Kamus Vitamin-Vitamin Anda

   
 

Dari A ke K: Kamus Lengkap Vitamin Anda

Image may contain: fruit and food

Anda perlu pada vitamin seolah-olah hidup anda sedang bergantung dengannya. Dah memang ya pun. Vitamin-vitamin—bukan pil-pil atau gula-gula yang macam anda beli atau yang macam anda sangka boleh dapat di kedai atau farmasi tu, tetapi yang dimaksudkan di sini dalam bentuk molekul sebenar tu—maksudnya vitamin-vitamin dalam bentuk molekul sebenar ini adalah penting untuk kehidupan manusia. Badan anda perlukan vitamin untuk mengekalkan kesihatan. Seiringan dengan itu pula, banyaklah juga anda perlukan kepada panduan-panduan untuk kenal tentang maklumat vitamin ini.

Tahniah! Anda telah datang ke tempat yang betul di sini. Anda akan berjumpa dengan maklumat-maklumat asas mengenai mikronutrien penting itu di sini. Belajar apa yang dimaksudkan dengan vitamin itu. Juga, lihatlah sejarah macam mana sains menjumpai penemuan mereka itu. Kemudian, fahamkan bagaimana vitamin-vitamin itu bekerja di dalam badan anda.

Akhirnya, anda akan kenal kesemua senarai vitamin-vitamin yang penting. Gunakan pautan dalam jadual kandungan untuk melompat ke vitamin yang berlainan dan terokai semua bahan penting yang menjaga tubuh anda.

 

 

Selongkar Pengenalan Asas Vitamin

Takrif yang paling ringkas untuk vitamin adalah "bahan yang membantu tubuh anda berfungsi dengan baik." Mereka ini penting(vital) untuk kesihatan hidup anda. Itulah sebab di mana perkataan "vita" dalam vitamin sebenarnya berasal.

Tetapi itu mungkin terlalu asas sangat. Mineral adalah penting untuk kehidupan. Mereka membantu badan anda berfungsi dengan baik juga. Jadi, apa yang membezakan vitamin berbanding mineral?

Vitamin adalah bahan organik yang bertindak sebagai koenzim (bahagian-bahagian enzim bukan protein) dan merupakan komponen penting dalam tindak balas kimia pada selular. Tetapi mereka tidak menyumbang kepada produksi tenaga mengikut cara sepertimana karbohidrat boleh lakukan. Dan mereka bukan juga blok-blok binaan sama seperti asid amino atau lemak.

Vitamin-vitamin ini sebenarnya semuanya mengenai reaksi. Ingat, sel-sel anda pada dasarnya adalah terikat penuh dengan reaksi kimia. Semua reaksinya memerlukan bahan dan jentera. Struktur-struktur pada selular anda itulah jenteranya. Sebaliknya, vitamin-vitamin pula bahagian penting yang merujuk kepada bahan pula. Vitamin-vitamin inilah yang bantu enzim cetuskan reaksi-itulah yang dilakukan oleh koenzim.

Tanpa vitamin, reaksi penting(jumpa perkataan ni lagi) tidak akan jalan dengan cekap. Atau takkan jalan terus. Proses metabolik anda akan ke laut jadinya, dan ia tidak baik untuk mengekalkan kesihatan. Dan itu bermudah-mudahan jadinya.

Oleh kerana mereka begitu penting, anda akan terfikir manusia akan mempunyai sejarah yang panjang untuk faham tentang vitamin. Oh tidak! Hakikatnya, selama beribu-ribu tahun, orang tak tahu menahu pun apa benda vitamin itu.

Pelayar di laut dulu-dulu melihat sebiji citrus(oren) kecil boleh elak penyakit scurvy. Tapi mereka tak tahu kenapa. Akhirnya, para penyelidik mendapati bahawa ketiadaan beberapa bahan mempunyai akibat buruk pada kesihatan juga. Bahan-bahan ini akhirnya diasingkan dan dikenal pasti. Mekanisma-mekanisma hasil kesan dari selular direkodkan.

Apabila vitamin yang baru dipertemukan, ia diletak dengan huruf. (Huruf-huruf bermula pada "A" kemudian langkau sikit daripada "F" kepada "J" dan akhirnya berakhir pada "K.") Tapi hari ini, dah wujud pula bacaan dalam bentuk nilai harian untuk bantu anda elak daripada masalah yang berkait dengan isu kekurangan zat, serta dapatkan maklumat mengenai tahap optimum untuk kesihatan.

Sekarang, sains telah berjaya memperjelaskan bahan-bahan penting ini, dan berjaya tunjuk bagaimana setiap dari vitamin-vitamin itu, masing-masing main peranan yang berbeza dalam badan. Sekarang anda mempunyai maklumat yang anda perlukan untuk merancang satu set program demi kesihatan terbaik anda dengan menggunakan kaedah diet dan suplemen. Terokai maklumat vitamin penting dan lihat mengapa dan bagaimana mereka adalah bahagian penting dalam diet anda.

 

Share This  
Share This  

 

Dua Kategori Utama Vitamin

Vitamin dibahagikan kepada dua kumpulan utama-larut air dan larut lemak. Perbezaannya adalah pada ciri menyerap dengan ciri menyimpan.

Vitamin larut air (iaitu vitamin C dan jenis vitamin B) mudah masuk ke dalam badan dengan sedikit bantuan daripada air. Bahan-bahan tersebut tidak ambil masa yang lama untuk disimpan, dan mereka dikawal ketat oleh buah pinggang anda.

Manakala vitamin larut lemak pula (iaitu vitamin A, D, E, dan K) perlu kepada lemak jika libatkan penyerapan masuk ke dalam badan. Sebaik sahaja mereka dah masuk ke dalam, empat vitamin ini akan diguna atau disimpan untuk kegunaan kemudian-cuba anda teka kegunaan apa? Lemaklah jawapannya. Mereka juga disimpan di dalam organ hati.

Mengenal sama ada vitamin itu larut lemak atau larut air adalah maklumat yang sangat berharga sekali. Cara vitamin tertentu itu samada ia diserap dan disimpan akan bantu anda memahami bagaimana untuk anda optimumkan dos pengambilan anda. Ini mungkin sangat bermakna supaya anda sendiri boleh ambil pendekatan yang berbeza semasa melancarkan perancangan diet makan anda atau semasa melancarkan kesesuaian suplemen anda, supaya dapat capai kadar penyerapan vitamin yang paling maksimum.

Share This  
Share This  

 

 

Vitamin A

Image may contain: food

  • Apakah ia?
    • Bentuk retinol, retinal, dan asid retinoic yang larut lemak.

     

  • Apa yang ia boleh lakukan untuk anda?
    • Perlindungan antioksidan melawan radikal bebas, menyokong untuk pembelahan/pembezaan sel, iaitu sel jadi berkembang membentuk peranan-peranan yang lebih khusus dalam tubuh anda, contoh seperti kesihatan sel mata, kulit, pembahagian semula sel, serta faktor kesihatan pada setiap tisu-tisu di seluruh badan anda.

     

  • Di manakah saya dapat mencarinya?
    • Bentuk retinol Vitamin A terdapat dalam telur, udang, dan produk tenusu.

Vitamin A bukan datang dalam bentuk molekul tunggal, tetapi dalam bentuk koleksi molekul-molekul kompleks yang beri pengaruh ke arah kesihatan. Mari kita mulakan dengan bahagian yang mudah: iaitu tentang kepelbagaian manfaat kesihatan yang telah dikaitkan berkenaan vitamin A.

Huruf A bukanlah bermaksud untuk merujuk kepada perkataan antioksidan, tetapi mungkin perlu juga kalau nak dikaitkan. Molekul di bawah kategori ini bertindak sebagai perlindungan yang kuat untuk melawan radikal bebas. Itulah satu-satunya sebab vitamin A penting untuk kesihatan sel-sel tubuh badan anda secara keseluruhan.

Pengambilan vitamin A ditukarkan kepada bentuk-bentuk yang membantu untuk pertumbuhan sel, pembezaan sel, serta komunikasi. Pertumbuhan dan komunikasi selular cukup jelas, tetapi anda mungkin tidak terbiasa dengan pembezaan. Proses penting ini membantu sel-sel dalam badan anda secara khususnya mengambil bahagian dalam banyak tugas-tugas unik yang bakal dilakukan oleh tubuh anda.

Vitamin A juga telah dibuktikan untuk menyokong tisu yang sihat, kulit, fungsi imun, dan pembiakan semula sel. Tetapi salah satu perkara yang paling penting vitamin ini adalah melindungi mata anda. Vitamin A adalah blok binaan (rhodopsin) protein menyerap cahaya yang penting terletak pada reseptor retina mata anda.

Diet anda akan sediakan dua jenis vitamin A: preformed dan provitamin A. Cara terbaik untuk memastikan mereka lurus adalah preformed vitamin A itu haruslah ditukarkan menjadi bentuk aktif seperti retinol. Karotenoid (pigmen tumbuhan) jatuh ke dalam kategori nutrien jenis provitamin. Beta-karoten adalah contoh yang paling biasa. Ia pada dasarnya  merupakan dua jenis molekul vitamin A yang terikat secara bersama-sama. Oleh itu, ia mudah dan berkesan ditukar kepada retinol. Tak kisahlah apa nama jenis preformed vitamin A sekalipun, kesemua jenis vitamin A jenis preformed ini akan menyediakan tubuh anda dengan jenis retinol selepas penukarannya berlaku di dalam usus anda.

Apapun bentuk vitamin A anda pada mulanya, ia tetap jadi vitamin penting yang larut lemak, baik untuk kesihatan mata, organ dan tisu yang sihat, fungsi imun, kulit anda, dan kehamilan yang sihat.

Share This  
Share This  

 

 

Vitamin B1 (Thiamin)

Image may contain: food

  • Apakah ia?
    • Vitamin B larut air yang berfungsi sebagai koenzim, yang mana penting untuk mempengaruhi diet anda supaya ditukarkan menjadi tenaga kepada sel.

     

  • Apa yang ia boleh lakukan untuk anda?
    • Ia membantu memetabolismakan komponen-komponen diet makanan yang anda makan, menjadikannya sebagai tenaga untuk badan anda. Ia juga menyokong proses pembahagian sel, juga menyokong sistem keseluruhan tubuh badan anda, termasuklah kulit dan otak.

     

  • Di manakah saya dapat mencarinya?
    • Makan beras merah, atau buah skuash boleh berikan thiamin.

Tanpa vitamin B1, tabiat makan anda akan jadi lebih sikit kepada nak mengunyah dan nak merasa makanan. Thiamin-nama lain untuk B1-membantu menukar apa yang anda makan menjadi tenaga yang dapat digunakan oleh tubuh anda.

Peranan ini wujud dalam metabolisma tenaga kerana keupayaannya untuk bertindak sebagai koenzim. Konfigurasi yang berbeza-beza pada thiamin dan fosfat masing-masing dijadikan di dalam usus untuk mempermudahkan lagi peranan vitamin B1 dalam proses metabolisma tenaga. Thiamin diphosphate (dua molekul fosfat yang disambungkan ke molekul thiamin yang bebas) adalah bentuk yang paling penting.

Bentuk thiamin ini membantu enzim-enzim lain untuk memulakan tindak balas kimia yang akan memecah karbohidrat, protein, dan lipid. Proses ini menukarkan kanji, gula, asid amino, dan lemak menjadi tenaga yang boleh digunakan untuk sel-sel badan anda.

Thiamin bukan sahaja terlibat dalam metabolisme tenaga. Ia memberi kesan kepada pengeluaran gula selular menjadikannya penting untuk sintesis DNA dan RNA. Vitamin B1 juga membantu membina asid lemak dan menyokong fungsi sel yang sihat.

Vitamin penting seperti ini disimpan di dalam organ hati, tapi tak lama. Maknanya, anda perlu sentiasa menambah stok anda melalui diet sihat atau melalui bekalan suplemen yang bijak. Mereka yang terpaksa melakukan diet yang terhad(kena pantang) atau contohnya wanita hamil akan berisiko untuk kekurangan vitamin B1 ini. Janganlah rasa takut nak makan terlalu banyak, malah sekiranya dos oral vitamin B1 itu tinggi pun belum menyebabkan kesan buruk lagi. Cuma, peranan dalam gangguan kecil pada status GI(glisemik indeks) memang ada telah dilaporkan boleh berlaku.

Share This  
Share This  

 

 

Vitamin B2 (Riboflavin)

Image may contain: plant and food

  • Apakah ia?
    • Vitamin B larut air yang terlibat dalam tindak balas kimia kompleks untuk pengeluaran tenaga dan proses metabolik lain.

     

  • Apa yang ia boleh lakukan untuk anda?
    • Vitamin B2 berfungsi sebagai sebahagian daripada koenzim yang membantu dalam tindak balas pertukaran apa sahaja yang anda makan untuk bertukar menjadi tenaga supaya dapat digunakan oleh tubuh anda.

     

  • Di manakah saya dapat mencarinya?
    • Produk tenusu, bayam, badam, dan brokoli adalah sumber vitamin B2 yang baik.

Vitamin B2 (juga dikenali sebagai Riboflavin) semuanya berkait rapat mengenai tenaga. Dan ianya berfungsi sebagai koenzyme yang memangkinkan reaksi tindakbalas redox-2 perkataan gabungan pendek yang merujuk kepada 'reduction'(pengurangan) dengan perkataan 'oxidation'(pengoksidaan). Mereka mengalihkan elektron-elektron di antara molekul-molekul yang berbeza semasa reaksi kimia itu sedang berlaku.

Semua reaksi redox ini memerlukan molekul dengan elektron tambahan. Anda mungkin biasa dengan reaksi redox yang berlaku antara antioksidan dan radikal bebas. Mekanisma pemindahan elektron yang sama sedang berlaku di sini, untuk tujuan penghasilan tenaga yang berbeza-beza.

Riboflavin adalah sebahagian daripada dua koenzim pemangkin tenaga: flavin adenine dinucleotide (FAD) dan flavin mononucleotide (FMN). Hafal nama-nama itu tak sepenting mengenal peranan keupayaan koenzimnya untuk menderma elektron dalam reaksi mereka membantu tubuh anda untuk menghasilkan tenaga kesan daripada diet anda.

Apabila badan anda mengurai makanan, ia memecahkan ikatan kimia. Satu sahaja ikatan makanan ini terurai bermaksud pembebasan elektron-elektron sedang berlaku. Salah satu tugas riboflavin adalah untuk menangkap elektron-elektron ini dan bantu memerah setiap bit tenaga terakhir yang terkeluar dari proses uraian tadi supaya badan anda pun boleh ambil untuk menggunakannya dengan elok.

Vitamin B2 tidak hanya membantu dalam metabolisme glukosa, asid amino, dan asid lemak. Riboflavin juga membantu tubuh anda memetabolismakan ubat-ubatan dan steroid, dan membantu menukarkan tryptophan kepada niacin(iaitu satu lagi jenis vitamin B yang akan saya kongsikan kepada anda nanti).

Kekurangan vitamin jenis riboflavin ini dilihat muncul disamping bersama berkurangnya vitamin B yang lain, terutamanya niacin dan pyridoxine. Golongan seperti atlet, golongan pengambil minuman beralkohol, serta golongan wanita hamil berisiko tinggi dengan kes kekurangan zat ini. Tetapi, nasib baiknya riboflavin boleh dijumpai secara meluas dalam diet, tanpa dilaporkan bahawa ia boleh membawa kepada kes-kes vitamin bertoksin kepada badan manusia semula.

Share This  
Share This  

 

 

Vitamin B3 (Niacin)

Image may contain: food

  • Apakah ia?
    • Vitamin B larut air yang terlibat dalam pengeluaran tenaga daripada pengambilan makanan.

     

  • Apa yang ia boleh lakukan untuk saya?
    • Menyokong transformasi makanan menjadi tenaga berguna. Niacin juga menyokong sistem saraf yang sihat, otak, sistem pencernaan, dan kulit.

     

  • Di manakah saya dapat mencarinya?
    • Banyak makanan mengandungi niacin, tapi ayam, sayuran berdaun hijau, jagung, gandum, dan ikan adalah sumber yang lebih baik.

Niacin, seperti kebanyakan keluarga vitamin B yang lain, adalah penting untuk pengeluaran tenaga. Oleh itu, ia membantu menukarkan makanan dalam usus anda ke dalam bentuk tenaga yang diperlukan oleh sel dan badan anda untuk lakukan kerjanya.

Vitamin B3 melengkapkan fungsi penting ini kerana ia adalah sebahagian daripada dua koenzim-nicotinamide adenine dinucleotide (NAD) dan nikotinamide adenine dinucleotide fosfat (NADP). Abaikan nama yang rumit dan panjang ini. Mari kita tumpu pada fungsi mereka sahaja.

NAD dan NADP sangat mirip dengan fungsi koenzim sebagaimana riboflavin juga. Mereka mencetuskan pemindahan elektron dalam reaksi redoks, tapi fokus terutamanya pada pecahan molekul makronutrien. Anda dah boleh nampak kan istilah yang biasa kita sedang guna di sini? Untuk pengetahuan anda, proses pemindahan elektron memang akan menyediakan banyak tenaga yang badan anda akan guna. Jadi vitamin B-terutamanya niacin main peranan penting dalam proses ini.

Jika anda tak dapat niacin dan niacinamide(berasal dari niasin)  yang cukup, anda berada dalam risiko bahaya untuk potensi penyakit pellagra. Tapi, niacin secara meluas boleh dapat dalam makanan seperti tumbuhan dan haiwan, dan pengambilan vitamin B3 pada dasarnya tidak bertoksik jika di bawah 50 mg sehari.

Share This  
Share This  

 

 

Vitamin B5 (Pantothenic Acid)

Image may contain: food

  • Apakah ia?
    • Vitamin B larut air yang penting untuk pengeluaran tenaga daripada diet anda.

     

  • Apa yang ia boleh lakukan untuk saya?
    • Ia adalah sebahagian daripada koenzim (coenzyme A) yang penting untuk mengekalkan kehidupan. Ia main peranan dalam sintesis lemak, hormon, dan komponen darah anda.

     

  • Di manakah saya dapat mencarinya?
    • Makanan berorgan, susu, buah avokado, biji benih, dan brokoli mengandungi vitamin penting seperti ini.

Anda tak bersendirian untuk dapatkan asid pantotenik-juga dikenali sebagai vitamin B5. Ia penting untuk semua mamalia. Nutrien larut air ini disintesis oleh tumbuh-tumbuhan dan bakteria. Ia adalah pendahuluan utama kepada salah satu koenzim yang paling penting dalam badan anda-koenzim A.

Anda akan jumpa majoriti besarnya (95 peratus) daripada koenzim A ini ada dalam mitokondria sel anda(dalam kilang janakuasa sel). Vitamin B5, sebagai sebahagian daripada koenzim A, diperlukan untuk menghasilkan tenaga daripada karbohidrat, lemak, dan protein. Peranan dalam metabolisme tenaga ini agak kompleks-melibatkan beberapa kitaran kimia. Tetapi ia hampir sama dengan cara vitamin B lain yang turut mengambil bahagian dalam pengeluaran tenaga. Jika anda ingin menggali lebih mendalam, lihat bagaimana kitaran Krebs ini boleh berfungsi.

Coenzyme A juga perlu hadir untuk reaksi yang melibatkan sintesis kolesterol, hormon, vitamin A, vitamin D, dan melatonin (hormon tidur). Vitamin B5 juga terlibat, iaitu dalam bentuk koenzim A, untuk pecahkan toksin dalam organ hati anda.

Asid pantothenik sangat mudah untuk dijumpai dalam alam semula jadi, jadi masalah kekurangan zat ini sangatlah jarang. Dan anda tidak perlu risau tentang masalah toksik oral. Tiada yang dilaporkan berlaku kepada manusia.

Share This  
Share This  

 

 

Vitamin B6

Image may contain: food

  • Apakah ia?
    • Vitamin B larut air yang bantu lebih daripada 100 enzim dalam badan anda.

     

  • Apa yang ia boleh lakukan untuk saya?
    • Main peranan ketika tidur (melalui neurotransmitter yang berbeza), fungsi imun, dan kesihatan kardiovaskular. Bantu metabolisma asid amino.

     

  • Di manakah saya dapat mencarinya?
    • Kacang bean, pisang, kentang, daging, dan kacang nut.

Versatile adalah kata kunci untuk vitamin B6. Ia terlibat dalam sekurang-kurangnya 100 reaksi dalam badan anda, dan ia melibatkan banyak bentuk. Kesemuanya membantu membuat koenzim yang membantu dalam metabolisma protein dan asid amino. Koenzim ini membantu memindahkan asid amino, memecahkannya, melepaskan mereka daripada kumpulan atom yang mengandungi karbon, dan banyak lagi.

Semua sel memerlukan fungsi ini, jadi vitamin B6 mempunyai kesan yang meluas pada tubuh anda. Berikut adalah beberapa sistem dan proses penting di mana vitamin ini boleh mainkan peranannya:

  • Transformasi glikogen (molekul gula besar yang disimpan di dalam badan) bertukar menjadi glukosa (gula yang boleh digunakan untuk tenaga)
  • Fungsi imun-dengan menyokong pengeluaran sel-sel imun
  • Modulasi sistem hormon
  • Metabolisma lemak
  • Sintesis neurotransmiter yang memberi kesan kepada sistem saraf anda
  • Mengawal selia sukatan darah homocysteine asid amino, yang mana penting untuk penyelenggaraan kepada kesihatan kardiovaskular.

Tapi, vitamin B6 perlukan riboflavin, niacin, dan zink untuk pengaktifan. Maknanya, anda perlukan keseimbangan vitamin B yang lain disertakan dengan zink untuk selaras dengan makanan dan sumber tambahan vitamin B6 itu. Tapi secara kroniknya jika pengambilan melebihi 100 mg sehari telah dikaitkan dengan kesan yang buruk juga, termasuk masalah ketoksidan berlaku pada sel saraf.

Share This  
Share This  

 

 

Vitamin B7 (Biotin)

Image may contain: 1 person, plant and food

  • Apakah ia?
    • Vitamin B larut air yang mengandungi sulfur dan menyokong pengeluaran tenaga.

     

  • Apa yang ia boleh lakukan untuk saya?
    • Mengatur ekspresi genetik, menyokong rambut dan tulang anda, memudahkan isyarat sel, dan membantu dalam proses yang membuat glukosa dari bahan bukan karbohidrat.

     

  • Di manakah saya dapat mencarinya?
    • Dalam banyak makanan, tetapi terutama ikan, bijirin, yis, hati, dan buah avokado.

Biotin (atau vitamin B7) boleh disebut seolah seperti trik silap mata untuk beberapa bentuk transformasi dalam badan anda.

Secara umumnya, glukosa adalah gula ringkas yang digunakan oleh tubuh anda untuk tujuan tenaga. Selalunya, ia datang asalnya dari karbohidrat. Tetapi biotin inilah yang jadikan dirinya sebahagian daripada reaksi enzimnya menyebabkan sumber tenaga penting ini turut boleh diambil daripada lemak dan protein.

Vitamin B7 juga membantu untuk pengawalseliaan dalam mendedahkan faktor genetik badan anda. Sebabnya, ia boleh mempengaruhi protein penting, yang mana dipanggil juga faktor transkrip (iaitu protein yang bantu untuk membaca kod DNA sel). Kerumitan fungsi biotin untuk DNA tidak berakhir setakat itu saja. Ia juga mengubah protein khas yang ada dalam nukleus sel itu yang mana akan membantu dalam penyusunan DNA. Pekej-pekej proses seperti inilah sebenarnya memberi kesan kepada peraturan genetik badan.

Selain itu, biotin turut berfungsi pada skala yang lebih jelas yang mana, vitamin ini secara tak langsung juga menyokong tulang dan rambut yang sihat.

Isu kekurangan zat ini sebenarnya jarang berlaku. Sebabnya, vitamin B7 boleh disintesis oleh bakteria yang ada dalam usus kita walaupun kita tidak tahu berapa banyak yang boleh anda serap masuk. Biotin juga boleh didapati dalam sepanjang diet anda yang sihat, dan iapun tak ada menunjukkan laporan tindak balas yang boleh membawa kepada kes toksik pada badan. Tapi, dos yang tinggi boleh mengganggu ujian makmal tertentu. Pastikan anda beritahu doktor jika anda mengambil dos biotin yang tinggi sebelum anda menjalani ujian makmal.

Share This  
Share This  

 

 

Vitamin B9 (Folate)

Image may contain: plant and food

  • Apakah ia?
    • Vitamin B larut air yang paling penting untuk membina DNA dan RNA.

     

  • Apa yang ia boleh lakukan untuk saya?
    • Ia mengawal selia metabolisma sel dan pembahagian sel. Ditambah dengan peranannya dalam DNA dan RNA, ia menyokong pertumbuhan tisu yang sihat dan penyembuhan semula sel darah merah dan sel-sel imun. Ia penting untuk perkembangan janin, maknanya ia penting buat wanita hamil serta mereka yang mungkin hamil yang perlu mendapatkan zat folate yang mencukupi.

     

  • Di manakah saya dapat mencarinya?
    • Cari folat dalam kekacang(legumes), bijirin diperkaya, asparagus, brokoli, dan sayur bayam.

Kepentingan Folate semasa kehamilan masuk akal apabila anda mempertimbangkan fungsinya untuk tubuh. Vitamin B9 adalah penting untuk pembinaan DNA dan genetik. Ia juga main peranan penting dalam pembahagian sel. Kedua-dua proses tersebut adalah penting untuk perkembangan sel tisu yang pesat pada janin.

Peranan Vitamin B9 untuk DNA dan pembahagian sel juga penting dalam kitaran sepanjang hayat manusia. Begitu juga hubungan folate dengan koenzim yang mengawal selia metabolisme sel. Sel darah merah dan sel imun anda juga memerlukan folat.

Sekiranya anda tidak mempunyai vitamin B9 yang mencukupi, anda akan berkompromi dengan masalah kesihatan pada kardiovaskular anda secara berisiko. Folat membantu menukarkan homocysteine ​​asid amino kepada methionine. Tahap homocysteine ​​yang tinggi dalam darah telah terbukti akan menjejaskan sistem kardiovaskular anda.

Selain itu, keperluan folat bertambah juga semasa musim kehamilan. Cadangan Diet Pemakanan yang Dibenarkan atau RDA ditetapkan dari 400 mcg untuk wanita dewasa normal hingga kepada 600 mcg untuk wanita yang hamil. Masalah kekurangan nutrien ini semasa kehamilan dikaitkan dengan bacaan berat kelahiran bayi yang rendah serta masalah peningkatan kadar kecacatan pada tiub saraf bayi. Untuk mengelakkan masalah ini, semua wanita yang mengandung harus diberi bekalan tambahan dengan 600 mcg folat sehari.

Share This  
Share This  

 

 

Vitamin B12 (Cobalamin)

Image may contain: food

  • Apakah ia?
    • Vitamin B larut air yang berfungsi sebagai koenzim dalam metabolisma folate dan banyak lagi.

     

  • Apa yang ia boleh lakukan untuk saya?
    • Ia didapati boleh menyokong kardiovaskular dan kesihatan saraf, melindungi sel-sel saraf, serta main peranan dalam sintesis DNA dan sel-sel darah merah.

     

  • Di manakah saya dapat mencarinya?
    • Produk haiwan mengandungi B12 kerana ia hanya boleh dibuat oleh bakteria di saluran gastroususnya. Makanan laut, daging lembu, ikan dan telur adalah makanan yang mengandungi vitamin B12.

Ia satu perkara baik bila anda tak perlu nak rujuk diagram kimia vitamin B12 untuk dapatkan semua faedah darinya. B12 adalah vitamin kompleks yang paling kompleks dan satu-satunya mengandungi logam kobalt-iaitu sejenis logam yang jarang sekali nak dijumpai di dalam badan anda.

Kerumitan itu tak semestinya nak hurai bahawa keupayaan vitamin B12 untuk membantu mengekalkan kesihatan anda dalam cara yang berbagai-bagai saja. Ia sebenarnya membantu dalam:

  • metabolisma folate
  • sintesis DNA dan sel darah merah
  • mengekalkan suasana mood yang normal
  • mengekalkan paras homocysteine ​​yang sihat, yang melindungi jantung dan otak anda

Nak serap vitamin B12 tak mudah juga. Perlukan proses dua peringkat untuk membolehkan anda mengambil B12. Mikroorganisma akan hasilkan B12 anda daripada diet anda, maknanya ia akan datang sekali dengan protein. Mula-mula, badan anda akan pecahkan B12 dari protein yang datang masuk ke dalam badan anda. Kemudian, ia gabungkan vitamin dengan protein yang lain pula, yang dibuat di dalam perut. Tetapi kedua-dua langkah itu berlaku hanya untuk memastikan ia boleh diserap masuk sahaja.

Dari segi status pengambilan B12 pula, biasanya golongan vegetarian dan vegan mudah terdedah kepada kekurangan vitamin B12 kerana mereka tidak memakan produk jenis berdaging-yang mana simpan sumber utama vitamin B ini. Mereka mungkin perlu beralih kepada suplemen. Tidak ada kesan buruk pada mana-mana tahap penggunaan yang pernah direkodkan jika diambil secara berlebihan.

Share This  
Share This  

 

 

Vitamin C (Asid Askorbik)

Image may contain: fruit and food

  • Apakah ia?
    • Vitamin larut air yang bertindak sebagai antioksidan, koenzim, dan pemangkin banyak proses dalam badan.

     

  • Apa yang ia boleh lakukan untuk saya?
    • Melindungi anda daripada kerosakan radikal bebas, menyokong pengeluaran kolagen yang sihat, yang memberi kesan kepada kulit dan tisu penghubung anda di seluruh badan. Vitamin C juga mempunyai hubungan dengan fungsi imun dan kesihatan kardiovaskular.

     

  • Di manakah saya dapat mencarinya?
    • Anda mungkin sudah tahu mengenai vitamin C dalam buah-buahan jenis oren(sitrus). Tetapi anda juga boleh memperolehinya dari bayam, lada benggala, kiwi, sprout Brussels(kubis kenit), buah beri, tomato, dan brokoli.

Vitamin C mungkin salah satu topik yang paling baik sekali kefahamannya bila dikaitkan dengan pemakanan manusia. Dan itu satu perkara yang baik.

Vitamin yang penting akan berfungsi di dalam badan sebagai antioksidan. Ia dengan mudah melepaskan elektron, meneutralkan sebatian yang menyebabkan kerosakan oksidatif. Oleh itu, ia membantu melindungi sel-sel di seluruh badan dan menyokong kesihatan yang optimum.

Kulit adalah salah satu benefaktor utama bagi vitamin C. Ia membantu merangsang pertumbuhan sel kulit dan menyokong pengeluaran kolagen pada kulit. Kolagen adalah protein tisu penyambung yang diperlukan dalam kulit dan seluruh badan. Ia terlibat dalam penyembuhan luka dan membantu mengurangkan penampilan kedut pada permukaan kulit.

Terdapat juga bukti yang cukup untuk menyokong peranan vitamin C dalam kesihatan imun. Vitamin C membantu menggalakkan pengeluaran sel-sel penyerang, seperti leukosit (sejenis sel darah putih). Sel darah putih yang kuat membantu melindungi tubuh anda daripada penceroboh yang merbahaya dan mengekalkan kesihatan. Leukosit juga mengumpul vitamin C untuk melindungi diri mereka daripada oksidan yang mereka guna untuk hancurkan patogen. Vitamin penting dan antioksidan penting menyelamatkan leukosit daripada pengoksidaan sendiri yang membebankan mereka.

Membekalkan dengan vitamin C adalah cara yang baik untuk mengisi jurang yang boleh wujud dalam purata diet. Vitamin C biasanya tidak toksik, tetapi dos yang sangat tinggi (beberapa gram atau lebih) boleh menyebabkan atau menyumbang kepada kanser gastrousus.

Share This  
Share This  

 

 

Vitamin D (Calciferol)

Image may contain: sky, cloud, twilight, ocean, outdoor and nature

  • Apakah ia?
    • Selalunya dipanggil vitamin cahaya matahari. Ia adalah vitamin larut lemak yang juga boleh dicipta apabila kulit terdedah kepada matahari. Dari keadaan biasanya dirujuk sebagai vitamin, ia turut bertindak lebih seperti hormon dalam tubuh anda.

     

  • Apa yang ia boleh lakukan untuk saya?
    • Vitamin D menyokong kesihatan tulang kerana peranannya dalam penyerapan dan penggunaan kalsium. Ia juga menyokong fungsi imun, mood, dan kesihatan kardiovaskular yang sihat-melalui penyelenggaraan tekanan darah yang sihat supaya berada dalam lingkungan normal.

     

  • Di manakah saya dapat mencarinya?
    • Matahari membantu anda membuat vitamin D, tetapi banyak orang masih tak cukup untuk mendapatkannya. Oleh itu, beralih kepada ikan berlemak atau bijirin dan produk tenusu.

Terdapat dua bentuk utama vitamin D. Ergocalciferol dan cholecalciferol dikenali sebagai vitamin D2 dan D3, masing-masing. Vitamin D2 sering dijadikan dan digunakan untuk menguatkan makanan. Badan anda mengeluarkan Vitamin D3 dengan bantuan radiasi ultraviolet B (UVB). Hanya 15-30 minit terdedah kepada cahaya matahari dah cukup untuk menghasilkan jumlah vitamin D. Tetapi bagaimana proses itu berfungsi?

Sinaran UVB dari matahari bertindak balas dengan preform vitamin D yang dipanggil 7-dehidrocholesterol yang terdapat di epidermis kulit anda. Apabila sinaran ini terkena pada 7-dehidrocholesterol, ia mengubah struktur molekul untuk menjadi bentuk vitamin D yang separa-aktif, yang dipanggil sebagai 25-hydroxyvitamin D. Setelah penukaran selesai, 25-hydroxyvitamin D memasuki aliran darah. Hati dan buah pinggang kemudiannya terlibat untuk memastikan vitamin D yang beredar dalam darah itu agar terus diaktifkan lagi ke dalam bentuknya yang boleh digunakan sepenuhnya.

Salah satu kegunaan utama vitamin D dalam badan ialah pertumbuhan tulang yang sihat dengan sistem penyelenggaraan tulang juga yang sihat. Itu berdasarkan kemampuan vitamin D untuk membantu mengawal jumlah kalsium dalam serum darah anda. Keseimbangan kalsium ini dikawal oleh kelenjar parathyroid. Apabila tahap serum kalsium yang rendah dikesan, kelenjar ini membekalkan hormon yang meningkatkan jumlah vitamin D aktif dalam aliran darah.

Peningkatan vitamin D membawa kepada perubahan yang menormalkan kadar kalsium serum. Inilah caranya:

  1. Meningkatkan kadar penyerapan kalsium yang kita ambil dari makanan di usus.
  2. Menggalakkan resopsyen('hisap') kalsium yang ditapis oleh buah pinggang.
  3. Merekrut kalsium dari tulang apabila tahap kalsium diet tidak mencukupi.

Vitamin D juga telah ditunjukkan untuk menyokong fungsi imun yang sihat, mood, dan penyelenggaraan tekanan darah yang sihat supaya berada dalam lingkungan normal.

Benar tubuh anda boleh membuat vitamin D dengan bantuan matahari. Tetapi kekurangan vitamin D-juga isu kekurangan ini-sebenarnya dah jadi biasa dah, terutama sekali anda hidup jauh dari faktor iklim bercuaca khatulistiwa. Faktor seperti ini mempunyai banyak kaitan dengan sudut matahari-iaitu semakin rendah matahari berada di langit, lebih banyaklah UVB atmosfera akan menyaring. Itulah sebabnya vitamin D supplement adalah cara yang berkesan, dan selamat untuk mendapatkan vitamin D yang anda perlukan.

Share This  
Share This  

 

Vitamin E (Tocopherols dan Tocotrienols)

Image may contain: food

  • Apakah ia?
    • Mana-mana daripada lapan molekul yang larut lemak tapi menunjukkan kebolehannya sebagai peranan antioksidan.

     

  • Apa yang ia boleh lakukan untuk saya?
    • Berfungsi sebagai antioksidan kuat. Vitamin E memberi perlindungan daripada kerosakan oksidatif dan membantu mengekalkan membran sel. Ia juga terlibat dalam komunikasi sel.

     

  • Di manakah saya dapat mencarinya?
    • Minyak tumbuhan, kacang, sayur-sayuran hijau, buah beri hitam, dan brokoli adalah antara makanan yang mengandungi vitamin E.

Kebanyakan vitamin adalah pembantu-iaitu bertindak sebagai koenzim yang membantu dalam tindak balas kimia. Tapi vitamin E suka bekerja secara bebas. Dan anda tak boleh nak bangkang dengan hasil yang dicapai oleh antioksidan yang kuat ini nanti memang diluar kotak.

Sebagai makluman anda, radikal bebas akan terhasil apabila badan anda menukarkan makanan kepada tenaga. Dan itu cuma berlaku kesan dari persekitaran anda sahaja. Ini boleh menyebabkan kerosakan jika tidak ditangani untuk keseimbangannya.

Antioksidan seperti vitamin E melindungi sel anda dengan meneutralkan sumber-sumber yang ada potensi kerosakan oksidatif ini. Oleh kerana ia larut lemak, vitamin E sangat berkesan dalam mencegah pengoksidaan lemak walau di mana sahaja ia berlaku - samada di usus, aliran darah, tisu, dan membran sel.

Vitamin E juga memainkan peranan dalam fungsi imun. Ia membantu mempromosikan hubungkait sel-sel imun yang berbeza dan berfungsi dalam isyarat sel imun-kedua-duanya menyokong imuniti anda. Vitamin yang penting juga menyokong kesihatan kardiovaskular dengan mengekalkan saluran darah yang sihat.

Cadangan Pemakanan yang Disyorkan (RDA) untuk orang dewasa adalah antara 15-19 mg / hari. Tetapi purata diet pemakanan vitamin E di kalangan orang dewasa kurang daripada 10 mg sehari. Faedah terapi yang dilaporkan terhadap pengambilan vitamin E secara umumnya memerlukan suplemen 200-800 mg sehari.

Itu mungkin kelihatan seperti banyak, tetapi vitamin E secara relatifnya tidak mendatangkan toksik apabila diambil secara oral. Dalam kes yang jarang berlaku melibatkan orang yang kekurangan vitamin K atau yang ada buat terapi dengan ubat coumadin, sukatan tinggi melebihi 1,000 mg sehari mungkin ada potensi meningkatkan tempoh pendarahannya.

Share This  
Share This  

 

Vitamin K (Phylloquinone, Menadione)

Image may contain: food

  • Apakah ia?
    • Vitamin larut lemak yang boleh mengikat kalsium dan boleh beri kesan dalam proses pembekuan darah.

     

  • Apa yang ia boleh lakukan untuk saya?
    • Ia membantu dalam pengaktifan protein, menyokong pembekuan darah, dan kesihatan tulang.

     

  • Di manakah saya dapat mencarinya?
    • Vitamin K ditemui dalam sayur-sayuran berdaun hijau, brokoli, blueberries, minyak zaitun, telur, dan anggur.

Huruf K berasal dari koagulasi, iaitu perkataan Jerman untuk pembekuan. Ini memberi anda petunjuk besar mengenai peranan utama vitamin K dalam badan anda. Vitamin larut lemak ini adalah kunci untuk menyokong proses yang membantu pembekuan darah anda secara normal. Ia terlibat dalam sintesis sekurang-kurangnya lima protein yang mengawal aktiviti pembekuan.

Vitamin K juga bantu membina tempat untuk kalsium mengikat protein ke seluruh badan anda. Inilah hubungan antara vitamin K dan kesihatan organ tulang. Dan ia penting dalam pembentukan semula tulang (penggantian tisu tulang lama dengan yang baru), yang mana ia penting untuk penyelenggaraan kesihatan tulang.

Terdapat tiga bentuk vitamin K. Yang pertama (K1) terdapat dalam tumbuhan dan suplemen hijau. K2 dihasilkan oleh bakteria-yang mana sebahagiannya hidup di dalam usus anda. Bentuk terakhir (K3) adalah buatan manusia dan digunakan untuk makanan haiwan. Kandungan semula jadi-vitamin K1-belum lagi dijumpai yang boleh dikaitkan dengan isu ketoksidan untuk pengambilan dos yang tinggi. Oleh kerana vitamin K adalah penting untuk proses pembekuan tubuh anda, terlalu banyak vitamin K dari diet anda boleh mengganggu ubat-ubatan yang mungkin diperlukan untuk memastikan darah anda menjadi cair. Adalah idea yang baik untuk berjumpa dengan doktor anda sebelum menambah suplemen vitamin K jika anda mengambil ubat cair darah.

Share This  
Share This  

 

 

 

 

Suplemen & Nutrisi

 

 

 

Tip, Diet & Nutrisi

 

 

 

Pengetahuan Am

 

 

 

Anda pernah ambil tahu tak rupa-rupanya, masalah CKD(Buah Pinggang Kronik) ini boleh diterbalik semula kepada paras normal semula? Dalam masa sebulan anda boleh nampak perkembangannya bila anda ikut tip ini. Wasap saya untuk dapatkan tip tersebut

 

Terbaru! Saya singgah ziarah pelanggan saya yang ada masalah diabetik dan CKD. Sebelum ni lepas makan cucuk insulin 11 atau 10 sebab nak kawal gula makanan yang dia makan. Lepas ambil USANA sekali sehari sebelum tidur, kena turunkan pengambilan insulin kepada 7 sebab jadi hypo bila cucuk insulin lepas makan. Anda nak tau apa tip yang saya cadangkan untuknya? whatsap saya sekarang

   
*Kenyataan-kenyataan seperti ini tidak dinilai oleh FDA(Food & Drug Administration). Tidak diniatpun bahawa produk ini bertujuan untuk tujuan diagnos, rawat, pulih, atau mencegah mana-mana penyakit sekalipun...

 

Comments

Popular posts from this blog

Proflavanol C100 - Kekuatan Vitamin C Generasi Ketiga + Ekstrak Biji Anggur

CoQuinone® Bahan Bakar Sel Menguatkan Hidup Anda

Sistem Kardiovaskular