Hubungan USANA Dengan Diet Sihat

   
 

Diet: Nak Masak Dulu? Atau Makan Mentah-Mentah Yang Lagi Sihat? Mana Satu Yang Elok??

Biarpun anda berdiet sempurna sekalipun, adakah anda yakin bahawa anda fikir dapat semua nutrien yang anda nak dari makanan semata?

Inilah persoalan terbesar yang buatkan diri saya jadi berkobar-kobar rasa nak kongsi info yang saya baca melalui fb ask the scientists usana itu kpd kawan-kawan saya di sini.

1. Kesan Zat Nutrisi Dalam Makanan Yang Diproses

Bagaimana makanan yang dibeku, dimasak, dikering dan makanan yang dipanas semula itu boleh beri kesan kpd isi kandungan nutrien? Macam mana pula dgn makanan yg digril? Perlukah anda masak dulu sayuran, atau terus makan mentah-mentah?

Jarang sekali kita bincang, sebenarnya banyak daripada nutrien yang kita makan dari makanan itu sebenarnya bergantung kepada bermacam-macam cara juga, contohnya, bergantung kepada cara kita menyimpan makanan itu sendiri, cara kita memproses makanan, cara kita menyediakannya atau bergantung juga pada cara kita masak makanan tersebut.

Anda perlu tahu sebenarnya, ada juga yang menganggap tentang teori makanan yang dikering atau makanan-makanan segar yang tak dimasak itu mungkin menyihatkan. Tapi, ada sudut pandang yang perlu juga anda sedar dan tahu sebaliknya, bahkan ada jenis pelan diet anda itu, jika anda anggap sebegitu, terdapat status pada zat untuk pelan diet anda itu sebenarnya anda bakal hilang sehingga 80% isi sebenar sukatan vitamin C yang ada dalam buah-buahan, bilamana anda cuba guna teknik buah yang dikeringkan.

Tapi, ada juga pengecualiannya. Sebenarnya, dengan cara memasak makanan pun, boleh tingkatkan biowujud(bioavailability) carotenoid yang ada dlm makanan yg kita masak juga. Antaranya seperti lobak, sayur bayam, cendawan, asparagus, kubis, lada hitam, serta banyak juga sayuran lain, sebenarnya akan bekalkan lebih banyak nutrien seperti nutrien carotenoids dengan nutrien asid ferulic yang cukup penting untuk badan, semuanya sangat berguna sekali bila dimasak berbanding dengan kita makan mentah-mentah. Maknanya, ada betul jugalah kalau kita masak makanan yang ingin kita makan itu memang akan menghilangkan zat vitamin C serta polyphenol di dalamnya.

Salah satu carotenoid penting, iaitu lycopene, juga lebih biowujud bila sumber makanannya itu kita masak atau diproses terlebih dahulu. Contohnya perasa tomato yang sudah diproses sebenarnya lebih banyak zat lycopene berguna berbanding buah tomato mentah sendiri. Bahkan, sungguhpun brokoli boleh bekalkan beberapa bentuk nutrien yang sihat bila ia dimasak, perlu tahu sebaliknya di dalam brokoli pun terdapat bahagian-bahagian yang lebih menyihatkan walaupun kita ambilnya & makan mentah-mentah begitu saja.

Jadi maknanya, tak ada satupun cara terbaik samada nak kena sediakan, simpan, proses, maupun masak makanan anda. Sebetulnya, kita mesti ambil kisah bahawa kepelbagaian dan seimbang itulah yang paling dahulu. Di sini ada sikit panduan untuk anda ambil pedoman ketika anda di rumah - iaitu cara terbaik untuk anda dapatkan faedah maksimum ialah dengan cara makan buah-buahan dan sayur-sayuran dari cadangan yang berbagai jenis, tanpa mengira berapa macam jenis cara ia disediakan. Makin lazat dan kreatif cara anda sediakannya, makin keraplah kecenderungan anda untuk menyukai makanan-makanan seperti ini agar ia boleh diambil makan.(maksudnya, ambil kira penyediaan buah-buahan atau sayur-sayuran yg boleh disesuaikan dgn makanan2 lain mengikut keselesaan peribadi masing2, tanpa perlu straight forward atau rigid).

Biasanya, kita akan terbaca artikel atau jurnal kesihatan yang menyentuh tentang nutrisi adalah bersumberkan makanan-makanan mentah sahaja, tapi di sini ada satu halaman muka surat yang cukup informatif mendedahkan tentang Kesan Nutrisi Hasil Dari Makanan Yang Diproses. Saya pasti ingin kongsikan sumber maklumat ini kpd anda. Anda boleh baca sumber yg saya sebut tadi di sini: http://nutritiondata.self.com/topics/processing

Di sini sy selit lagi maklumat tambahan: https://www.scientificamerican.com/article/raw-veggies-are-healthier/

Selepas baca maklumat di atas, ternyata diet itu tak semestinya lengkap hanya dari sumber mentah semata, tak juga dari sumber dimasak & diproses juga. Namun, ia meliputi banyak sudut pendekatan yg berbagai-bagai cara.

Tapi di usana, dari sudut penjagaan kesihatan, kita diasuh dan dididik lebih awal oleh saintis bahawa kepelbagaian & keseimbangan adalah segala-galanya. Cuma, apakah bentuk kepelbagaian & bentuk keseimbangan yang cuba usana maksudkan itu? Apa yg menyebabkan ramai pengguna usana, libatkan diri hingga usana itu diaplikasikan sebagai nutrisi personal buat isi rumah utk sepanjang bulan? Kenapa usana sehingga ke hari ini, ribuan atlet elit makin bertambah mengambil suplemen ini sebagai suplemen yg tidak diragui kesan doping dan kesan sampingan lain?

 

2. Empat Neraca Seimbang Untuk Capai Kesihatan Seimbang

Usana amat pentingkan kepelbagaian & keseimbangan utk penjagaan kesihatan yg lebih menyeluruh & lama. Sejak awal anda bersama saya hinggalah bila-bilapun, 4 neraca keseimbangan ini perlu anda ingat serta hadamkannya betul-betul:
  1. Keseimbangan dari sudut amalan diet & cara makan. Iaitu mestilah seimbang dalam mengamalkan diet di rumah atau di mana-mana sekalipun.
  2. Keseimbangan dari sudut amalan senaman & sukan. Anda mesti wujudkan disiplin ini sebagai salah satu dari jadual program kesihatan anda tak kiralah sesibuk mana sekalipun tahap urusan kerja anda setiap hari, selitkan juga masa anda untuknya ya!
  3. Keseimbangan dari sudut waktu bekerja dengan waktu rehat supaya boleh wujud keadaan bertenang, rehat, serta menjauhi unsur-unsur tekanan & beban. Jika disiplin ini tidak dibendung, neraca sihat anda akan terganggu dan anda akan berkompromi dgn 3 neraca sihat yg lain pula. Berhati-hati ya! Tempang salah satu, 4 neraca sihat anda turut senget sebelah nanti.
  4. Akhir sekali, keseimbangan dari sudut amalan suplemen tambahan yang betul dan selamat. Neraca inilah yg paling sukar sekali nak diseimbangkan & paling sukar utk diterima oleh ramai juga di kalangan kita. Kadang-kadang, poin ini biasanya lebih rumit sikit dan kurang mendapat perhatian yang lebih dipersetujui secara prisis oleh sebahagian pihak yang datang dari latar belakang bidang perubatan itu sendiri, tak terkecuali, mungkin dari pihak yang mungkin ada pengaruh dlm industri penjagaan kesihatan juga.

 

3. Realiti Industri Pemakanan Dan Tanaman Komersial

Melalui pensejarahan, industri suplemen atau industri penjagaan kesihatan, secara umumnya dimomok dgn keindahan 'fab ads' atau kecoh-kecoh ayat pemasaran hype (hype marketing) yang pd dasarnya tidak melebihi keuntungan & faedah kembali kpd penggunanya untuk jangka masa yang panjang. Sebaliknya, solusi hanya untuk jangka pendek saja atau mungkin sekadar iklan sampingan semata. Walaupun harus akur, krn ada juga solusi utk jangka pendek, industri ini dikira bernasib baik krn ia boleh wujud hingga ke hari ini. Sekurangnya, ada juga idea solusinya walaupun utk jangka masa pendek saja. Tapi, bagaimana dgn syarikat yg menghasilkan produk hanya sekadar melepaskan batuk di tangga shj? Jika kita ingin ambil inisiatif scara positif, mungkin mereka ini hadapi masalah dari sudut kuasa pembangunan r&d syarikatnya yg lemah atau terbatas.

Kekangan kuasa R&D syarikat, kekangan kuasa industri tanaman secara komersial, kedua-duanya ini adalah antara faktor yang main peranan besar dlm corak perkembangan industri kesihatan secara umumnya.

Anda mungkin tahu tentang pasar adalah tempat anda membeli sayuran, buahan atau bahan-bahan mentah untuk anda balik masak di rumah. Selain dari pasar, anda juga sedar bahawa tanaman sayuran, buah-buahan bahkan haiwan ternakan yang anda tinggalkan di ladang anda itu semuanya diadun dari sumber baja & dedak yang komersial. Bahkan, anda juga mesti faham, hasil tanah tanaman yang anda pijak sekarangpun dihujani dengan hujan-hujan yg turun dari langit, hasil dari hujan yang bertoksin akibat pencemaran udara secara global, atau berlaku penipisan ozon dan sebagainya. Tidakkah begitu? Inilah yg saya maksudkan tadi, kekangan dari segi kuasa industri tanaman & komersial. Tak dapat tidak, anda pasti termasuk di dalam kelompok ini juga.

Pada akhirnya, hasil tuaian anda itu adalah dari sumber yang sudah diubahsuai genetik makanannya. GMO, Genetically Modified Organism, satu istilah yg mungkin jarang diguna pakai di negara kita tapi di barat ia mungkin meluas. Ini bermaksud, profil tanah, tanaman bahkan ternakan yg anda ada sudah mengalami perubahan. Dari segi keputusan isi zatnya juga turut terkesan sama sekali akan berubah. Ini belum lagi mengambil kira pengambilan makanan ringan yg secara khususnya terkenal dgn latar belakang makanan yg tidak menyihatkan badan, contohnya sekarang, setengah dari kita mungkin telah di 'viral' dgn satu lagi istilah makanan baru, iaitu 'makanan hipster'.

Di penghujungnya, apa yg ingin sy sentuh ialah semua diet yg kita persiapkan ini pasti ada kesan keputusannya tersendiri. Samada buruk atau sebaliknya itu bergantung kpd cara kita persiapkannya. Namun, kita mungkin boleh ambil pendekatan bahawa pilihan makanan dari sumber mentah, mungkin lebih baik berbanding pilihan makanan-makanan masak, diproses atau makanan ringan lain. Tapi, sebetulnya pun tidak menjamin profil isi zatnya yang sempurna juga pada akhirnya sebagaimana saya sentuh pada tulisan saya sebelum ini. Mengambil kira bahawa dunia industri tanaman komersil sudah lama berkembang maju ke arah kemerosotan profil nutriennya, selayaknya kita haruslah berusaha untuk ambil perhatian dan ambil tahu terhadap perkembangan industri penjagaan kesihatan juga.

Jadi, ambillah perhatian ini dengan betul-betul serius. Mulakanlah dengan mempelajarinya sikit demi sikit. Sekiranya anda menjumpai sesuatu maklumat tentang penjagaan kesihatan, timbanglah melalui neraca keseimbangan yang pernah saya sebut di atas tadi tu. Melalui cara ini, anda lahirkan jalan penyelesaian yang seimbang untuk jawapan yang anda cari itu.

 

 

Berkenaan Blog Ini

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Anda boleh kenal saya dengan panggilan Zaeim. Pertama sekali saya ingin nyatakan di sini ialah berkenaan dengan semangat saya untuk menulis di blog ini, lahir dari sebab keinginan saya yang ingin belajar tentang kesihatan. Ya, perkara pertama yang jadi kepentingan saya dalam hal-hal yang berkait dengan kemajuan hidup ialah, kesihatan. Tiada yang sepenting itu. Pada saya, status nama, pangkat, sijil dan kedudukan bukan pada tempat pertama untuk diutamakan. Tapi, tidak bermaksud untuk mengabaikan kesemuanya terus. Sebab, dalam satu babak, kadang-kadangnya, melalui nama juga anda boleh membeli kesihatan yang baik. Begitu juga dengan pangkat, sijil dan sebagainya. Mereka mungkin saling diperlu dan memerlukan antara satunya. Jadi, perlu pertimbangkan dengan neraca yang seimbang antara mengambil salah satu darinya atau dapatkannya semua walaupun sedikit. Bak kata ahli hukama' dalam kaedah fikah Islam, ما لا يدرك كله لا يترك جله, "Apa-apa perintah syara’ yang tidak boleh dilakukan kesemuanya, maka janganlah pula ia ditinggalkan semuanya." Namun, kesimpulannya, semua kepentingan ini tak lari ke jalan terakhir juga, iaitu semuanya akan mencari jalan penyelesaian untuk kesihatan yang baik juga.

 

Perjalanan saya terjun ke bidang penulisan sebegini ini ambil masa juga. Pada awalnya, saya cuma belajar tentang produk sahaja. Melalui situ, saya mula tahu beberapa benda penting tentang sesuatu produk kesihatan. Seterusnya, saya mula faham konsep untuk capai keseimbangan dalam penjagaan kesihatan. Sikit demi sikit, hasil dari pembelajaran saya melalui pendidikan sains yang diperkenalkan pasukan saintis USANA, saya dapat tahu serba sikit tentang kebolehan sesuatu produk itu untuk bantu dalam masalah kesihatan manusia. Dari perasaan ingin tahu kepada perasaan ingin membuat sesuatu yang lebih berguna kepada diri saya dan orang ramai, maka tercetuslah keinginan saya untuk berkongsi idea & pengetahuan saya ini kepada kawan-kawan saya pula.

 

Dari sinilah saya bentukkan cara perkongsian itu melalui penulisan di blog seperti ini hari ini. Alhamdulillah, syukur kepada tuhan kerana saya diberi saat masa & umur demi menyampaikan sumber maklumat ini di sini. Saya harap, dengan penulisan saya ini, bukan setakat saya sahaja yang boleh simpan maklumat ini untuk digunakan semula, bahkan orang lain juga turut terima faedah dari tulisan ini. Tapi, saya nak nyatakan juga bahawa sebarang penulisan yang saya hasilkan di sini, anggaplah bukan dari saya. Sebab, semua pendidikan dan ilmu yang dikongsi ini datangnya dari pakar saintis USANA Health Sciences juga.

 

Sebarang pertanyaan langsung, anda boleh hubungi saya melalui peti inbox whatsap saya. Jika anda melewati blog saya untuk melihat produk-produk suplemen yang saya jual anda boleh ke web kedai online saya ini di laman web selularnutrisi.usana.com ini untuk terus dengan pembelian secara online. Terima kasih kerana sudi melawat saya dan blog saya di sini.

 

 

Ask the scientists USANA Education

Blog Whatsup USANA

Laman web Mayoclinic

Laman web Sanoviv Institute

Laman web rasmi USANA Health Sciences

 

*Kenyataan-kenyataan seperti ini tidak dinilai oleh FDA(Food & Drug Administration). Tidak diniatpun bahawa produk ini bertujuan untuk tujuan diagnos, rawat, pulih, atau mencegah mana-mana penyakit sekalipun.

Popular posts from this blog

Proflavanol C100 - Kekuatan Vitamin C Generasi Ketiga + Ekstrak Biji Anggur

CoQuinone® Bahan Bakar Sel Menguatkan Hidup Anda

Sistem Kardiovaskular