Sarapan Sihat, Permulaan Yang Sihat

   
 

Menu Apa Ya Pagi Ni?

Selepas satu malam rehat yang elok, anda akan dicaj semula dan anda akan bersedia untuk hari baru. Adalah penting untuk menyemarakkan badan anda dengan tenaga yang diperlukan untuk anda boleh bekerja. Makan sarapan pagi yang sihat adalah pertaruhan terbaik untuk anda dan penentu untuk hari anda sepanjang hari.

Sekalipun anda tak rasa lapar pada waktu pagi, idea yang baiknya ialah untuk makan sarapan pagi yang sihat juga. Dan sarapan anda boleh datang dalam banyak bentuk dan saiz juga. Tetapi ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk maksimumkan kualiti makan pagi anda. Mari kita belajar bersama-sama apa menu pagi yang boleh bantu anda sihat.

 

Jangan Tertinggal Protein & Belajar Cara Mengiranya

Protein merupakan komponen penting juga dalam diet yang sihat. Banyak kajian saintifik menunjukkan bahawa mengambil sarapan yang tinggi pengambilan proteinnya akan mengurangkan keinginan untuk memakan makanan berlemak tinggi dan gula tinggi. Telur, yogurt, dan daging tiada lemak akan menyediakan bahan bakar tenaga yang diperlukan oleh tubuh anda sepanjang hari. Makanan ini kaya dengan protein dan memberikan tenaga yang berkekalan.

Otot anda juga memerlukan protein untuk kekal dalam bentuknya. Jumlah protein yang anda cadangkan setiap hari bergantung pada berat badan anda.

Baik, ini cara untuk anda mengira pengambilan protein pagi anda!

Ia adalah 0.8 gram per kilogram berat (atau 0.36 gram per paun). Untuk dapatkan bacaan nombor anda, darabkan berat badan anda dalam kilogram sebanyak 0.8 atau berat anda dalam paun sebanyak 0.36. Misalnya, jika berat anda 70 kilogram (155 paun), anda perlu dapatkan sekurang-kurangnya 56 gram jumlah protein setiap hari untuk bekalkan tenaga serta kekalkan jisim otot. Bahagikan keperluan protein harian anda tadi itu dengan jumlah berapa kali makanan yang anda akan makan dalam sehari untuk mengetahui berapa banyak protein yang anda perlu hadkan untuk sarapan pagi anda sahaja. Atau, suaikan sukatan tersebut bergantung kepada kekerapan anda tentukan waktu sarapan anda, waktu makan tengahari anda, waktu makan petang anda, ataupun waktu makan malam anda. Samada ia sedikit atau tidak, yang penting mestilah berpandu kepada formula kiraan awal-awal yang saya tunjuk tadi.

Memasukkan cadangan protein ke dalam menu sarapan sihat waktu pagi anda boleh membantu anda di sepanjang hari. Anda akan boleh lawan nafsu keinginan anda daripada niat untuk dapatkan makanan ringan sebelum ini, bahkan anda juga boleh kekalkan jisim otot anda hanya dengan memulakan setiap hari dengan sarapan pagi yang mengandungi menu protein.

 

Pilih Makanan Glisemik Indeks Rendah

Glisemik Indeks adalah satu bentuk pengukuran untuk mengukur berapa cepat badan anda menyerap gula. Samada gula, ataupun karbohidrat, kedua-duanya adalah berpengaruh dan sangat penting dalam diet sihat juga. Tetapi anda perlu berhati-hati dalam memilih karbohidrat yang ingin anda pilih.

Apabila anda pilih pilihan makanan glisemik tinggi, gula darah anda akan meningkat dengan cepat. Ini situasi yang tak sihat dan badan andapun sedar keadaan ini. Kesannya, gula darah ini melepaskan banyak hormon-hormon ke dalam saluran darah kita (antara satu daripada yang paling utamanya ialah insulin) tujuannya untuk libatkan sel-sel anda supaya menyerap gula-gula darah itu, bukan kadar perlahan bahkan dengan cepat sekali.

Bahkan, lebih cepat daripada jumlah penerimaan gula darah anda yang meningkat, akibatnya ia akan jadi tak seimbang & bakal rosak. Ini akan menyebabkan gula darah jadi rendah balik(juga keadaan tidak sihat). Apabila ini berlaku, anda berasa penat dan kehilangan tumpuan. Maklum balas daripada otak anda beritahu anda agar untuk makan sesuatu, apa-apa sahaja makanannya asalkan dengan kadar segera. Akibatnya, anda mencapai perkara yang paling dekat (snek), yang cenderung menjadi pilihan yang tidak sihat juga akhirnya.

Untuk memecahkan perjalanan 'rollercoaster' glisemik ini, pilih karbohidrat yang diserap dengan lebih perlahan untuk memastikan tahap gula darah anda juga jadi rendah. Ini juga akan membantu anda berasa kenyang lebih lama dan akan berikan sumber tenaga untuk tempoh jangka masa yang lebih panjang kepada badan anda (dan otak) bila ia digunakan. Dan disebabkan gula darah anda tidak lagi jadi rosak, anda akan berasa lapar dalam kadar yang lebih perlahan-lahan dan ini memberi anda masa untuk buat pilihan makanan yang lebih sihat pada makanan yang seterusnya nanti.

Ada juga kajian telah menunjukkan bahawa orang yang makan sarapan pagi, terutamanya sarapan pagi berglisemik rendah-akan cenderung makan lebih rendah sukatan kalorinya sepanjang hari.

 

Pilih Tepung Gandum Penuh(Whole Grains) untuk sarapan yang sihat

Sekarang anda arif tentang cara pengambilan protein dan tahu macam mana nak jaganya, mari kita bantu pilih karbohidrat yang sihat dalam sarapan pagi anda pula.

Di sini anda beri tumpuan kepada serat. Ini kerana ia membantu pencernaan dan membuat anda berasa kenyang selepas makan.

Gandum penuh mempunyai kandungan serat yang lebih tinggi daripada gandum-gandum yang diproses dan ia lebih bagus untuk anda. Dengan memilih bijirin gandum penuh, tubuh anda boleh bantu mengekalkan gula darah yang mantap dan boleh mengelak gula darah anda rosak atau situasi penurunan gula secara terkejut atau mendadak. Makanan bijirin gandum penuh membantu mengekalkan kolesterol yang sihat agar berada dalam julat normal dan menyokong kesihatan jantung.

Phytonutrients (nutrien yang asalnya dari tumbuh-tumbuhan) juga banyak di dalam bijirin gandum penuh ini. Mereka juga penting sebab badan anda tak boleh nak hasilkan komponen penting ini. Makan roti gandum bakar, atau bijirin bijirin gandum penuh boleh meningkatkan kuantiti serat dan fitonutrien dalam diet anda dan akan membantu anda kekal kenyang sepanjang hari.

 

Abaikan Jus Buah, Utamakan Buah-Buahan Sebenar Dulu

Jus buah-buahan adalah pilihan yang menyelerakan bilamana nak siapkan sarapan. Malangnya, minuman ini tinggi gula, seratnya pula rendah, dan ada kaitan juga dengan kesan negatif untuk kesihatan.

Jadi, jus bukan pilihan terbaik untuk sarapan pagi yang sihat. Menukar pilihan dengan buah-buahan merupakan pilihan yang lebih berkhasiat. Buah-buahan sebenar boleh berikan kepuasan sebenar untuk menikmati rasa manis gula dan ia mempunyai tambahan untuk manfaat serat, yang mana ianya membantu menyokong pencernaan sihat.

Beberapa contoh buah-buahan terbaik untuk dimakan semasa sarapan antaranya ialah buah beri, buah anggur, dan pisang. Beri dimuatkan dengan antioksidan dan membantu mengekalkan daya & kuasa hidup untuk sistem selular. Buah anggur penuh dengan serat dan mampu mengenyangkan anda lebih cepat jika berbanding dengan pastri dan minuman manis. Pisang dipenuhi dengan pottasium, vitamin C, serta vitamin-vitamin lain dan mineral-mineral lain juga. Mikronutrien ini membantu mengekalkan badan yang sihat dan boleh mengekalkan tenaga anda untuk sepanjang hari. Dan pisang pula mudah untuk dimakan dan dibawa bersama apabila anda tergesa-gesa.

 

Memilih Lemak Dengan Cara Bijak

Bila anda sebut perkataan lemak, bayangan pertama anda mesti ingat lemak itu tak sihat. Betul tak? Tapi, betul ker semuanya tak sihat? Lemak bukanlah satu perkataan yang buruk. Sebenarnya lemak pun salah satu daripada makronutrien penting juga dan keberadaannya pun baik untuk menyediakan sumber tenaga yang mampan juga. Selain itu, lemak pun boleh membantu anda untuk rasa bertahan lebih lama.

Tetapi anda perlu selektif tentang jenis lemak yang anda ingin pilih, kemudian kena berhati-hati pada kalori berlebihan yang ada pada kalori itu sendiri.

Itulah sebabnya tak semua lemak itu dijadikan sama. Lemak trans-contohnya marjerin-harus dielak sama sekali. Untuk lemak yang lain pula, anda harus terlebih dahulu pertimbangkan dari mana sumbernya itu.

Sebiji buah avokado dengan hidangan daging yang dibuat seperti roti pai atau sosej, kedua-duanya mengandungi lemak. Tapi mudah je kalau nak teka mana satu yang baik untuk badan anda. Kalau ikut peraturan biasapun, lemak itu berasal dari tumbuh-tumbuhan, kebiasaannya mereka lebih sihat dan lemak yang berasal dari haiwan kebiasaannya, kurang sihat. Kan?

Jadi, apa lagi? Jangan suka-suka letak lemak semuanya tak sihat. Maknanya, anda kena ingat juga pada lemak ya. Jangan skip. Anda cuma perlu bijak semasa buat pemilihan sahaja.

 

Perlu Teliti Pada Pilihan Minuman Pagi

Apabila anda tengok balik, badan anda perlukan minuman pagi, jadi dapatkan air kosong, air kopi, dan air teh sahaja, bukannya air bersoda, berjus, atau minuman berkafein, kononnya sebab "diet" pilihan. Minuman bergula macam ni akan rosakkan bacaan gula darah anda, akibatnya akan berlaku dehidrasi pada badan anda untuk sepanjang hari, dan dalam soal nak cari minuman untuk diet, keadaan macam tadi tu bahkan boleh buka peluang yang luas untuk badan anda hidangkan dengan lebih banyak makanan yang tidak sihat lagi.

Air memberi kebolehan untuk penghidratan yang berkekalan dan membantu badan anda berfungsi secara optimum. Teh dan kopi merupakan sumber semulajadi untuk tenaga yang boleh meningkatkan kafein dan telahpun terbukti mampu untuk mengaktifkan kawasan otak anda untuk kebolehan berjaga-jaga dan fokus. Bahkan, teh hijau, teh putih, teh hitam, serta teh herba pun memiliki sumber fitonutrien dan antioksidan yang bernilai juga. Komponen-kompenen inipun penting untuk menyokong kesihatan sel dan fungsi imun yang sihat.

 

Padukan Menu Sarapan Pagi Anda Dengan Suplemen Pula

Walaupun anda cuba makan dengan betul, bekalan nutrien anda tidak dapat memenuhi keperluan diet harian anda juga ya. Multivitamin adalah cara cepat dan mudah untuk pastikan badan anda 'curi' semua vitamin dan mineral yang diperlukan bagi memastikan 'enjin' badan anda berjalan dengan lancar.

Suplemen tambahan bernutrisi, sebagaimana disyorkan oleh pakar pemakanan untuk kesihatan anda, sebenarnya boleh disimpulkan bahawa ianya untuk membantu anda menutup jurang perbezaan antara apa yang badan anda perlukan dengan apa yang diet anda boleh berikan untuk anda. Dengan suplemen, badan anda boleh memaksimakan dengan penuh optimum untuk kecekapannya dalam komunikasi antara selular anda, bantu menyokong sistem imun anda, dan bantu anda menukarkan makronutrien yang anda makan (contohnya protein, karbohidrat, dan lemak) ke dalam bentuk tenaga yang diperlukan oleh tubuh anda pada hari tersebut.

Jadi, mulakanlah hari anda pada hari ini juga dengan sarapan pagi yang sihat, dengan disertakan dengan pengambilan set suplemen multivitamin untuk meletakkan badan anda agar berada dalam kedudukan terbaik demi mencapai  impian hari-hari anda ke arah kejayaan sebenar.

 

Cara Mudah Untuk Pilih Sarapan Yang Lebih Baik

Makan sarapan pagi yang sihat tak perlu terlalu pelik dan payah. Perubahan kecil dengan cara menggantikan rutin diet harian semasa(yang dulu) andapun mungkin dah cukup dah untuk nampakkan peningkatan kualiti diet makanan pagi anda itu.

Saya boleh beri contoh. Berikut adalah beberapa cara mudah untuk dapatkan sarapan pagi yang lebih baik hari ini:

  • Gantikan roti putih dengan alternatif kepada roti bijirin gandum penuh.
  • Cuba untuk elakkan bijirin-bijirin pagi anda yang dihidangkan dengan cara segera(contoh macam bijirin segera dengan susu sejuk). Sebab, kadang-kadang tu, apa yang nampak macam pilihan paling sihat tu, cenderung untuk mengubah status makanan anda menjadi makanan berglisemik yang tinggi juga.
  • Cuba dapatkan minuman teh atau minuman sihat yang lain berbanding anda pilih minuman jus. Sekalipun, anda rasa perlukan kepada sedikit perasa manis, cuba gunakan pemanis semulajadi macam stevia atau daripada debunga madu pokok spesis agave.
  • Sekalipun anda tergesa-gesa nak cepat, pastikan set sarapan pagi dalam bekal segera anda itu dah termasuk sekali dengan buah / sayur-sayuran, protein, lemak segera yang betul, serta hidangan berasaskan bijirin gandum penuh atau whole grain. Sepotong buah-buahan, telur yang dah direbus, dan hidangan donut dari tepung gandum penuh akan mengenyangkan perut anda, mengharungi hari sibuk anda, dan hidangan ini bakal membantu anda untuk buat pilihan makanan sihat yang seterusnya. Atau secara alternatifnya lagi, terus bertukar kepada set berglisemik rendah untuk ganti menu pilihan yang lebih cepat, mudah dan sihat.
  • Seterusnya, jangan cuba untuk lupa yang terakhir ini iaitu, mengambil set suplemen multivitamin untuk sarapan setiap hari anda tu. Bila anda selalu ingat untuk ambil set ini, lama-lama nanti ia akan jadi tabiat dengan sendiri, dengan sendirinya juga amalan mengambil vitamin andapun akan jadi mudah untuk diingat setiap hari.

 

 

Tip, Diet & Nutrisi

 

 

 

Suplemen & Nutrisi

 

 

Pengetahuan Am

 

 

 

Anda tau tak? Pengguna baru saya makan USANA melaporkan, pemeriksa beliau terkejut bila tengok keputusan eGFR buah pinggangnya reversed semula? Anda tak nak ke tip reversed CKD macam dia ni apa dia? Kalau nak wasap saya ya

 

Terbaru! Saya singgah ziarah pelanggan saya yang ada masalah diabetik dan CKD. Sebelum ni lepas makan cucuk insulin 11 atau 10 sebab nak kawal gula makanan yang dia makan. Lepas ambil USANA sekali sehari sebelum tidur, kena turunkan pengambilan insulin kepada 7 sebab jadi hypo bila cucuk insulin lepas makan. Anda nak tau apa tip yang saya cadangkan untuknya? whatsap saya sekarang

 

Berkenaan Penulis & Sumber rujukan

Sydney Sprouse adalah penulis sains 'freelance' yang berpangkalan di Forest Grove, Oregon. Beliau merupakan pemilik ijazah sarjana sains tentang biologi manusia dari Utah State University, di mana beliau juga turut bekerja di kampus tersebut sebagai bekas graduan penyelidik ijazah sarjana serta penulis khas rakan sebaya kampus. Sydney merupakan seorang pelajar yang giat dengan semangat kepada sains dan menjadikan pembelajarannya sebagai matlamat untuk menterjemahkan penyelidikan saintifik mengikut berita semasa semaksimal yang mungkin. Beliau menulis secara spesifiknya dalam bidang minatnya kepada topik-topik berkenaan biologi manusia, kesihatan, juga dan nutrisi pemakanan.

 

Berkenaan Blog Ini

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Anda boleh kenal saya dengan panggilan Zaeim. Pertama sekali saya ingin nyatakan di sini ialah berkenaan dengan semangat saya untuk menulis di blog ini, lahir dari sebab keinginan saya yang ingin belajar tentang kesihatan. Ya, perkara pertama yang jadi kepentingan saya dalam hal-hal yang berkait dengan kemajuan hidup ialah, kesihatan. Tiada yang sepenting itu. Pada saya, status nama, pangkat, sijil dan kedudukan bukan pada tempat pertama untuk diutamakan. Tapi, tidak bermaksud untuk mengabaikan kesemuanya terus. Sebab, dalam satu babak, kadang-kadangnya, melalui nama juga anda boleh membeli kesihatan yang baik. Begitu juga dengan pangkat, sijil dan sebagainya. Mereka mungkin saling diperlu dan memerlukan antara satunya. Jadi, perlu pertimbangkan dengan neraca yang seimbang antara mengambil salah satu darinya atau dapatkannya semua walaupun sedikit. Bak kata ahli hukama' dalam kaedah fikah Islam, ما لا يدرك كله لا يترك جله, "Apa-apa perintah syara’ yang tidak boleh dilakukan kesemuanya, maka janganlah pula ia ditinggalkan semuanya." Namun, kesimpulannya, semua kepentingan ini tak lari ke jalan terakhir juga, iaitu semuanya akan mencari jalan penyelesaian untuk kesihatan yang baik juga.

 

Perjalanan saya terjun ke bidang penulisan sebegini ini ambil masa juga. Pada awalnya, saya cuma belajar tentang produk sahaja. Melalui situ, saya mula tahu beberapa benda penting tentang sesuatu produk kesihatan. Seterusnya, saya mula faham konsep untuk capai keseimbangan dalam penjagaan kesihatan. Sikit demi sikit, hasil dari pembelajaran saya melalui pendidikan sains yang diperkenalkan pasukan saintis USANA, saya dapat tahu serba sikit tentang kebolehan sesuatu produk itu untuk bantu dalam masalah kesihatan manusia. Dari perasaan ingin tahu kepada perasaan ingin membuat sesuatu yang lebih berguna kepada diri saya dan orang ramai, maka tercetuslah keinginan saya untuk berkongsi idea & pengetahuan saya ini kepada kawan-kawan saya pula.

 

Dari sinilah saya bentukkan cara perkongsian itu melalui penulisan di blog seperti ini hari ini. Alhamdulillah, syukur kepada tuhan kerana saya diberi saat masa & umur demi menyampaikan sumber maklumat ini di sini. Saya harap, dengan penulisan saya ini, bukan setakat saya sahaja yang boleh simpan maklumat ini untuk digunakan semula, bahkan orang lain juga turut terima faedah dari tulisan ini. Tapi, saya nak nyatakan juga bahawa sebarang penulisan yang saya hasilkan di sini, anggaplah bukan dari saya. Sebab, semua pendidikan dan ilmu yang dikongsi ini datangnya dari pakar saintis USANA Health Sciences juga.

 

Sebarang pertanyaan langsung, anda boleh hubungi saya melalui peti inbox whatsap saya. Jika anda melewati blog saya untuk melihat produk-produk suplemen yang saya jual anda boleh ke web kedai online saya ini di laman web selularnutrisi.usana.com ini untuk terus dengan pembelian secara online. Terima kasih kerana sudi melawat saya dan blog saya di sini.

 

 

Ask the scientists USANA Education

Blog Whatsup USANA

Laman web Mayoclinic

Laman web Sanoviv Institute

Laman web rasmi USANA Health Sciences

 

*Kenyataan-kenyataan seperti ini tidak dinilai oleh FDA(Food & Drug Administration). Tidak diniatpun bahawa produk ini bertujuan untuk tujuan diagnos, rawat, pulih, atau mencegah mana-mana penyakit sekalipun.

Popular posts from this blog

Proflavanol C100 - Kekuatan Vitamin C Generasi Ketiga + Ekstrak Biji Anggur

CoQuinone® Bahan Bakar Sel Menguatkan Hidup Anda

Sistem Kardiovaskular