bertukar menjadi sejenis bahan berkimia. Kehadiran ion kalsium memberi isyarat kepada beberapa laluan isyarat sel di dalam otot, termasuk hormon yang bertanggungjawab untuk pertumbuhan otot.

Dua deria anda - sentuhan dan pendengaran - adalah contoh tambahan untuk isyarat mekanikal. Sel sensori kulit anda bertindak balas terhadap tekanan pada deria sentuhan. Dan sel-sel deria dalam telinga sebelah dalam serta sel-sel deria dalam otak akan bertindak balas terhadap pergerakan pada gelombang bunyi.

Sama ada ia berkimia, berelektrik, atau mekanikal, kesemua proses ini berkongsi matlamat yang sama. Tubuh manusia sudah terbina oleh beberapa bentuk mekanisma untuk matlamat deria, merespon, serta menyesuaikan diri dengan persekitaran anda - samada dari dalam maupun luaran.

 

Share This  
Share This  

 

Macam Mana Sel-sel Sedar dan Respon Terhadap Isyarat-Isyarat Ini

Saiz besar protin-protin yang dikenali dengan nama reseptor membantu sel-sel untuk mengenali isyarat yang dihantar kepada mereka. Reseptor-reseptor ini boleh jadi terletak di dalam dan di luar sel atau dengan kata lain ia melekat pada membran sel. Isyarat berlaku apabila molekul tertentu terikat kepada reseptor tertentu. Anda akan dapati, ini adalah proses yang sangat khusus - sama seperti cara macam mana anak kunci dengan mangga kunci terkunci.

Terdapat dua kelas reseptor: satu bernama reseptor intraselular dan satu lagi bernama reseptor permukaan sel. Tempat ia duduk atau tinggal melekat itu penting, jadi anda mungkin dah boleh teka macam mana mereka dapat nama tadi.

Reseptor intraselular duduk di dalam sel. Isyarat molekul mesti bergerak melalui liang-liang dalam membran sel kemudian akan sampai hingga sentuh reseptor jenis ini seterusnya tindak balas mula teraktif.

Reseptor jenis permukaan sel ini lebih mudah untuk sampai ke destinasinya. Protin reseptor jenis ini tertanam secara berkod di dalam membran sel. Mereka terikat dengan isyarat molekul-molekul yang ada di luar sel, tetapi akhirnya akan sampaikan mesej secara dalaman.

Sama ada isyarat tersebut diterima dari dalam atau dari luar sel, itu tak penting. Bila isyarat molekul dah mula melekat dengan protein reseptor yang betul tempatnya, ia terus akan mulakan isyarat selular masuk ke dalam sel.

Laluan-laluan isyarat intraselular ini menguatkan mesej, menghasilkan multi isyarat intraselular untuk setiap reseptor-reseptor yang terikat. Isyarat kuat ini kemudiannya disebarkan ke seluruh sel dan mengaktifkan tindakbalas. Ini berlaku bukan sekali pada satu masa. Sel-sel ini terima mesej dan bertindakbalas kepada isyarat multi ini sekaligus.

 

Share This  
Share This  

 

Peranan Isyarat Sel dalam Menentukan Keseimbangan Kesihatan

Tujuan isyarat sel ialah untuk bertindakbalas dan menyesuaikan diri dengan persekitaran dari dalam dan dari luaran anda. Oleh kerana mereka membantu penyesuaian badan anda, fungsi laluan isyarat sel yang baik ini jadi penting supaya anda boleh kekal dan galakkan kesihatan sebenar. Oleh itu, apabila jalur isyarat sel berfungsi dengan baik, badan anda pasti berjalan lancar.

Seterusnya, alam sekitar - secara dalaman dan luarannya - boleh beri kesan pada sel-sel anda. Itu kerana sel anda benar-benar "bergantung harap" terhadap proses reaksi balas kimia. Mereka memerlukan syarat-syarat tertentu untuk buat reaksi tersebut jadi berfungsi.

Ini termasuk suhu, pH, dan status tenaga yang betul. Sel anda perlu memahami situasi ini. Jika mana-mana tiga faktor ini berubah di luar julat toleransi yang sangat kecil, semua perhitungan biokimia itu berhenti. Itulah apabila masalah serius boleh berlaku.

Sebagai contoh, suhu badan normal kita ialah 37°C (98.6°F). Satu saja julat variasi dalam +/- 3°C (+/- 5°F) dah boleh mengancam nyawa. Hypothermia boleh ditetapkan pada 35°C (95°F). Sekiranya suhu badan kita meningkat kepada hanya 40°C (104°F) kerana disebabkan kehausan melampau, terdedah kepada haba melampau, atau sebab demam, ia adalah situasi genting yang sama sekali akan mengancam nyawa.

Satu lagi PH badan andapun sepatutnya dikawal ketat juga. PH normal kita sepatutnya ialah pada paras 7.4. Jika jatuh di bawah bacaan 6.8 atau meningkat di atas 7.8, berlakulah kerosakan sel yang tidak dapat dipulih.

Anda perlukan sejumlah tenaga yang besar untuk kelancaran pergerakan badan anda. Itulah sebabnya regulasi tenaga itu penting. Sama macam suhu dan contoh-contoh pH di atas tadi juga, badan andapun kawal keseimbangan tenaga juga. Melalui laluan isyarat sel (sesetengahnya berkait langsung dengan glutathione), sel-sel kita mempunyai keupayaan untuk jadikan proses penghasilan tenaga naik atau turun bila-bila saja ia diperlukan. Jika paras keseimbangan tenaga jatuh daripada paras regulasi tenaga biasa, fungsi selular akan mengalami gangguan.

Detoksifikasi adalah satu lagi contoh isyarat yang membantu dalam sistem penyelenggaraan untuk selular. Anda sentiasa terdedah kepada toksin, sama ada secara tidak sengaja melalui diet dan persekitaran kita atau secara langsung melalui pengambilan alkohol atau ubat-ubatan. Melalui rangkaian isyarat yang luas ini, sel-sel anda boleh dapat rasakan kehadiran apabila mereka terdedah kepada toksin.

Menyedari kehadiran toksin itu yang mula-mula jadi cetusan kepada proses yang berkaitan dengannya. Di situ mulalah dengan regulasi naiktaraf kesesuaian laluan isyarat sel. Ini akhirnya akan meningkatkan mekanisma detoksifikasi anda. Sekiranya badan anda tidak membentuk mekanisme secara literal terbentuk dalam DNA, setiap hari kehidupan sel-sel anda akan penuh dengan cabaran sukar.

Keupayaan tubuh, secara konsistennya untuk sentiasa boleh rasa, sesuaikan diri, termasuk menyelenggara perubahan pada tahap pH, suhu, status tenaga, juga selenggara terhadap pendedahan toksin merupakan tugas penting untuk profil keseluruhan kesihatan anda. Sekarang, kita dah ada isyarat sel dan kita boleh tarik nafas lega untuk semuanya itu.

 

Share This  
   

 

Kesan Impak Nutrien-Nutrien Penting Terhadap Isyarat Sel

Ada perkara-perkara tertentu boleh beri kesan negatif kepada fungsi isyarat sel. Ini termasuk diet tidak sihat, kekurangan senaman, faktor persekitaran, terdedah kepada toksin, serta penuaan. Walau bagaimanapun, penyelidikan baru-baru ini menunjukkan bahawa jika menjalani gaya hidup sihat bersama dengan beberapa tambahan vitamin, mineral, beserta dengan fitonutrien-fitonutrien boleh menyokong laluan isyarat sel.

Sel anda menggunakan beberapa vitamin dan mineral untuk berkomunikasi secara berkesan. Vitamin D, natrium, kalium, magnesium, dan beberapa bilangan zat penting yang lain berperanan dalam fungsi isyarat sel. Kita asyik bercakap, kita perlu makan dengan seimbang untuk sihat bertenaga. Sebenarnya, komponen-komponen badan anda pun perlu juga mengekalkan keseimbangan nutrien-nutrien penting yang sihat supaya mereka pun nak wujudkan komunikasi antara mereka dengan baik juga.

Sesetengah vitamin dan mineral tu memang terlibat secara langsung dengan isyarat sel. Kadang-kadang nutrien-nutrien itu sendiri boleh cetuskan isyarat sel atau boleh bertindak seperti isyarat perantaraan. Contohnya mereka sering diperlukan untuk reseptor (sel-sel rangsangan) berfungsi dengan baik atau untuk bantu enzim berfungsi dengan betul sebaik selepas isyarat sel itu telah "dihidupkan."

Hasil penyelidikan terkini juga telah membuktikan bahawa nutrien tertentu dari jenis tumbuh-tumbuhan (phytonutrients) turut mempunyai kesan langsung dan ia sangat berfaedah untuk fungsi isyarat sel. Beberapa contoh tersebut antaranya termasuklah:

  • Epicatechin yang dijumpai dalam coklat kemudian benih biji anggur turut menunjukkan kepada sokongan terhadap kesihatan kardiovaskular.
  • Sulforaphane dan ECGC yang terdapat dalam brokoli dan teh hijau, masing-masing, telah dibuktikan boleh aktifkan laluan detoksifikasi.
  • Asid lipoik yang dijumpai dalam bayam dan sayur-sayuran yang lain pun boleh menyokong detoksifikasi tetapi boleh juga membantu mengekalkan berat badan yang sihat.
  • Komponen curcumins yang didapati dalam akar kunyit telah ditunjukkan untuk membantu mengekalkan sistem imun yang seimbang dan sihat.
     

Diet yang kaya dengan protein dan lemak sihat juga membantu laluan isyarat sel tubuh anda. Itu disebabkan Asid lemak omega-3 serta lemak sihat yang lain memang diperlukan supaya boleh mengekalkan rupa bentuk sel anda.

Lapisan membran di sekitar setiap sel-sel anda diperbuat terutamanya daripada lemak, dipanggil phospholipid. Sebab itu membran sel anda akan kelihatan kekal dalam keadaan cair dan tak bergerigi. Mereka juga memudahkan pergerakan yang bebas untuk mana-mana molekul yang merentasi di atas permukaan membran selular, yang mana akhirnya inilah yang membantu dalam komunikasi mereka antara selular itu.

Perkara terakhir yang anda boleh lakukan untuk kekalkan selular anda sihat berkomunikasi dengan cara nutrisi ini ialah dengan pengambilan makanan yang boleh melindungi sel anda tadi daripada kerosakan. Contoh seperti radikal bebas dan lain-lain bentuk oksigen merbahaya yang boleh mengikis sel yang sihat dan merosakkan DNA, isyarat molekul, serta protein. Dan apabila dah mula rosak, mereka pun tak akan mula berfungsi juga. Jadi mengambil antioksidan itu boleh mempertahankan sel-sel anda daripada berlakunya kerosakan tersebut.

 

Share This  
   

 

Mengekalkan Pertuturan Antara Sel Agar Sentiasa Berjalan

Ada terlalu banyak nak cakap pasal isyarat sel. Ia adalah proses yang kompleks di mana sel-sel anda boleh bercakap antara mereka sendiri, jiran-jirannya, atau sel-sel lain yang jauh. Tetapi ia terbahagi pula dalam bahagian-bahagian seperti berikut:

  • Sel anda menerima isyarat melalui pelbagai kaedah isyarat (sebatian kimia, rangsangan mekanikal, dan impuls elektrik).
  • Isyarat molekul melekat pada reseptor yang sesuai samaada melekat di sel atau di dalamnya.
  • Ini akan cetuskan satu bentuk rangkaian proses yang menyatukan isyarat tersebut dan menguatkannya di dalam sel.
  • Akhir sekali, apa-apa hasil kesan & akibat untuk setiap selular itu akan jadi-ia bergantung kepada isyarat yang dihantar sebelumnya.
     

Seterusnya jangan abaikan kepentingan proses ini saat anda telah belajar ciri-ciri tentang bagaimana ianya boleh berfungsi. Semua sel yang berkomunikasi di antara sel-sel anda, setiap darinya membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran di dalamnya serta persekitaran di luarnya. Keupayaan untuk merasa, merespon, dan menyesuaikan diri membuatkan isyarat sel jadi penting untuk mengekalkan kesihatan anda.

Semoga anda memahami serba sedikit tentang bagaimana isyarat sel itu berlaku dan mengapa ianya jadi penting. Sekarang bantulah sel anda itu untuk terus berkomunikasi. Maksudnya, lindungi dan menyokong sel-sel anda menerusi kaedah gaya hidup yang sihat disertai diet yang kaya dengan pengambilan vitamin, mineral, fitonutrien, antioksidan, protein, dan lemak yang sihat.

 

Sumber:

Berridge MJ. Unlocking the secrets of cell signaling. Annu Rev Physiol. 2005; 67: 1-21.

“Cell Signaling.” Nature News, Nature Publishing Group, 2014, www.nature.com/scitable/topicpage/cell-signaling-14047077. Accessed Sept. 19 2017.

Cooper, Geoffrey M. “Signaling Molecules and Their Receptors.” The Cell: A Molecular Approach. 2nd edition., U.S. National Library of Medicine, Jan. 1 1970, www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK9924/.

Ermak G, Davies KJ. Calcium and oxidative stress: from cell signaling to cell death. Mol Immunol. 2002; 38 (10): 713-21.

Eveleth, Rose. “There are 37.2 Trillion Cells in Your Body.” Smithsonian.com, Smithsonian Institution, Oct. 24 2013, www.smithsonianmag.com/smart-news/there-are-372-trillion-cells-in-your-body-4941473/. Accessed Sept. 20 2017.

“Introduction to cell signaling (Article).” Khan Academy, https://khanacademy.org/science/biology/cell-signaling/mechanisms-of-cell-signaling/a/introduction-to-cell-signaling. Accessed Sept. 24 2017.

Martin GS. Cell signaling and cancer. Cancer Cell. 2003; 4 (3): 167-74.

Mattson MP. Hormesis and disease resistance: activation of cellular stress response pathways. Hum Exp Toxicol. 2008; 27 (2): 155-62.

Von essen MR, Kongsbak M, Schjerling P, Olgaard K, Odum N, Geisler C. Vitamin D controls T cell antigen receptor signaling and activation of human T cells. Nat Immunol. 2010; 11 (4): 344-9.

 

Share This  
   

 

 

 

 

Pengetahuan Am

 

Tip, Diet & Nutrisi

 

 

 

Suplemen & Nutrisi

 

 

 

 

Anda pernah ambil tahu tak rupa-rupanya, masalah CKD(Buah Pinggang Kronik) ini boleh diterbalik semula kepada paras normal semula? Dalam masa sebulan anda boleh nampak perkembangannya bila anda ikut tip ini. Wasap saya untuk dapatkan tip tersebut

 

Terbaru! Saya singgah ziarah pelanggan saya yang ada masalah diabetik dan CKD. Sebelum ni lepas makan cucuk insulin 11 atau 10 sebab nak kawal gula makanan yang dia makan. Lepas ambil USANA sekali sehari sebelum tidur, kena turunkan pengambilan insulin kepada 7 sebab jadi hypo bila cucuk insulin lepas makan. Anda nak tau apa tip yang saya cadangkan untuknya? whatsap saya sekarang

   
**Kenyataan-kenyataan seperti ini tidak dinilai oleh FDA(Food & Drug Administration). Tidak diniatpun bahawa produk ini bertujuan untuk tujuan diagnos, rawat, pulih, atau mencegah mana-mana penyakit sekalipun.

 

Popular posts from this blog

Proflavanol C100 - Kekuatan Vitamin C Generasi Ketiga + Ekstrak Biji Anggur

CoQuinone® Bahan Bakar Sel Menguatkan Hidup Anda

Sistem Kardiovaskular