CoQuinone® Bahan Bakar Sel Menguatkan Hidup Anda

 

USANA® CoQuinone® 30 dan CoQuinone 100 Bahan Bakar Sel Anda Menguatkan Hidup Anda*

 

USANA® CoQuinone® 30 CoQuinone 100

  Berikan pusat janakuasa selular anda dengan makanan yang mereka perlukan untuk pastikan anda jadi bertenaga, serta menerima perlindungan antioksidan yang kuat dengan coenzyme Q10 dan asid alfa-lipoik.*

 

Jantung anda berdegup. Otak anda hantar isyarat. Sistem pencernaan anda proses makanan. Sebaliknya tenaga yang diperlukan untuk anda jana kekuatan tenaga anda untuk setiap aspek kehidupan anda bermula dari sel anda. Dan sel-sel anda perlukan bahan

yang betul-betul segera untuk jana tenaga tersebut. Malangnya, dengan usia, badan anda mula memperlahankan proses pengeluaran sumber sel anda itu. Berikan sel anda rangsangan untuk bantu mereka-termasuk anda sendiri-agar bersama-sama menggembeling tenaga dengan penuh pantas demi merebut USANA® CoQuinone® 30 dan CoQuinone 100.*

Mengekalkan penjagaan simpanan-simpanan tenaga sel adalah penting untuk hampir setiap bahagian tubuh anda. Suplemen tambahan unik seperti ini bakal menguasai hidup anda dengan menggabungkan bentuk coenzyme Q10 (CoQ10) mudah serap ini dengan asid alfa-lipoik demi manfaat yang maksimum. Selain itu, kedua-dua nutrien memberikan aktiviti antioksidan yang dominan untuk membantu melindungi sel-sel anda daripada kerosakan, supaya ia boleh berfungsi dengan kuasa optimum.*

CoQuinone boleh membantu memberikan sokongan yang sangat baik untuk:

  • Kesihatan selular dan fungsi selular*
  • Kesihatan untuk pelbagai organ dan tisu, termasuk jantung*
  • Fungsi otot*

Satu kajian kecil menunjukkan bahawa menambah 300 mg CoQ10 dapat bantu kurangkan beberapa gejala keletihan sewaktu kerja yang lasak dilakukan. Tetapi secara am pula, dos harian USANA CoQuinone tidak akan buat anda beri rangsangan (sementara) yang agak kuat untuk jana tenaga jika dibanding seperti rangsangan dari 'tembakan' kafein. Tetapi jangan diperlekeh, CoQuinone USANA sebaliknya adalah satu cara yang baik untuk bantu sel-sel anda terus jana tenaga tulen yang asli yang mana mereka perlukan untuk bakar tenaga badan yang sihat setiap hari.* Dah cuba nanti pasti anda perasan dan nampak kesan perbezaannya nanti.

CoQuinone mengandungi CoQ10 dalam bentuk ubiquinone yang berkeupayaan soluble (bermaksud ia formula untuk melarut). Ia dihasilkan secara mikrobiologi dalam proses penapaian, kemudian ia disaring. Formula USANA yang unik ini memang mempunyai kebolehan penyerapan yang sangat baik, kerana ia menyediakan antioksidan penting ini dalam rupa bentuk lipid(lemak) yang bercampur dengan emulsifier semulajadi(penggabung sebatian dua unsur berlawanan sifat menjadi satu gabungan yang bercantuman) bersama dengan rantaian trigliserid yang sederhana bentuknya.

Ambil satu(1) hingga dua(2) kapsul set CoQuinone 30 sehari. Atau, ambil dos seharian penuh cuma dengan satu(1) gelcap sahaja dengan set CoQuinone 100.

Button Text

 

 

Coenzyme Q10 (CoQ10) dijumpai di seluruh badan anda. Anda mungkin mengatakan ia ada di mana-mana, dan anda betul. Itulah sebabnya CoQ10 juga dikenali sebagai "ubiquinone."

CoQ10 secara semula jadi dibuat oleh badan dan tertumpu pada membran sel. Khususnya, membran mitokondria. Struktur istimewa organel ini merupakan lokasi tapak untuk setiap sel yang mana tenaga mereka dijanakuasakan. Merekalah loji jana kuasa selular anda.

Untuk berfungsi dengan betul, tak dapat tidak, setiap sel dalam badan anda dijanakuasakan oleh tenaga. Makanan yang anda makan adalah sumber utama bahan api ini. Tenaga dijana apabila ikatan kimia molekul makanan dipecahkan. Ini berlaku dalam satu kitaran kompleks yang akhirnya menghasilkan generasi molekul baru yang boleh digunakan dan disimpan dalam mitokondria: adenosine triphosphate (ATP). Proses ini memerlukan banyak langkah dan banyak nutrien. CoQ10 adalah bahagian penting dalam proses ini.

CoQ10 berfungsi macam ahli-ahli dalam pasukan pecut baton silih berganti dalam ertikata seperti rantai pengangkut elektron-iaitu satu siri reaksi untuk mencipta tenaga baru. Disebabkan ianya larut lemak, ia boleh bergerak bebas di seluruh lipid (lemak) sepanjang lapisan-lapisan membran sel anda. Oleh itu, secara ringkas, CoQ10 membantu menyokong pengeluaran ATP dalam tiga langkah:

  1. Ia mengambil elektron daripada satu kumpulan protein
  2. Ia dengan cepat mengangkut elektron ke lapisan lipid
  3. Ia memberikan elektron kepada kumpulan protein lain

Sebaik setiap pemindahan ini berlaku, reaksi tersebut keluarkan tenaga yang mana akan disimpan dan digunakan sebagai ATP.

Ok, persoalan mula timbul, badan anda sudah secara semulajadi hasilkan CoQ10 untuk menyokong kitaran penjanaan tenaga. Jadi mengapa anda perlu menambahnya dengan cadangan suplemen lagi?

Ketika anda masih muda, badan anda menyimpan atau menghasilkan sejumlah CoQ10 yang banyak. Kemuncaknya (untuk kebanyakan organ) ialah setakat sekitar usia 20. Kemudian, bila dah semakin berusia, ia secara beransur-ansur mula menyusut. Bilamana anda mula cecah lapan puluhan, sel-sel anda dah kekurangan hampir daripada separuh daripada apa yang sel-sel anda boleh lakukan ketika usia dua puluhan tadi. Selain itu, CoQ10 mungkin cepat habis oleh beberapa faktor lain juga, termasuk status keseluruhan diet anda serta disebabkan tahap vitamin B, vitamin C, dan selenium yang tidak mencukupi.

Anda boleh bantu sel-sel anda untuk bertindak dengan cekap dan muda. Berikan mereka apa yang mereka perlukan untuk mereka mampu janakan tenaga dengan set CoQuinone. Diperbuat dengan bentuk CoQ10 mudah diserap bertahap tinggi kuasa serapannya, CoQuinone juga boleh bantu menambah stok simpanan sel yang ada CoQ10 untuk anda. Bantuan-bantuan ini akan dapat pastikan yang usaha kerja keras sel anda selama mereka bekerja itu akan dibekalkan dengan begitu banyak tenaga, supaya mereka dapat kekal sihat-hasil dari tenaga bekalan tadi agar berkekalan sihat.*

 

Gabungan CoQ10 dengan asid alfa-lipoik menjadikan CoQuinone lebih berkesan daripada CoQ10 berseorangannya sahaja. Asid Alpha-lipoik secara langsung membantu enzim dalam mitokondria untuk tukar glukosa kepada tenaga. Jadi, bila bersama-sama, nutrien ini bahkan berikan lebih banyak sokongan untuk fungsi mitokondria yang sihat serta penghasilan tenaga.*

Kedua-dua nutrien ini boleh didapati dalam kebanyakan diet ramai-ramai, tetapi mereka mungkin tidak pada tahap, cukup untuk nampak betul-betul berbeza dalam proses nak menghidupkan tenaga selular. Jadi suplemenlah cara mudah untuk bantu tingkatkan tahap tersebut.

Namun membantu dalam penghasilan tenaga bukanlah satu-satunya tugas asid alfa-lipoik dengan CoQ10 dalam menyokong fungsi mitokondria. Dengan bersama-sama, mereka ini juga tawarkan pertahanan antioksida yang sangat kuat-melengkapkan aktiviti proses pembersihan mitokondria-untuk mengekalkan integriti dan kecekapan selular pada tahap kemuncak sekali.*

Proses merosakkan radikal bebas merupakan hasil kesan sampingan daripada proses pemindahan elektron yang berlaku semasa tenaga dihasilkan. CoQ10 dan asid alfa-lipoik boleh meneutralkan radikal bebas ini untuk melindungi struktur mitokondria dan fungsi tersebut dari kerosakan. Aktiviti ini adalah kunci untuk mengekalkan kesejahteraan seseorang untuk jangka panjang.

Perlindungan terhadap kerosakan oksidatif telah dikaitkan untuk menyokong banyak aspek penuaan yang sihat, termasuklah mengekalkan fungsi kognitif dan mengekalkan kulit yang sihat.*

CoQ10 menyaingi aksi fungsi antioksidan vitamin E dan vitamin C. Ia turut bantu hidupkan semula serta mengitar semula vitamin E. Asid Alpha-lipoik bertindak seperti antioksidan super, melawan radikal bebas di dalam sel dan di luar membran sel. Yang paling bestnya, bahkan paling menggembirakan, ia bantu dalam proses pengeluaran salah satu antioksidan semulajadi dalam badan anda-iaitu, glutathione. Bahkan, ia juga bantu sel-sel anda mengitar semula CoQ10. Jadi dengan bersama-sama, isi bahan-bahan ini berikan pertahanan kuat yang dominan terhadap tekanan oksidatif yang mana jika tak diambil perhatian boleh memperlambatkan enjin tenaga sel anda nak berfungsi.*

Setiap sel perlu kepada ATP, dengan memilih CoQuinone ia jadi satu benda penting untuk kekalkan kesihatan keseluruhan anda. Sesetengah sel akan jadi lebih dahagakan tenaga berbanding yang lain-lain. Bahkan, anda akan mendapati kebanyakan CoQ10 dalam organ dengan keperluan tenaga yang sangat tinggi, antaranya seperti:

  • Buah pinggang
  • Hati
  • Pankreas
  • Limpa
  • Paru-paru
  • Kelenjar adrenal
  • Otak
  • Otot

Ini termasuklah otot anda yang paling penting sekali: iaitu jantung anda. Dengan setiap kali denyutan jantung berdenyut, otot jantung anda guna tenaga untuk kontrak dan rehat bilamana ia mengepam darah ke keseluruhan badan anda. CoQuinone boleh bantu sediakan nutrien-nutrien yang diperlukan untuk bantu proses ini jadi kekal dominan.*

Beberapa ujian klinikal terhadap manusia menunjukkan keberkesanan CoQ10 dalam membantu mengekalkan fungsi kardiovaskular yang baik. Dan manfaatnya menjangkaui manfaat yang pernah didokumentasikan secara baik dalam kesannya terhadap penyampaian sumber tenaga kepada jantung. Penyelidikan juga menunjukkan CoQ10 dapat membantu mengekalkan paras kolesterol yang sihat, asalkan mereka dah sihat untuk bermula dengannya. Ia lakukannya dengan melindungi kolesterol lipoprotein berkepekatan rendah (LDL-kolesterol jahat) daripada pengoksidaan, jadi ia berkemungkinan kurang untuk rosakkan tisu-tisu di sekitarnya.*

Bahan utama:
  • Coenzyme Q10
  • Asid Alpha-Lipoic

Lihat senarai penuh ramuannya:

CoQuinone 30

Penggunaan:

Ambil satu (1) atau dua (2) kapsul setiap hari, sebaik-baiknya dengan makanan.

Jauhi dari kanak-kanak. Rujuk doktor anda jika anda mengandung, menyusu, mengambil ubat preskripsi, atau dalam rujukan mana-mana pengubatan.

Ideal Untuk:

  • Orang dewasa yang sihat

 

 

Tip, Diet & Nutrisi

 

 

 

Suplemen & Nutrisi

 

 

Pengetahuan Am

 

 

 

*Kenyataan-kenyataan seperti ini tidak dinilai oleh FDA(Food & Drug Administration). Tidak diniatpun bahawa produk ini bertujuan untuk tujuan diagnos, rawat, pulih, atau mencegah mana-mana penyakit sekalipun.

 

 

Soalan-Soalan Lazim Mengenai CoQuinone

Ubiquinone ialah sejenis CoQ10 yang ditukar jadi ubiquinol bila dalam badan. Satu ujian dalaman kecil USANA mendapati bahawa formulasi tahap keterlarutan baik pada ubiquinone maupun ubiquinol kedua-duanya sama-sama bermanfaat.

 

Bhagavan HN, Chopra RK. 2007. Plasma coenzyme Q10 response to oral ingestion of coenzyme Q10 formulations. Mitochondrion 7 Suppl:S78-88.

Crane FL. Biochemical functions of coenzyme Q10. 2001. J Am Coll Nutr 20(6):591-8.

Cuomo J, Rabovsky A. 2001. Clinical Research Bulletin USANA Health Sciences.

Kaikkonen J, Tuomainen TP, Nyyssonen K, Salonen JT. 2002. Coenzyme Q10: absorption, antioxidative properties, determinants, and plasma levels. Free Radic Res 36(4):389-97.

Mohr D, Bowry VW, Stocker R. 1992. Dietary supplementation with coenzyme Q10 results in increased levels of ubiquinol-10 within circulating lipoproteins and increased resistance of human low-density lipoprotein to the initiation of lipid peroxidation. Biochim Biophys Acta 1126(3):247-254.

Rosenfeldt FL, et al. Coenzyme Q10 protects the aging heart against stress: studies in rats, human tissues, and patients. 2002. Ann N Y Acad Sci 959:355-9, 463-5.

Sarter B. Coenzyme Q10 and cardiovascular disease: a review. 2002. J Cardiovasc Nurs 16(4):9-20.

Singh RB, et al. 2005. Effect on absorption and oxidative stress of different oral Coenzyme dosages and intake strategy in healthy men. Biofactors 25(1-4): 219-24.

Saini R. 2011. Coenzyme Q10: The essential nutrient. J Pharm Bioallied Sci 3(3): 466-467.

The mitochondrion: electron transport chain. Encyclopedia Britannica [Internet] [accessed 7 May 2018] Available at https://www.britannica.com/science/cell-biology/Regulation-of-RNA-after-synthesis#ref313780

Nicolson G. 2014. Mitochondrial Dysfunction and Chronic Disease: Treatment With Natural Supplements. Integr Med (Encinitas). 13(4): 35-43.

Smith AR, et al. 2004. Lipoic acid as a potential therapy for chronic diseases associated with oxidative stress. Curr Med Chem 11(9): 1135-46.

Langsjoen H, et al. 1994. Usefulness of Coenzyme Q10 in clinical cardiology: A long-term study. Mol Asp Med 15(1): 165-175.

Alleva R, Tomasetti M, Bompadre S, Littarru GP. 1997. Oxidation of LDL and their subfractions: Kinetic aspects and CoQ10 content. Mol Asp Med 18(1): 105-112.

Mohr D, Bowry VW, Stocker R. 1992. Dietary supplementation with coenzyme Q10 results in increased levels of ubiquinol-10 within circulating lipoproteins and increased resistance of human low-density lipoprotein to the initiation of lipid peroxidation. Biochim Biophy Acta 1126(3): 247-254.

Mizuno K, et al. 2008. Antifatigue effects of coenzyme Q10 during physical fatigue. Nutrition 24(6): 293-9.

Liu J. 2008. The effects and mechanisms of mitochondrial nutrient alpha-lipoic acid on improving age-associated mitochondrial and cognitive dysfunction: an overview. Neurochem Res 33(1): 194-203.

Baker SK, Tarnopolsky MA. 2003. Targeting cellular energy production in neurological disorders. Expert Opin Invest Drugs 12(10): 1655-1679.

Comhaire FH, Vermeulen L, Monsieur L, Hinting A. 1989. Determination of adenosine triphosphate in human semen to estimate the fertilizing potential and to quantify sperm antibodies. J Biolumin Chemilumin 4(1): 399-405.

Nadjarzadeh A, et al. 2014. Effect of Coenzyme Q10 supplementation on antioxidant enzymes activity and oxidative stress of seminal plasma: a double-blind randomised clinical trial. Andrologia 46(2): 177-83.

Pandel R, Poljsak B, Godic A, Dahmane R. 2013. Skin Photoaging and the Role of Antioxidants in Its Prevention. ISRN Dermatology Sep 12 [Internet] [accessed 29 May 2018] Available at https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/24159392

Zmitek K, et al. 2017. The effect of dietary intake of coenzyme Q10 on skin parameters and condition: Results of a randomised, placebo-controlled, double-blind study. Biofactors 43(1): 132-140.

 

Popular posts from this blog

Proflavanol C100 - Kekuatan Vitamin C Generasi Ketiga + Ekstrak Biji Anggur

Sistem Kardiovaskular