"Suplemen tambahan boleh disimpulkan bahawa ianya untuk membantu anda agar menutup jurang perbezaan antara apa yang badan anda perlukan dengan apa yang diet anda boleh berikan untuk anda.
Pemakanan nutrisi yang baik main peranan penting untuk setiap kesihatan badan manusia.
Kesihatan yang berseri-seri bermula dengan sel-sel yang dipelihara dengan baik."
USANA Magnecal D - Formula Cermat
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
-
Tingkatkan Kesihatan Tulang Anda dan Atasinya Dengan USANA® MagneCal D™
Kukuhkan
tapak asas gaya hidup aktif anda dengan suplemen direka cermat
khusus untuk membina kesihatan tulang anda secara seimbang.*
Memang
tak boleh disangkal lagi, kalsium, magnesium, dan vitamin D
adalah penting untuk kesihatan seharian anda. Berita
baiknya ialah berkenaan dengan kaji selidik tentang diet apabila data
menunjukkan kebanyakan orang awam mengambil lebih banyak
kalsium sekarang
berbanding berdekad-dekad sebelum kebelakangannya. Tapi berita
buruknya pula tahu tak apa? Penggunaan mineral kalsium
secara keseluruhannya masih lagi rendah, kurang sedikit
berbanding jumlah cadangan makanan yang optimum. Dan
kebanyakan orang bacaannya jatuh rendah masih jauh di bawah
paras pengambilan sebenar untuk mineral magnesium atau vitamin D.*
Dengan mengambil kalsium lebih banyak daripada
magnesium, anda mungkin jadi tak seimbang kerana, menurut para
penyelidik, ia beri kesan negatif terhadap kesihatan bila situasi
pada masa jangka panjang anda nanti. Pusat Pendidikan dan
Penyelidikan Magnesium mencadangkan sesuatu yang hampir dengan
nisbah 2: 1 kalsium kepada magnesium setiap hari-samada ianya dari
makanan yang anda makan di rumah maupun dari makanan suplemen anda.
Vitamin D adalah satu lagi nutrien lain yang
terus menerus menunjukkan faedah sehingga sebanyak 125 mcg sehari.
Dan ia turut berulang kali ditunjukkan bahawa kalsium itu
sangat bermanfaat apabila diambil bersama dengan vitamin D dan magnesium.*
Kisah tentang ketiga-tiga zat ini panjang, cerita pendeknya: anda mungkin
perlukan lebih banyak lagi zat
magnesium dengan zat vitamin D walaupun anda sudah sediakala
selalu mendapatkannya melalui diet. Cuma
tidak semestinya untuk lebih banyakkan kepada kalsium.*
Sekalipun, mujurlah, nak tambah
nutrien-nutrien ini mudah sangat dari diet sahaja. Lagipun,
inilah salah satu cara terbaik juga untuk capai tahap yang
lebih sesuai dengan sukatannya. Namun walau bagaimanapun,
kebanyakan daripada produk suplemen berasaskan kalsium
mengandungi lebih banyak mineral kalsium berbanding zat
magnesium-menjadikan ketidakseimbangan mereka jadi lebih
teruk. USANA® MagneCal D ™ datang dalam kemunculan yang
berbeza dari lain-lainnya. Ia menawarkan nisbah 1: 1
magnesium dan kalsium.*
Nisbah yang sama ini bermakna anda mendapat lebih banyak
mineral magnesium-tetapi tak banyak pada mineral kalsium
tambahan-untuk membantu anda lebih dekat dengan nisbah
keseluruhan biar jadi 2: 1.(Maksudnya sukatan itu bersangkut
paut dengan keperluan zat yang badan(sel-sel) anda nak,
bukan dari keperluan yang anda nak, ada beza pada kehendak
sebenarnya.
Tambahannya pula, anda akan dapat
tahap vitamin D yang lebih maju ke depan. Dengan pengambilan
secara bersama-sama untuk kesemua nutrien tadi, formula ini
memberikan keseimbangan yang lebih baik yang sepadan dengan
keperluan pemakanan hari ini.
MagneCal D boleh membantu anda mengekalkan banyak aspek
kesihatan yang baik untuk anda.* Antaranya seperti berikut:
Tulang dan gigi akan jadi kuat &
kaya dengan mineral-mineral*
Otot dan saraf jadi berfungsi
dengan sihat*
Metabolisma tenaga*
Kesihatan untuk sistem
kardiovaskular*
Suplemen yang berstatus formula halal, juga
berstatus
formula kosher ini, merupakan
pelengkap yang sangat baik untuk dipadankan dengan set
USANA® CellSentials™. Secara bersama-samanya, bila
ia diambil bersama-sama dengan suplemen MagneCal D,
kedua-duanya akan membantu beri anda jumlah nutrien yang
optimum melalui cara penyerapan yang sangat cemerlang
diikuti dengan pencapaian untuk keberkesanannya yang
lebih maksimum.*
Kalsium dan
magnesium penting untuk macam-macam jenis proses yang
bersangkut dengan fisiologi yang mana ianya membuatkan
anda untuk jadi lebih kekal sihat. Kalsium merupakan
mineral yang paling banyak di dalam tubuh anda. Walaupun
magnesium nampak tak banyak, namun iapun tak kurang
dengan kepentingan-kepentingannya juga. Magnesium memang
betul-betul penting untuk kesihatan anda juga sebenarnya.
Bayangkanlah, kehadirannya saja, diperlukan kerana untuk
mengaktifkan lebih daripada 300 jenis tindak balas enzim.
Salah satu daripada tindak balas tersebut ini
termasuklah membantu tubuh anda untuk mencipta sesuatu,
contohnya seperti menghasilkan protein, menghasilkan
pembentukan DNA, RNA, dan glutathione.*
Kebanyakan
kalsium dan magnesium dalam badan anda disimpan dalam
rangka tulang anda. Malah, 99 peratus kalsium sebenarnya
ada dalam gigi dan tulang. Di situ, sekitar 60 peratus
magnesium disimpan di sana. Lebihan baki kalsium dan
magnesium yang tinggal lagi terdapat di dalam tisu dan
aliran darah anda.*
Tahap kalsium dan magnesium dalam aliran darah anda
dikawal ketat oleh badan anda. Kalsium dan magnesium
ditarik dari tulang anda apabila diperlukan untuk
kekalkan paras yang kukuh. Proses ini dipanggil "penyedutan(resorption),"
bermakna badan anda menyedut semula bekalan mineral
tersebut dari simpanan tadi. Ini juga merupakan bahagian
utama untuk proses pembentukan semula tulang yang
normal, di mana badan anda akan cuba untuk memprogramkan
kemudian memperbaharui semula tulang baru.*
Proses renovasi tulang ini memerlukan jumlah
magnesium, kalsium, dan vitamin D yang mencukupi yang
diambil dari diet untuk membantu supaya proses
pembaharuan tulang itu jadi betul. Kesemua
nutrien-nutrien ini berfungsi secara seiringan begitu
juga bersama-sama dengan beberapa lagi unsur-unsur lain
seperti fosforus, silikon, dan boron — bagi memastikan
penggunaan dan penyerapan kalsium itu tadi jadi
betul-betul sempurna.
Magnesium juga jadi kofaktor(faktor-faktor pembantu)
yang membantu tubuh untuk menggunakan vitamin D.
Maknanya, kalau anda tak boleh dapat kalsium, magnesium,
dan vitamin D yang betul-betul cukup dari diet yang anda
ambil, kemungkinan tahap darah dan tulang anda boleh
terjejas.*
Sekiranya anda jenis tak makan banyak makanan jenis
dari hasil tenusu, sayur-sayuran berdaun hijau, kekacang,
atau makanan yang diperkayakan zat, anda mungkin tidak
mendapat kalsium, magnesium, atau vitamin D yang cukup.
Selain itu. jika anda minum kopi, soda, atau alkohol ia
juga boleh mengurangkan tahap magnesium anda. Dan jika
anda kerap memakai pelindung matahari atau kurang dengan
pendedahan cahaya matahari pagi, anda mungkin memerlukan
lebih banyak lagi bekalan vitamin D.*
MagneCal D membantu meningkatkan pengambilan makanan
anda untuk membantu membina simpanan tulang kalsium dan
magnesium anda. MagneCal D mengandungi campuran mineral
penting dalam bentuk sitrat dan karbonat. Bila mereka
boleh ada sekali secara bersama-sama, campuran mereka
ini boleh lakukan penyerapan dengan baik bahkan ia boleh
melembutkan sistem pencernaan anda.
Menambah vitamin D membantu memastikan tubuh anda
boleh menggunakan kalsium dengan berkesan. Ini adalah
tambahan kepada manfaat vitamin penting untuk fungsi
selular dan kesihatan tubuh secara keseluruhan.
MagneCal D menggunakan vitamin D3 dari
cholecalciferol-bentuk yang sama seperti vitamin D yang
secara semula jadinya boleh dihasilkan dalam badan anda.*
MagneCal D juga mengandungi silikon dan boron.
Silikon boleh ditemui di kawasan yang aktif dengan
aktiviti-aktiviti pertumbuhan yang mana ia dianggap
untuk mempromosikan pertumbuhan tulang dan
mempercepatkan pengambilan mineral. Mineral juga boleh
memberi kestabilan kepada tisu penghubung. Boron pula
boleh memainkan peranannya dalam penyelenggaraan tulang
dengan mengurangkan pembaziran mineral kalsium dan
meningkatkan pemendapan kalsium dalam tulang.*
Sistem tulang rangkalah penyokong
terbesar anda-iaitu sumber kekuatan dalaman anda. Secara
tersuratnya, dialah yang menampung isi berat dunia-dunia
anda yang sedang anda corakkan. Sistem yang memiliki
hubungan yang saling berkait ini terdiri lebih daripada 200
jenis tulang begitu juga tendon, ligamen, dan tulang rawan
yang saling berhubungan dengan mereka.*
Tulang merupakan bahagian utama dalam
sistem kerangka anda. Merekalah yang memberikan struktur
untuk badan anda serta yang menyaluti untuk melindungi organ
dalaman anda. Tulang jugalah tapak pengeluaran kepada sel
darah merah anda. Dan seperti yang disebutkan di atas,
tulang anda menyimpan mineral yang diperlukan untuk
menyokong banyak proses fisiologi.*
Tulang anda diperbuat daripada tisu
penghubung yang keras dan padat pada lapisan luarnya
kemudian lapisan dalamannya pula lembut, lebih ringan dan
kurang padat, malah lebih cenderung untuk sentiasa
berubah-ubah. Jadi selalunya, struktur rangka secara
keseluruhnya berubah-ubah. Tulang baru sentiasa dibina untuk
menggantikan tulang lama yang sudah rosak. Dalam julat 10
tahun, anda akan mempunyai sistem rangka tulang yang baru.*
Satu masa, anda akan capai jisim tulang yang terhad dan
kemuncak pada awal usia dewasa. Sebab itu, anda akan lakukan
semua benda yang anda nak untuk membina semula tulang anda
walaupun hingga dah lewat dua puluhan. Jadi, buatlah apa
yang anda mampu buat untuk jaga apa yang anda hadapi ketika
itu. Sebenarnya, jisim tulang anda akan beransur-ansur mula
merosot berkurangan selepas kira-kira berumur 25 tahun ke
atas. Dan, sebagai sebahagian daripada proses penuaan
normal, wanita yang sudah alami situasi selepas menopaus
lebih-lebih lagi akan mula kehilangan jisim tulang lebih
cepat.*
Mengekalkan tulang yang kuat, sebenarnya bergantung kepada kalsium dan
magnesium yang cukup bilamana nak lakukan proses pembentukan semula
tulang tersebut.
Tapi jika badan anda secara konsisten menggunakan lebih banyak
nutrien itu berbanding secara konsisten menggantikannya
semula, ini boleh menyebabkan kehilangan
tulang juga.*
Jika anda kehilangan jisim tulang
terlalu banyak atau badan anda tidak membuat tulang baru
yang cukup, ia boleh mengakibatkan kelemahan, osteopenia (tulang
lemah), atau osteoporosis. Perkataan untuk keadaan perubatan
ini bermaksud "tulang berliang/poros." Ini menyebabkan
tulang menjadi rapuh dan lemah akibat daripada kehilangan
tisu. Tulang jadi terlalu rapuh sampai ke tahap bila
terjatuh walaupun sikit sahaja atau bila tekanan kecil
berlaku pada tulang anda pun boleh menyebabkan patah terus.
Bahkan, dalam kes yang teruk lagi, walaupun batuk atau
bersin sekalipun boleh menyebabkan tulang anda patah. Begitu
juga, tanpa vitamin D yang mencukupi, tulang boleh menjadi
nipis, rapuh, atau membengkok.*
Bantu tulang anda untuk berdiri kuat dengan bantuan MagneCal
D. Menjadikan pengambilan vitamin D dan kalsium yang
mencukupi, sebagai sebahagian daripada amalan diet sihat,
diikuti dengan aktiviti fizikal, boleh mengurangkan risiko
osteoporosis untuk kehidupan anda di masa hadapan. Terdapat
beberapa kajian yang bertumpu kepada kajian berasaskan
populasi telah menjumpai hubungkait yang positif antara
pengambilan magnesium dengan kepadatan tulang untuk
kedua-dua jantina sekali, lelaki maupun wanita. Kajian
bahkan turut membuktikan bahawa pengambilan nutrien-nutrien
MagneCal D yang lebih tinggi ini secara konsistennya
pamerkan manfaat dalam mengekalkan ketumpatan mineral tulang
untuk wanita walaupun selepas menopaus sekalipun.*
Bersama
dengan penjagaan mulut yang baik,
nutrien-nutrien di dalam MagneCal D USANA dapat bantu menyokong gigi
yang sihat juga. Dengan menumpu pemeliharaan
terhadap kepadatan
tulang, ini turut akan membantu melindungi
kesihatan untuk keputihan yang
berseri-seri pada gigi anda. Selain itu,
kalsium bersama dengan sukatan vitamin D
yang mencukupi ada kaitan juga dengan
gusi yang kekal sihat.*
Satu kerangka tulang yang
lengkap,
kekuatannya melebihi kekuatan tulang kecil anda sahaja. Otot-otot anda sendiri pun
dah mula bekerjasama dengan tulang-tulang dan sendi-sendi anda supaya
boleh mengekalkan keseimbangan tubuh anda untuk lakukan pergerakan.
Sistem otot pun dah terdiri di antara rangka tisu-tisu otot,
saluran-saluran darah, tendon, dan saraf.*
Dengan mempromosikan proses mineralisasi tulang dengan cara
yang sihat, ramuan-ramuan di dalam MagneCal D berikan anda
sokongan neuromuskular yang lebih lengkap. Ia bantu
memastikan badan anda mempunyai apa yang diperlukan untuk
otot dan saraf anda berfungsi dengan betul.*
Sel-sel saraf yang dikenali juga sebagai neuron motor main
peranan dalam fungsi otot. Caranya, mereka lakukan dengan
menghantar maklumat dari otak, samada memberitahu kepada
otot anda untuk kontrak ataupun untuk rehat. Pada masa sama.
kalsium dan magnesium dalam aliran darah anda diperlukan
untuk reaksi isyarat elektrik semasa penghantaran mesej
berlaku. Jadi, memastikan kedua-dua elemen ini supaya boleh kekal
seimbang akan dapat mengekalkan fungsi otot dengan
cara yang betul juga.*
Vitamin D pun turut juga membantu dalam mengekalkan fungsi
normal sistem saraf anda. Tugasnya membantu mengekalkan
keseimbangan kalsium, bahkan dikaitkan juga dengan sebab
samada untuk pengeluaran protein dan juga pembebasan protein
yang mana ia diperlukan untuk isyarat sel saraf biasa.*
Vitamin yang boleh larut lemak(fat-soluble
vitamin) pun boleh sumbang pengaruh yang hebat juga bagi
menguatkan otot, nak-nak terutamanya pada orang yang berusia
lebih dari 50 tahun. Kajian menunjukkan tahap vitamin D yang
lebih tinggi dalam tubuh dikaitkan dengan keadaan kesihatan
otot yang lebih terpelihara. Mengekalkan otot yang kuat
adalah penting untuk menampakkan prestasi fizikal anda
supaya jadi lebih tahan lama-inilah kunci penting untuk anda
terus aktif dan rasa bebas bergerak di sepanjang hayat.*
Jantung anda adalah organ berotot. Tisu
otot ini bertanggungjawab untuk jadikan jantung anda kontrak
dan berehat supaya ia boleh mengepam darah melalui ke
seluruh badan anda. Jadi, menyokong fungsi otot dan konduksi
elektrik dengan cara yang sihat dapat membantu menjaga
jantung anda supaya berdegup dengan kukuh. (Tisu otot juga
terdapat pada organ dan bahagian badan yang lain, termasuk
sistem pencernaan anda.)*
Inilah salah satu daripada cara MagneCal D bantu menyokong
organ jantung anda.*
Mendapatkan keseimbangan nutrien yang betul merupakan kunci
penentu kepada keupayaan suplemen itu untuk bantu badan anda
mengekalkan kesihatan jantung. Anda tak mungkin nak tambah
dengan kalsium semata sahaja. Anda perlu campuran nutrien
yang boleh membantu memastikan kalsium agar ia boleh
disimpan ke dalam tulang anda.*
Magnesium dan vitamin D, adalah tambahan selain dari kalsium,
merupakan petanda kunci kasih dan sayangnya organ jantung
anda terhadap pemakanan tambahan itu. Tambahan nutrien
vitamin D atau magnesium telah dibuktikan untuk membantu
mengekalkan tekanan darah yang sihat dan normal (sudah
berada dalam lingkungan normal).*
Sejumlah besar magnesium dan vitamin D telah dikaitkan
dengan sokongan untuk aliran darah yang sihat dalam dua cara
penting:
Menyokong fungsi normal
endothelial. Sel endothelial bertanggungjawab untuk
memberitahu pembuluh darah anda samada untuk lakukan
proses pengembangan dengan proses kontraksi. Mereka juga
turut menyokong dalam proses pembekuan darah yang sihat,
yang mana ia perlu kepada ion kalsium untuk berfungsi
dengan lebih baik lagi.*
Menyokong keanjalan arteri.
Keupayaan saluran arteri untuk lakukan pengembangan dan
kontraksi akan membantu mengekalkan aliran darah yang
normal.*
Teman baik yang bijak bagi organ
jantung untuk paduan MagneCal D ialah USANA Vitamin K2. Ia
adalah nutrien penting untuk memastikan kalsium dari diet
anda diserap oleh tulang anda dan bukannya diserap oleh
saluran darah anda. Tindakan ini membantu mengekalkan arteri
yang sihat dan fleksibel bagi melindungi fungsi
kardiovaskular yang normal.*
Sudah tentu, sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat
anda, makanlah juga makanan yang banyak terdiri daripada
buah-buahan dan sayuran, tenusu rendah atau tidak berlemak,
dan kurang lemak untuk membantu melindungi organ jantung
anda.*
Badan anda dapatkan tenaga yang
diperlukan, tujuannya untuk lakukan pelbagai jenis fungsi dari pelbagai
sudut dan sumber. Magnesium dalam MagneCal D membantu
menyokong metabolisme yang sihat untuk penukaran
lemak, karbohidrat, dan gula dari makanan kepada sumber
tenaga yang boleh digunakan.*
Gula ringkas glukosa bertukar kepada glikogen-iaitu sumber
tenaga pilihan yang dituju untuk otak anda, sel darah merah
anda, dan otot anda. Tapi, terlalu banyak gula dalam darah
boleh menjadikannya tak sihat. Sebab itulah pentingnya untuk
hadkan gula yang berlebihan serta karbohidrat yang sudah
diringkas halus yang diperoleh dari diet anda supaya tahap
glukosa darah anda boleh dipastikan dalam lingkungan yang
sihat.*
Tahukah anda?
MagneCal D pun boleh membantu.
Pengambilan kalsium, magnesium, dan vitamin D semuanya
dikaitkan dengan mengekalkan paras gula darah yang normal,
dengan syaratnya nutrien-nutrien tersebut betul-betul sudah
dalam persediaan yang sihat. Kemungkinan ini,
sekurang-kurang sebahagian darinya, disebabkan peranan
nutrien-nutrien ini dalam menyokong kesihatan sel secara
keseluruhan. Mereka juga mengambil bahagian dalam reaksi
kompleks yang melibatkan sistem penyeliaan dalam soal
bagaimana cara badan anda cuba bertindak balas terhadap
gula.*
Magnesium pun bahagian kritikal juga dalam proses
metabolisme yang melibatkan proses janakuasa tenaga sel-sel
anda untuk hidup. Ia sediakan sokongan penting pada
mitokondria sel anda-iaitu pusat jana kuasa untuk selular anda.
Bahkan, magnesium sangat diperlukan lebih-lebih lagi semasa
pengeluaran adenosine triphosphate (ATP) - iaitu bentuk
tenaga yang bertanggungjawab menguatkan fungsi selular.
Bentuk tenaga selular ini mestilah diikat bersama dengan ion
magnesium supaya secara biologinya ia akan jadi aktif.*
Manfaat MagneCal D melampaui kekuatan
tulang kerangka hingga kepada kekuatan dalam bentuk
dalamannya lagi. Kenapa taknya, ia juga turut mampu menyokong 'mood'
yang seimbang.
Mood anda melibatkan interaksi dalaman dengan banyak faktor,
termasuklah genetik dan biokimia, tabiat gaya hidup, serta
pola diet pemakanan. Diet yang sihat memang dikaitkan dengan
mood yang positif. Sebaliknya, pilihan makanan yang tak
sihat dengan nutrien asasi yang rendah juga turut dikaitkan
dengan mood yang buruk.*
Anda boleh sokong kesihatan otak dengan multivitamin yang
berkualiti contohnya seperti CellSentials, yang akan
membantu memastikan anda mendapat pelbagai nutrien-nutrien
penting. MagneCal D pun sama juga membantu anda mengelak
daripada masalah kekurangan dua nutrien yang telah
ditunjukkan tadi agar ia membantu mengekalkan mood yang
seimbang(magnesium dan vitamin D). Kedua-duanya menyokong
fungsi yang sihat untuk otak anda dalam cara berikut:*
Magnesium bantu sokong fungsi
saraf yang sihat. Caranya, neuron menghantar dan
menerima kedua-duanya, isyarat kimia dan isyarat
elektrik melalui penghantar mesej yang dipanggil
neurotransmitter. Mengekalkan fungsi normal untuk proses
seperti ini sangat penting untuk otak dan mood lakukan
aktiviti mereka yang sihat.*
Reseptor untuk vitamin D memang
meluas di dalam tisu otak. Vitamin D dalam bentuk D3
telah terbukti bertindak sebagai
neuroprotective(bersifat pelindung dari kerosakan sel
saraf). Pembekalan suplemen sekurang-kurangnya 600 IU
vitamin dari jenis matahari ini setiap hari (diikuti
gabungan dengan vitamin A) menunjukkan cadangannya ke
arah manfaat dalam pembentukan persepsi untuk manusia. *
Orang dewasa yang normal
mengambilnya dua (2) tablet sekali
sehari(Untuk rakyat Malaysia) atau dua kali
sehari(untuk rakyat US), sebaik-baiknya
dengan makanan.
Sesuai untuk:
Semua orang
dewasa yang berusia lebih 18 tahun ke
atas
Dilulus oleh
badan Halal Ifanca(Formula Malaysia &
Singapore)
Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) telah beri
amaran kepada pengguna supaya menggunakan dos yang
berhati-hati sebelum membeli produk yang diiklankan
mengandungi unsur-unsur isi kandungan "ajaib", yang ada
unsur-unsur kaedah penyampaian baru dan tiada bukti,
atau yang ada perkataan "dijamin" keputusannya.
Kebanyakan "penawar-penawar berkesan yang cepat" ini
tidak dibuktikan, malah dipasarkan secara sembrono,
tiada faedah, bahkan dalam beberapa keadaan itu
mendatangkan bahaya.
Coral Calcium dipromosi kebanyakannya dalam iklan siaran
lewat malam di kaca tv majoritinya berlaku di Amerika
atau program teleshopping melalui televisyen lewat malam
selepas pukul 1am ke atas. Amalan pengiklanan coral
kalsium jenis terumbu laut ini cuba mengeksploitasi dan
memperbesar-besarkan maklumat yang sudah diketahui ramai
berkenaan fungsi kalsium dan cuba mengaitkan manfaat
kalsium tersebut dengan produk "ajaib" yang ingin mereka
tonjolkan dengan penawar-penawarnya yang "ajaib".
Hakikat yang sebenarnya ialah bahawa tak ada kebaikan
pun baik dari sudut penyelidikan saintifik yang jelas
atau menyeluruh mengenai coral kalsium dari terumbu batu
karang laut ini - walhal tentunya sama sekali tak cukup
pun buktinya untuk menyokong tuntutan mereka berkenaan
kononnya ada"hasil ajaib" tadi.
Terumbu karang meliputi kurang daripada 1% dari
permukaan bumi, kemudian ia juga meliputi lebih daripada
25% bahagian untuk semua kehidupan laut (terdiri dari
hidupan lebih 4,000 spesis ikan, 700 spesis batu karang,
kemudian tumbuhan-tumbuhan dan hidupan laut haiwan
lain). Secara faktanya, terumbu karang adalah antara
ekosistem yang paling rapuh dan terancam di dunia, dan
undang-undang yang ketat dikuatkuasakan untuk memelihara
mereka. Oleh kerana ia haram untuk melombong terumbu
karang secara langsung, coral kalsium dari batu karang
ini mestilah berasal dari sumber yang berbeza-beza.
Sesetengah pengiklan-pengiklan coral kalsium membuat
cubaan untuk mengelakkan fakta ini dengan menyatakan
bahawa bahan-bahan isi kandungan mereka itu dilombong
dari batu karang yang sudah tua dan usang yang tertimbus
di dasar lautnya yang mana mereka kenalinya sebagai "tak
tersentuh atau suci"; atau, mungkin dilombong dari "pasir-pasir
kesan fosil batu karang yang sudah terkumpul di dasar
laut;" atau, mungkin juga dikutip dari "sekadar
batu-batu karang yang terdampar di pesisir pantai."
Isi kandungan dalam coral kalsium ini berkisar antara
24% hingga 38% dan terdiri terutamanya daripada kalsium
karbonat. Ini sering dipanggil "aragonite" atau
"calcite" untuk mengelirukan dan mengaburi mata pengguna
supaya mereka memikirkan ia adalah sesuatu yang berbeza
daripada bentuk standard kalsium yang sedia ada bagi
pengguna.
Akhirnya: coral kalsium dari terumbu
karang ini cuma merupakan sumber kalsium karbonat semata.
Selain itu, coral kalsium karang juga dimomokkan sebagai
yang memiliki kadar penyerapan yang unggul. Realitinya,
selagi ia ditabletkan dengan cara yang betul dan diambil
bersama dengan hidangan, kalsium sebenarnya pasti akan
mempunyai kadar penyerapan yang cukup baik, tak kisahlah
apa bentuknya sekalipun. RDA untuk kalsium sebenarnya
berdasarkan kadar penyerapan secara purata, jadi
cadangan pengambilan yang telah disyorkan pun sudah
mengambil kira tentang kadar penyerapan untuk purata
pada orang biasa.
Robert Heaney, M.D., seorang pakar terkemuka mengenai
kalsium, menyatakan, "tuntutan pengiklanan yang saya
lihat pada coral kalsium karang adalah sesuatu yang
pelik. Pada awalnya lagi, apa-apa sahaja bentuk kalsium
itu tidaklah diserap dengan baikpun - dan untuk alasan
baiknya, ini boleh mencegah dari keracunan kalsium yang
berbahaya. Idea bahawa apa-apa kalsium adalah 100
peratus diserap oleh badan adalah tidak masuk akal dan
jika benar, ia akan berpotensi menjurus kepada bahaya.
Secara ringkasnya, inilah yang perlu diketahui oleh
pengguna: badan manusia mengendalikan coral kalsium
karang sama ada ia akan wujudnya bersama dengan tambahan
kalsium yang lain. Lebih penting lagi, ia biasanya
mestilah lebih tertumpu kepada kalsium tambahan
berbanding daripada tertumpu kepada sumber kalsium itu
sendiri. Satu lagi yang perlu tengok, adakah produk itu
mengandungi nutrien-nutrien lain lagi yang diperlukan
untuk capai kesihatan tulang yang optimum (iaitu seperti
vitamin D, silikon, boron, magnesium, vitamin K) atau
adakah ia hanya semata-mata produk kalsium sahaja?
Adakah ia dalam kategori senarai kalsium berat secara
elemental atau kalsium secara berat kompleks? Apa pula
bentuk sistem penghantarannya?
Pengambilan magnesium tambahan yang terlalu tinggi
boleh membawa kepada ketidakselesaan gastrousus.
Sekiranya anda mengalami ketidakselesaan, cubalah
mengurangkan dos harian anda dan beransur-ansur
meningkat ke tahap pengambilan harian yang anda
inginkan.
Kesan buruk kalsium pada orang dewasa telah
diperhati dalam pengambilan yang terlalu kronik
melebihi 2500 mg/hari. Had maksimum yang boleh
diterima untuk orang dewasa berumur 51 tahun dan ke
atas ialah 2000mg/hari.
Tarleton EK, et al. 2017. Role of
magnesium supplementation in the treatment of
depression: A randomized clinical trial. PLoS One
12(6) [Internet] [accessed 20 Mar 18] Available at
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/28654669
Anda pernah ambil tahu tak
rupa-rupanya, masalah CKD(Buah Pinggang Kronik) ini boleh
diterbalik semula kepada paras normal semula? Dalam masa
sebulan anda boleh nampak perkembangannya bila anda ikut tip
ini.
Wasap saya untuk dapatkan tip tersebut
Terbaru! Saya singgah
ziarah pelanggan saya yang ada masalah diabetik dan CKD.
Sebelum ni lepas makan cucuk insulin 11 atau 10 sebab nak
kawal gula makanan yang dia makan. Lepas ambil USANA sekali
sehari sebelum tidur, kena turunkan pengambilan insulin
kepada 7 sebab jadi hypo bila cucuk insulin lepas makan.
Anda nak tau apa tip yang saya cadangkan untuknya?
whatsap saya sekarang
*Kenyataan-kenyataan seperti ini tidak dinilai oleh FDA(Food & Drug Administration). Tidak diniatpun bahawa produk ini bertujuan untuk tujuan diagnos, rawat, pulih, atau mencegah mana-mana penyakit sekalipun...
Top USANA® Proflavanol®C 100 | Profl USANA® Proflavanol®C 100 | Proflavanol C 200 : Dua Jenis Antioksidan Hebat Untuk Kesihatan Sokongan Yang Istimewa USANA Proflavanol® C 100 Proflavanol C 200 Ekstrak biji anggur dan vitamin C disatukan untuk berikan sokongan yang kuat untuk kesihatan kardiovaskular, kesihatan imunisasi, kesihatan kulit, dan banyak lagi.* Trend kesihatan boleh datang dan pergi. Tetapi istilah "superfruit" tetap teguh berdiri seiring dengan peredaran masa dan zaman. Anggur telah lama jadi sumber bioflavonoids —yang ada kebolehan melindungi kesihatan - iaitu, sejenis sebatian tumbuhan yang kuat dan sangat berguna.
Top USANA® CoQuinone® 30 dan CoQuinone 100 Bahan Bakar Sel Anda Menguatkan Hidup Anda* USANA® CoQuinone® 30 CoQuinone 100 Berikan pusat janakuasa selular anda dengan makanan yang mereka perlukan untuk pastikan anda jadi bertenaga, serta menerima perlindungan antioksidan yang kuat dengan coenzyme Q10 dan asid alfa-lipoik.* Jantung anda berdegup. Otak anda hantar isyarat. Sistem pencernaan anda proses makanan. Sebaliknya tenaga yang diperlukan untuk anda jana kekuatan tenaga anda untuk setiap aspek kehidupan anda bermula dari sel anda. Dan sel-sel anda perlukan bahan
Laluan Lebuhraya Sel Darah Merah: Menyelongkar Sistem Kardiovaskular Anda pun tahu 'dub-dub' jantung anda selalu berbunyi kan? Anda pun boleh rasa nadi di pergelangan tangan anda. Ini semua menunjukkan bahawa badan anda masih berjalan. Tetapi darah yang mengalir melalui saluran arteri anda dan perlahan-lahan mengalir di urat anda takkan sampai ke destinasinya secara sengaja tau. Darah, saluran darah, jantung, dan paru-paru, semuanya berfungsi bersama-sama untuk bawa oksigen yang sedang anda nafaskan itu masuk ke seluruh tubuh anda. Hubungan ini dikenali sebagai sistem kardiovaskular, dan ia bekerja 24/7 untuk memastikan anda bergerak. Sistem kardiovaskular anda memang luar biasa. Untuk menghargai betapa keras kerja mereka, mari kita kenal sikit beberapa kosa kata kardiovaskular ini. Sistem kardiovaskular: Rangkaian organ dan saluran darah yang canggih yang bertanggungjawab untuk kesegaran proses kitaran bekalan oksigen dan menggerakkan darah ke seluruh badan anda. S
Comments
Post a Comment