Coenzyme Q10:

BAGAIMANA Q10 BERFUNGSI UNTUK KESIHATAN ANDA?

Dari Mana Q10 itu Wujud?

Mitochondria, a membrane-enclosed cellular organelles, which produce energy, 3D illustration

Badan anda tak perlu pergi jauh-jauh kalau anda nak cari Coenzyme Q10. Ia dah ada di hampir setiap sel anda. Mungkin sebab itu ia tergolong dalam kategori molekul yang dipanggil ubiquinones (maksudnya ada di mana-mana). Pengagihan secara meluas ke dalam seluruh tubuh anda ini menunjukkan CoQ10 itu betul-betul melimpah-ruah dengan begitu banyaknya manfaat.

Q10 penting untuk persediaan kepada reaksi selular (itulah yang dilakukan oleh koenzim). Ia bantu sel menghasilkan tenaga untuk bina pertumbuhan juga bina sistem penyelenggaraan. CoQ10 juga berfungsi sebagai antioksidan yang melindungi anda dari proses membuat tenaga yang sama.

Tetapi anda tak boleh bergantung pada pengeluaran semula jadi anda selama-lamanya. Produksi Q10 akan menyusut juga bila anda semakin meningkat usia. Sebab itu, Q10 adalah apa yang dipanggil nutrien penting yang diperlukan dalam keadaan tertentu sahaja - dalam kes ini, umurlah keadaan tertentunya itu.

Mengekalkan tahap Coenzyme Q10 yang optimum adalah penting.

Ketahui cara CoQ10 bekerja, Macam mana ia beri manfaat kepada kesihatan anda, dan di mana anda boleh dapatkannya menerusi diet anda.

 

Vitamin Q? Seolah-olah nak macam 'vitamin'

Jika ia berfungsi seperti vitamin, kelihatan seperti vitamin, dan bertindak seperti vitamin, maka sepatutnya ia adalah vitaminlah. Atau, apakah ia sebenarnya?

CoQ10 tak mungkin semestinya penuhi semua senarai keperluan anda untuk dikelaskan sebagai kelas vitamin. Vitamin itu sepatutnya sebatian yang harus datang dari diet atau suplemen yang anda ambil sebab anda memang perlukannya dan andapun tak boleh nak hasilkannya sendiri. Itu baru dipanggil vitamin kalau sepatutnya. Sebaliknya, Coenzyme Q10 bukannya bahan yang penting sangatpun untuk dikategorikan sebagai vitamin kerana tubuh anda serba sikit boleh menghasilkannya sendiri. Sekurang-kurangnya ada juga peluang sebahagian dari hidup anda dimainkan olehnya di situ.

Samada anda percaya ke tidak? Tapi dah memangpun hukum alamipun..

Umur anda memang 'kutip tol' untuk setiap kali CoQ10 dikeluarkan dalam badan anda. Apabila anda semakin tua, pengeluaran alami Coenzyme Q10 anda merosot. Sedangkan keperluan anda untuk dapatkannya semula tu tak pernahpun dilakukan. Sebab itulah, anda boleh katakan bahawa Q10 adalah sangat penting - terutamanya bagi orang yang lebih tua dan yang berurusan dengan masalah kesihatan tertentu. Dari situ, menyifatkan dengan sifat "bukan-vitamin" tadi tu dah jadi semakin hampir sama pula dengan sifat untuk jadikannya seolah-olah seperti sifat vitamin pula. Untuk kes jika dikait dengan keadaan umurlah.

Kurangnya panduan penuh tentang vitamin tak menjadikannya kurang penting untuk capai kesihatan yang optimum. Mari kita lihat beberapa fungsi CoQ10 dulu apa ia boleh buat?

Coenzyme Q10 Sukakan Elektron

Pertama - dan ini nampak jelas la sikit memandangkan namanya - CoQ10, ia merujuk kepada fungsi sebagai koenzim. Macam tulah juga cara macam mana untuk kebanyakan jenis vitamin turut berfungsi sedemikian juga di dalam badan anda. Mereka bantu cetuskan reaksi dalam sel anda. Hasilnya, sel-sel anda pada dasarnya tak lain hanya penuh dengan reaksi kimia semata. Coenzyme Q10-seperti vitamin bersifat 'doppelgangers'(istilah german: merujuk seperti 'double agent')-iaitu bantu reaksi-reaksi penting yang akan galakkan badan anda berfungsi dengan lancar.

Coenzyme Q10 mempunyai tahap keperluan untuk kelarutannya yang sama seperti tahap keperluan kelarutannya dengan vitamin A, D, E, dan K. Semua kompaun tersebut perlukan lemak untuk penyerapan ke dalam badan anda. Ini kerana mereka semua mempunyai ekor yang tergantung di bahagian utama molekul yang kelihatan seperti lemak mereka sendiri. Di sinilah tempat "Q10" dapat nama itu. Ekor ini adalah 10 atom karbon yang panjang dalam manusia. Dalam mamalia lain, sebagai contoh, ekor itu ada panjang sebanyak sembilan atom karbon dan sebab itu untuk kes ini nama Coenzyme Q9 pula yang mendapat nama.

Q10 paling hampir menyerupai vitamin K. Mereka mempunyai struktur molekul yang sama. Dan kedua-duanya mempunyai fungsi teras yang sama untuk memudahkan tindak balas redoks(reaksi oksidasi pengurangan elektron atau ion) yang disebut dalam tubuh anda. Ini bermakna mereka berkebolehan menderma dan menerima elektron.

Pengeluaran Tenaga Selular dan Q10

Anda mungkin pernah dengar bahawa mitokondria adalah pusat jana kuasa dalam sel tubuh anda. Ini kerana mereka(mitokondria) merupakan tapak lokasi untuk ATP (adenosine triphosphate), iaitu sejenis pengangkut tenaga sel anda dijanakan. Janakuasa ini dilakukan melalui proses yang dikenali sebagai rantaian pengangkutan elektron.

Mitokondria memecahkan ikatan kimia dalam makanan yang anda makan. Apabila ikatan ini pecah, mereka akan lepaskan elektron. Terdapat molekul khas yang akan tangkap elektron ini dan bawanya ke rantai pengangkutan elektron yang terdapat di lapisan membran mitokondria. Rantai pengangkutan elektron ini adalah rangkaian kompleks protein. Ketika elektron ini berpindah-randah melalui rantaian pengangkutan, mereka sudah dijinak untuk tenaga. Tetapi untuk satu elektron dapatkan semua kompleks protein berada dalam rantaian itu, elektron tersebut perlukan molekul khas untuk pemindahan pengangkutannya.

Di saat elektron dipindah di rantaian, di sepanjang jalan itu proton akan dikutip dan akan melewati lapisan membran mitokondria. Ini akan cetuskan gelombang caj, atau tenaga yang ada potensi, agar menggalakkan lagi enzim yang akan hasilkan ATP. Anda boleh bayangkan gelombang caj ini seperti air di bawah empangan. ketika mana air (proton) bergerak melalui empangan (membran mitokondria), tenaga yang ada potensi ini diguna untuk hidupkan penukaran ADP, masuk ke dalam tenaga sel badan anda, iaitu ATP.

Mari kita terjemahkannya kepada sesuatu yang lebih familiar dengan kita. ATP ini merupakan tenaga yang digunakan oleh sel anda untuk fungsi, lebih seperti petrol yang anda masukkan ke dalam kereta anda supaya kereta boleh bergerak. Dengan menggunakan analogi ini, anda boleh bayang bahawa Coenzyme Q10 itu lebih kurang sama macam pam yang dapat gas masuk ke tangki kereta anda. Walaupun bukannya nak dimaksudkan yang bahan bakar itu sendiri, tapi ia main peranan penting untuk dapatkan bahan api pada sel anda itu masuk ke dalam bentuk yang mereka boleh gunakannya.

CoQ10: Antioksidan Berkualiti

Hakikat bahawa Coenzyme Q10 adalah molekul ubiquitous (yang ada di mana-mana sahaja) yang terdapat di mana-mana sahaja di dalam badan anda merupakan berita yang sangat hebat! Kerana ia boleh beroperasi sebagai antioksidan yang kuat. Dah memang kena dengan definisinya, iaitu mana-mana molekul dalam badan anda yang tugasnya untuk memberi dan mengambil elektron juga boleh bertindak seperti antioksidan.

Bagi CoQ10 yang berlebihan dalam badan anda pula-iaitu bagi molekul-molekul yang tidak terlibat dalam pengeluaran tenaga-dipindahkan untuk proses menyediakan perlindungan antioksidan dalam membran yang berbagai-bagai pula dalam badan anda.

Ia akan berfungsi seperti antioksidan lain untuk melawan pengoksidaan dalam badan anda. Coenzyme Q10 meneutralkan radikal bebas dengan mengambil elektron atau memberikannya. (Sama seperti peranan transporter elektron dalam proses penghasilan tenaga.) Ini akan bantu imbangi kesan sampingan kuasa reaktif tinggi dari proses yang berbeza-beza.

Molekul-molekul yang teroksida dengan elektron yang tak berpasangan disebut radikal bebas. Mereka mempunyai bilangan elektron yang ganjil, ini menjadikannya tidak stabil. Tanpa antioksidan untuk membantu radikal bebas dapatkan bilangan elektron yang lebih sama rata, molekul-molekul reaktif ini akan mula tercetus. Inilah yang meningkatkan tekanan oksidatif. Di saat radikal bebas terbina, mereka mula menunjukkan reaksi tindak balas dengan molekul atau struktur lain dalam sel. Disebabkan waktu itu bukan dalam kawalan kita dan dibiarkan tanpa diberi perhatian yang sedar, tekanan oksidatif mula merosakkan sel, DNA, protein, dan lipid anda. Ini dikenali sebagai kerosakan oksidatif dan sikit demi sikit bakal 'menjahanamkan' kesihatan anda.

Coenzyme Q10 adalah salah satu antioksidan penting yang akan membantu melindungi sel-sel dan struktur badan anda. Mengambil perhatian memastikan anda mempunyai tahap CoQ10 mencukupi akan membantu menyokong keseimbangan yang betul antara radikal bebas dan antioksidan (yep, badan anda sebenarnya memerlukan beberapa radikal bebas juga untuk kekal dalam keseimbangan yang sihat). Ini sangat penting bila anda kian berumur, kerana kedua-dua insiden samada tekanan oksidatif dengan kerosakan oksidatif akan jadi lebih biasa apabila tahun-tahun bertumpu seiringan meningkat. Sedangkan, pada masa yang sama, badan andapun mulai rendah penghasilan Coenzyme Q10.

Manfaat-Manfaat Lain Tubuh Badan Manusia Melalui CoQ10

Q10 dijumpai di mana-mana tempat dalam badan anda, jadi ia sokong kesihatan badan secara menyeluruh, biasanya sebagai antioksidan. Tapi Q10 boleh dijumpai lebih banyak dalam konsentrasi beberapa organ yang banyak lakukan kerja-kerja paling mencabar seperti - jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas. Apatah lagi, organ-organ ini juga merupakan organ-organ yang melibatkan banyak proses metabolisme dan proses penjanaan tenaga yang paling diperlukan sekali dalam badan.

Ada juga terdapat penyelidikan menunjukkan hubungan antara Coenzyme Q10 dengan jantung yang sihat secara optimum. Ia (Q10) berjaya digunakan untuk membantu orang untuk mengekalkan kesihatan jantung mereka. CoQ10 menyokong fungsi otot yang sihat, serta satu lagi organ terbesar anda-iaitu, kulit. Ia juga main peranan dalam pertumbuhan dan penyelenggaraan sel yang sihat. Keupayaan Coenzyme Q10 dalam pemindahan elektron membantu merangsang pertumbuhan sel dan menyediakan proses janakuasa tenaga yang mencukupi.

Cara Meningkatkan CoenzymeQ10 dalam Diet Anda

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, badan anda akan kehilangan keupayaannya untuk mengekalkan tahap optimum CoQ10 seiring bilamana anda meningkat umur. Merancang program pemakanan tambahan serta program diet harian yang strategik dapat bantu anda atasi isu kekurangannya ini. Pertimbangkan idea-idea berikut untuk tingkatkan jumlah Q10 dalam diet anda, jadi tangki anda tak ada lah berjalan dalam keadaaan kosong:

  • Coenzyme Q10 sering dijumpai dalam ikan air sejuk berlemak. Itulah kerana, CoQ10 jadi larut lemak. Lain kali, bila anda ada di pasar untuk dapatkan makanan laut, pilihlah potongan ikan yang kaya lemak, seperti tuna, salmon, herring, atau makarel. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan makan 3.5 auns ikan lemak seperti ini dimasak sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Bukan sahaja hidangan ruji yang baru seperti ini berikan anda peningkatan untuk sukatan Q10 sahaja, malah ia juga akan bantu menyampaikan asid lemak omega-3 yang sihat.
  • Jangan pula anda sangka yang Coenzyme Q10 hanya boleh dapat dalam protein berasaskan laut sahaja ya. Anda juga boleh dapatkan bantuan nutrien sihat seperti ini di dalam daging lembu dan juga ayam. Tapi daging lembu ada dua kali lebih banyak berbanding dalam ayam jika dua-dua dalam ukuran hidangan yang sama.
  • Kepelbagaian pengambilan kacang dan biji-biji benih pun turut sediakan jumlah Coenzyme Q10 yang cukup juga. Walaupun tak bolah nak hasilkan sukatan yang banyak seperti ikan dan daging lembu, jumlah ambilan kacang pun tidak bolehlah diabaikan juga. Lagipun, pertimbangkan untuk pembungkusan kacang sebagai makanan ringan tengah hari. Tambah biji-biji bijan atau pistachios(kacang walnut) bersama salad hijau untuk dapatkan nutrien tambahan yang ada 'ump' sikit.
  • Minyak soya dan minyak bunga kanola, antara beberapa minyak berasaskan tumbuhan lain, juga memberikan jumlah yang memuaskan untuk status zat Q10. Pertimbangkan untuk tukar-tukar cadangan diet anda kepada jenis pengambilan diet berminyak ini sekali-sekala untuk berikan sistem anda satu rangsangan terhadap status CoQ10 yang baik untuk badan anda.
 

 

 

SUMBER RUJUKAN:

Popular posts from this blog

Proflavanol C100 - Kekuatan Vitamin C Generasi Ketiga + Ekstrak Biji Anggur

CoQuinone® Bahan Bakar Sel Menguatkan Hidup Anda

Sistem Kardiovaskular