Pengenalan Diet dan Gaya Hidup

   
 

'Cara Sains' Mentafsirkan Maksud Diet

 

Ada Jalan Pintas?

Samada anda, ataupun orang di sebelah anda itu mungkin pernah cuba nak diet tahun lepas? Statistik menunjukkan dalam masa 12 bulan yang lepas, sebanyak 49.3 peratus populasi manusia pilih untuk diet sebab niat mereka kerana nak turunkan berat badan mereka. Boleh kata, hampir seumur hidup anda dalam ke arah usaha seperti itu, mungkin dah cuba paling kurang tak lebih 5 kali hanya sebab nak diet punya pasal—mungkin lebih pun boleh jadi juga.

 

Yelah, hal ini mungkin masuk akal juga. Apatah lagi, berkemungkinan anda turut hidup di dalam komuniti yang budayanya obses dengan faktor berat badan. Kemudian, kita sendiri pun dah boleh kait pula berat badan ni dengan kes-kes berkait dengan kesihatan. Sebab tu, anda pun cuba nak hilangkan berat tu sama seperti trend orang di sekeliling anda juga. Di penghujungnya nanti, anda mesti akan tertanya-tanya, "Apakah sebenarnya nak dimaksudkan dengan diet yang sihat itu"?

 

Diet Paleo. Diet Keto. Diet Rendah-lemak. Diet Rendah-Karb. Diet Vegan. Diet Buah-Buahan. Whole30. Diet Gandum Perut. Diet Jenny Craig. Diet Dukan. Diet Dubrow. Diet Fit for Life. Diet Carnivore. Diet South Beach. Diet Atkins. Kalau kata nak turunkan berat badan tu, ada belambak pilihan dietnya itu. Masing-masing ni ada ciri-ciri pro dan kontra juga.

Ini satu statistik yang betul-betul serius: anggaran 95 peratus daripada orang yang berat badannya turun kerana mengikuti kaedah diet ketat, juga diet sekejap-sekejap bakal alami masalah kenaikan semula berat badannya itu sebaik setahun ke lima tahun seterusnya. Kemudian, sebaik nasihat mula dilontarkan, pada saat ini susah dah nak dapatkan kembali kepercayaan samada siapa yang patut anda nak percaya atau macam mana lagi cara yang patut anda makan sebaik dah jadi macam ni.

Biarlah guna kaedah diet ketat dan sekejap ini boleh beri impak dan kesan penurunan berat badan dalam masa yang sangat singkat, tapi adakah idea ini baik untuk anda makan sebegitu sepanjang hidup anda? Takkanlah nasi atau karbo jadi haram terus untuk diambil dan makan? Atau adakah kena berhenti makan buah? Atau memang kena pilih makanan buah semata? Apa jadi pada menu yang ada sedikit mentega dengan menu berdaging?

Semuanya ini tak masuk akal langsung. Walhal, jika dilihat pada statistik tadi pun, susah dah kalau kita nak menyalahi hakikat fakta itu tadi, bahawa kononnya diet singkat-singkat itu memang benar-benar tak jadi pun. Bak kata Susan Powter, seorang ikon fitnes era 90 an, "it’s time to 'stop the insanity'(dah tiba masanya untuk 'hentikan kegilaan ini').

Ok, Selamat Tinggal Diet 'short cut' Untuk Selama-Lamanya

Cuba konsider ini: Kalau betullah ia dah jadi sangat mustahil lagi untuk badan anda nak turunkan berat badan untuk kali yang seterusnya, takkanlah anda nak 'give up' terus daripada mencari & menjumpai satu set diet makanan yang lebih sihat lagi berbanding diet yang tak betul sebelum ni? Mestilah tak nak!

Pilih diet singkat-singkat untuk tujuan turunkan berat badan selalunya, akan menghampiri kepada kegagalan juga di saat-saat akhir nanti. Jawapannya ialah anda sepatutnya ubah fokus pemilihan makanan anda itu kepada makanan yang menjaminkan kesihatan diri anda—buat selama-lamanya. Bukanlah terlalu ketat hingga memilih diet yang sangat singkat dan pendek hanya semata-mata nak capai target yang sekejap sahaja.

Sihat datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Tengok pada berat anda, sepatutnya anda layak untuk rasa hebat setiap hari. Menyesuaikan keperluan nutrisi untuk badan anda sebagaimana dibuktikan sains, ia pasti datang bersama dengan hadiah ganjaran juga nanti. Kemudian barulah anda akan kelihatan terserlah dan cantik. Badan anda turut jadi selesa. Turut juga akan lebih bertenaga. Kemudian, mental dan emosi pun semakin bersedia untuk capai matlamat beserta menghadapi cabaran mendatang setiap hari.

Seterusnya faedah jangka panjang pun turut menyusul selepas itu. Corak pemakanan yang sihat berkait rapat dengan keseimbangan kesihatan hampir setiap inci daripada anggota badan anda. Ini termasuklah jantung, otak, tulang dan sendi, serta fungsi metabolik.

Kunci untuk berjaya ialah ubah gaya anda buat selama-lamanya. Mencari satu jalan supaya makan pun boleh timbulkan rasa semulajadi dan dengan kesan seperti ini, anda sendiri pun boleh berasa gembira buat selama-lamanya. Semakin kuat hubungan positif terhadap makanan yang sihat, boleh bantu anda untuk lebih tahan lama, sihat lakukan perkara yang anda suka dan minat sepanjang masa.

Baiklah, sekarang kita dah tahu diet jenis potong-potong atau singkat-singkat ni tak elok untuk jangka masa yang panjang. Apa patut anda buat?

Cuba anda baca tajuk ini pula: Apa itu diet yang sihat?

 

 

Berkenaan Blog Ini

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Anda boleh kenal saya dengan panggilan Zaeim. Saya pengedar yang berdaftar secara sah dengan syarikat USANA Health Sciences. Pertama sekali saya ingin nyatakan di sini ialah berkenaan dengan semangat saya untuk menulis di blog ini, lahir dari sebab keinginan saya yang ingin belajar tentang kesihatan. Ya, perkara pertama yang jadi kepentingan saya dalam hal-hal yang berkait dengan kemajuan hidup ialah, kesihatan. Tiada yang sepenting itu. Pada saya, status nama, pangkat, sijil dan kedudukan bukan pada tempat pertama untuk diutamakan. Tapi, tidak bermaksud untuk mengabaikan kesemuanya terus. Sebab, dalam satu babak, kadang-kadangnya, melalui nama juga anda boleh membeli kesihatan yang baik. Begitu juga dengan pangkat, sijil dan sebagainya. Mereka mungkin saling diperlu dan memerlukan antara satunya. Jadi, perlu pertimbangkan dengan neraca yang seimbang antara mengambil salah satu darinya atau dapatkannya semua walaupun sedikit. Bak kata ahli hukama' dalam kaedah fikah Islam, ما لا يدرك كله لا يترك جله, "Apa-apa perintah syara’ yang tidak boleh dilakukan kesemuanya, maka janganlah pula ia ditinggalkan semuanya." Namun, kesimpulannya, semua kepentingan ini tak lari ke jalan terakhir juga, iaitu semuanya akan mencari jalan penyelesaian untuk kesihatan yang baik juga.

 

Perjalanan saya terjun ke bidang penulisan sebegini ini ambil masa juga. Pada awalnya, saya cuma belajar tentang produk sahaja. Melalui situ, saya mula tahu beberapa benda penting tentang sesuatu produk kesihatan. Seterusnya, saya mula faham konsep untuk capai keseimbangan dalam penjagaan kesihatan. Sikit demi sikit, hasil dari pembelajaran saya melalui pendidikan sains yang diperkenalkan pasukan saintis USANA, saya dapat tahu serba sikit tentang kebolehan sesuatu produk itu untuk bantu dalam masalah kesihatan manusia. Dari perasaan ingin tahu kepada perasaan ingin membuat sesuatu yang lebih berguna kepada diri saya dan orang ramai, maka tercetuslah keinginan saya untuk berkongsi idea & pengetahuan saya ini kepada kawan-kawan saya pula.

 

Dari sinilah saya bentukkan cara perkongsian itu melalui penulisan di blog seperti ini hari ini. Alhamdulillah, syukur kepada tuhan kerana saya diberi saat masa & umur demi menyampaikan sumber maklumat ini di sini. Saya harap, dengan penulisan saya ini, bukan setakat saya sahaja yang boleh simpan maklumat ini untuk digunakan semula, bahkan orang lain juga turut terima faedah dari tulisan ini. Tapi, saya nak nyatakan juga bahawa sebarang penulisan yang saya hasilkan di sini, anggaplah bukan dari saya. Sebab, semua pendidikan dan ilmu yang dikongsi ini datangnya dari pakar saintis USANA Health Sciences juga.

 

Sebarang pertanyaan langsung, anda boleh hubungi saya melalui peti inbox whatsap saya, atau boleh ajukan soalan anda melalui facebook saya. Jika anda melewati blog saya untuk melihat produk-produk suplemen yang saya jual anda boleh ke web kedai online saya ini di laman web selularnutrisi.usana.com ini untuk terus dengan pembelian secara online. Terima kasih kerana sudi melawat saya dan blog saya di sini.

 

Ask the scientists USANA Education

Blog Whatsup USANA

Laman web Mayoclinic

Laman web Sanoviv Institute

Laman web rasmi USANA Health Sciences

 

*Kenyataan-kenyataan seperti ini tidak dinilai oleh FDA(Food & Drug Administration). Tidak diniatpun bahawa produk ini bertujuan untuk tujuan diagnos, rawat, pulih, atau mencegah mana-mana penyakit sekalipun.

Popular posts from this blog

Proflavanol C100 - Kekuatan Vitamin C Generasi Ketiga + Ekstrak Biji Anggur

CoQuinone® Bahan Bakar Sel Menguatkan Hidup Anda

Sistem Kardiovaskular